Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » PEMBEDAHAN JANTUNG BYPASS ATAU STENTING?

PEMBEDAHAN JANTUNG BYPASS ATAU STENTING?

PEMBEDAHAN JANTUNG BYPASS ATAU STENTING?

Soalan : Doktor saya telah buat angiogram dan ada satu saluran darah tersumbat 80%. Soalan saya, doktor meminta saya memilih untuk buat stenting atau bypass. Apa pendapat doktor? Terima kasih.

Jawapan:

✅ Agak sukar pesakit untuk membuat pilihan sendiri. Selalunya doktor sendiri yang akan menimbangkan prosedur itu berdasarkan manfaat dan kesan sampingan yang mungkin berlaku sebelum prosedur itu dilakukan.

ANGIOPLASTY PLUS STENTING

Dalam prosedur ini satu belon halus dibalut dalam wayar yang dimasukkan ke dalam saluran darah yang tersumbat.

Bila belon ini dikembangkan, ia membuka ruangan dalam saluran darah dan kemudian satu alat halus dinamakan stent ditinggalkan untuk memastikan saluran darah kekal tidak tersumbat.

✅ CORONARY ARTERY BYPASS GRAFT (CABG)

Pembedahan ini dibuat dengan membuka dada bagi mendedahkan jantung. Oleh itu ia juga dinamakan open-heart surgery. Satu saluran darah diambil (selalunya dari kaki) dijahit bagi membuat laluan baru (alternatif) bagi melepasi sumbatan pada saluran darah yang lama.

✅ Secara amnya prosedur ANGIOPLASTY dan STENTING adalah lebih mudah berbanding dengan pembedahan CABG. Ia dilakukan jika sumbatan itu pendek, melibatkan hanya satu saluran darah dan tidak melibatkan saluran darah utama. Pesakit pula bukanlah pesakit yang berisiko tinggi.

✅ Terdapat tiga saluran darah arteri yang membekalkan oksigen dan nutrien pada otot jantung. Satu saluran darah bernama Left Anterior Descending Artery (LAD) yang bertanggungjawab membekalkan oksigen dan nutrien kepada sebahagian besar otot jantung. Jika terdapat sumbatan pada saluran darah ini pasti akan menyebabkan serangan jantung. Oleh itu pembedahan CABG mesti dilakukan.

✅ Penyumbatan semula saluran darah selalunya berlaku pada saluran darah yang diletakkan stent, berbanding dengan saluran darah disambung sebagai bypass.

✅ Secara amnya ANGIOPLASTY DAN STENTING dilakukan pada satu sahaja saluran darah selain dari saluran darah LAD.

✅ Pembedahan CABG pula dilakukan jika melibatkan saluran darah LAD.

✅ Namun berbincanglah dengan doktor yang merawat. Informasi yang diberikan hanya panduan umum saja.

Semoga bermanfaat.

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.
 
 
 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: