APA ITU ECG?

1.  ECG adalah singkatan bagi istilah electrocardiogram.

2. Ia merupakan satu prosedur yang tidak menyakitkan untuk mengukur aktiviti elektrik dalam organ jantung.

3. Mereka yang mengalami sakit dada atau degupan jantung yang laju akan diperiksa menggunakan alat ini.

4. Dengan ini, masalah jantung boleh dikesan pada peringkat awal dan rawatan boleh diberikan.

5. Prosedurnya agak mudah.

πŸ‘‰πŸ» Setelah membuka baju dan mendedahkan dada serta berbaring, juruteknik perubatan atau doktor akan menampal 12 hingga 15 elektrod pada kawasan dada, lengan dan kaki anda.

πŸ‘‰πŸ» Keputusan akan dicetak pada kertas khas ECG.

πŸ‘‰πŸ» Doktor akan mentafsir graf keputusan ECG ini.

6. Selain ujian ringkas ini, ada beberapa kaedah ujian ECG yang lain. Antaranya:

πŸ‘‰πŸ» Ujian stress – Pesakit menggunakan mesin ECG sambil berlari atas mesin threadmill untuk mengesan degupan jantung tidak normal semasa bersenam.

πŸ‘‰πŸ» Mesin pemantau Holter – Mesin ECG dipasang 24 jam di dada pesakit dan pesakit melakukan aktiviti rutin biasa.

πŸ‘‰πŸ»Mesin perakam peristiwa –  Ia menggunakan konsep yang sama dengan mesin pemantau Holter namun ia hanya akan terpasang secara automatik atau ditekan secara manual semasa simptom sedang berlaku.

7. Penggunaan ECG sangat selamat. Ia hanya mengesan aktiviti elektrik jantung, dan tidak mengeluarkan sebarang aliran elektrik.

8. Terjemahan dapatan ujian :

πŸ‘‰πŸ» Jika dapatan ujian ECG anda normal, maka ia akan dibincangkan pada sesi janji temu yang seterusnya.

πŸ‘‰πŸ» Sekiranya terdapat tanda tidak normal pada bacaan ECG, doktor kebiasaannya akan memberitahu atau menghubungi anda dengan kadar segera.

9.Penggunaan ECG boleh membantu doktor untuk mengesan masalah  berkaitan dengan:

πŸ‘‰πŸ» Degupan jantung terlalu laju, terlalu perlahan atau tidak normal.

πŸ‘‰πŸ» Pesakit mengalami serangan jantung.

πŸ‘‰πŸ» Pesakit mempunyai masalah jantung tidak normal seperti jantung besar, kurang aliran darah atau kecacatan kongenital.

πŸ‘‰πŸ» Pesakit mempunyai masalah berkait dengan injap jantung.

πŸ‘‰πŸ» Pesakit mengalami penyakit arteri koronari.

10. Berdasarkan kepada dapatan EKG, doktor mungkin melakukan ujian lain untuk kepastian.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

error: Content is protected !!