Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » APA ITU LIPOMA?

APA ITU LIPOMA?

APA ITU LIPOMA?

 

Ia adalah ketulan berbentuk bulat bersaiz kecil atau besar yang berada antara permukaan kulit dan lapisan otot boleh membuatkan seseorang itu rasa kurang selesa.

Orang dewasa, seawal usia 25 tahun berisiko mendapat lipoma manakala lebih kerap berlaku pada individu berumur 35 tahun ke atas.

Ia terbentuk daripada sel lemak dan boleh tumbuh dan membesar bersaiz satu hingga tiga sentimeter kemudian ia membesar secara perlahan setiap bulan atau tahun. Ia tidak terasa sakit apabila ditekan.

Ia biasa terbentuk pada tangan, kaki, bahu dan belakang leher, malah ada di dalam organ badan seperti tiroid, kelenjar adrenal, pankreas dan kelenjar paratiroid.

Walaupun pun ia tidak berbahaya, lipoma yang tumbuh dalam sistem gastrointestinal sehingga menyebabkan penyumbatan dalaman usus boleh mengancam nyawa.

Mereka yang mengalami kesukaran bernafas mungkin ada lipoma pada paru-paru dan jantung.

Ia boleh dikesan dengan merasa ada bengkak sebesar satu sentimeter ketika mandi. Kebanyakan benjolan itu tidak sakit tetapi apabila ditekan kesakitannya hanya pada tahap minimum.

Buat pemeriksaan doktor jika tidak pasti apakah benjolan itu.

Semoga bermanfaat.

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.
 

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: