Kebanyakan pendarahan hidung berlaku di kalangan kanak-kanak akan berhenti dengan sendirinya.
Ini selalunya berlaku disebabkan oleh trauma (seperti jatuh dan cedera hidung), korek hidung atau lapisan mukosa hidung yang kering.
Walau bagaimanapun pendarahan yang teruk, banyak dan tidak berhenti mungkin boleh berlaku dan memerlukan rawatan perubatan.
Ini biasanya di sebabkan oleh gangguan pembekuan darah, tumor, ubat-ubatan (contohnya warfarin atau ubat antikoagulan yang lain( ubat yang menghalang pembekuan darah) dan trauma yang teruk.
Apabila kanak-kanak mengalami pendarahan hidung, minta mereka duduk tegak dan membongkok sedikit kehadapan untuk mengelak darah daripada mengalir ke tekak .
Picit hidung mereka untuk 10-20 minit dan nafas melalui mulut.
Letakkan pek ais bahagian hidung. Ini boleh membantu mengecutkan salur darah dan mengurangkan pendarahan.
Jika pendarahan berhenti, jangan cuba untuk menghembus keluar darah yang tinggal di dalam hidung kerana ia boleh menyebabkan pendarahan hidung berulang.
Dapatkan rawatan perubatan selepas itu.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :