BENARKAH KAFEIN MENYEBABKAN KETAGIHAN?
Kebanyakan kita minum kopi untuk kekal cergas sepanjang hari dan mengelakkan rasa mengantuk. Ini kerana kopi mengandungi kafein (caffein) iaitu sejenis bahan perangsang. Kafein juga terdapat pada teh serta buah koko.
Apa kesan jika kita berhenti mengambil kafein secara tiba-tiba terutama bagi orang yang biasa minum kopi yang berkafein tinggi setiap pagi?
Kafein boleh dikategorikan di dalam bahan ketagihan hampir serupa seperti rokok, arak dan dadah tetapi ketagihan ini tidaklah terlalu teruk.
Antara tanda-tanda ketagihan itu apabila kita tidak minum kopi setiap pagi, kita akan mengalami :
- Pening kepala
- Keletihan
- Kegelisahan
- Sukar untuk fokus
- Mood tidak menentu
- Mudah rasa marah
Rasa sakit kepala adalah masalah yang biasa berlaku. Boleh lakukan langkah-langkah berikut:
1. Ambil de-kafein
Walaupun ia dilabel sebagai minum de-kafein sebenarnya terdapat sedikit nilai kafein di dalamnya. Ini membantu mengurangkan rasa sakit kepala.
2. Ambil ubat tahan sakit
Jika masih tidak berkurangan dapatkan ubat tahan sakit. Antaranya:
- Ibuprofen
- Acetaminophen
- Paracetamol
- Aspirin
3. Lumur minyak angin
Minyak angin bermenthol dapat menghilangkan rasa sakit kepala.
4. Tuam pek ais
5. Minum air secukupnya
6. Berbaring dan tidur
Berbaring dan tidur di bilik gelap mampu mengurangkan rasa sakit kepala akibat tidak mengambil kafein.
Sekiranya anda mempunyai tanda ketagihan ini, apabila tidak minum kopi di waktu pagi, inilah masanya untuk cuba mengurangkan pengambilan kopi dan kafein.
Boleh beralih kepada minuman yang rendah kafein seperti teh dan koko.
#HealthDrZubaidi
Boleh dapatkan KETO-KOKO OLEVAGREEN di sini :
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :