Sawan demam adalah sawan yang berlaku apabila seseorang mengalami demam.
Ia lazim berlaku terutama pada kanak-kanak berumur satu tahun ke bawah, tetapi boleh berlaku pada kanak-kanak berusia 6 tahun.
Diagnosa sawan demam hanya boleh dibuat selepas doktor mendapati tidak ada punca-punca lain yang menyebabkan sawan selain dari suhu badan yang tinggi (biasanya melebihi 38ºC).
Kanak-kanak yang diserang sawan, akan:
✅ Anak akan tidak sedar diri atau tidak menunjukkan tindakbalas bila dipanggil.
✅ Kedua-dua kaki dan tangan kejang atau tersentak-sentak.
✅ Mata mungkin terbeliak ke atas.
✅ Kadang-kala kekejangan atau sentakan hanya berlaku pada sebahagian anggota badan sahaja, seperti satu tangan atau satu kaki.
Sawan biasanya berhenti dengan sendiri selepas 2-3 minit atau kurang, dan jarang melebihi 5 minit.
Bagaimanapun dalam kes di mana sawan melebihi 5 minit, kanak-kanak tersebut perlu di bawa ke klinik berdekatan secepat mungkin.
Ini kerana semasa sawan, kanak-kanak mungkin tercedera (akibat jatuh) atau mungkin tercekik makanan/air liur di dalam mulut.
Kebanyakan sawan demam berlaku pada hari pertama kanak-kanak demam.
Kanak-kanak dengan sawan demam tidak semestinya ada masalah mendapat epilepsi. Epilepsi adalah sawan yang berulang-ulang dan disebab oleh masalah dalam otak. Jadi fahamkan perbezaan sawan demam dan epilepsi.
Adakah sawan demam berbahaya?
✅ Majoriti besar sawan demam adalah tidak membahayakan.
✅ Tidak ada bukti kukuh yang mengatakan bahawa sawan demam boleh menyebabkan kerosakan otak.
✅ Kajian perubatan mendapati kanak-kanak yang sawan demam memperolehi pencapaian yang normal di sekolah dan mempunyai tahap kecerdasan yang sama seperti adik-beradik lain yang tidak mengalami masalah sawan demam.
Majoriti kanak-kanak tidak memerlukan ubat-ubatan.
Jika sawan berpanjangan melebihi 5 minit, ubat diazepam (Valium) melalui dubur perlu diberi.
Doktor mungkin berikan ubat paracetamol untuk menurunkan demam.
Membasahkan badan anak dengan air juga dapat membantu mengurangkan suhu badan.
Pastikan anak tidak dipakai atau diselimuti pakaian yang tebal.
Mereka kemungkinan akan dimasukkan ke wad, jika kanak-kanak itu mengalami sawan berulang kali atau sawan melebihi lima minit.
Ini disebabkan sawan tersebut mungkin disebabkan demam, tetapi ada masalah lain seperti jangkitan dalam otak atau kerosakan sel-sel otak atau berlaku pada kanak-kanak yang lebih besar 6 tahun ke atas di mana kejadian sawan demam jarang berlaku pada mereka.
Semoga bermanfaat.