JERAWAT DI BELAKANG TUBUH

1. Jerawat boleh berlaku pada kulit pada mana-mana bahagian tubuh tetapi ramai yang tidak menyedari mereka mengalami jerawat di belakang tubuh.

2. Jerawat berpunca apabila liang kelenjar pada kulit menjadi tersumbat dengan minyak, sel kulit mati dan habuk.

3. Seterusnya sumbatan ini dijangkiti bakteria Propionibacterium acnes (P. acnes)

4. Jarang mandi selepas beraktiviti dan cuaca panas berpeluh, menjadi sebab utama seseorang itu mudah mengalami masalah ini.

5. Di klinik doktor akan memberikan beberapa jenis ubat, antaranya:

a. Antibiotik oral atau sapu
b. Kream benzoil peroksida
c. Kream retinol
d. Kream isotretinoin

6. Selain itu pengambilan vitamin C, vitamin D dan Zink bagus untuk meningkatkan kesihatan kulit termasuk vitamin E dan vitamin A.

7. Selalunya masalah ini dapat diselesaikan dengan kerap mandi, dan sapukan kawasan berjerawat dengan kream.

8. Namun ada kalanya ia memerlukan konsultasi dari doktor apabila:

a. Rasa sakit yang kuat
b. Berdarah dengan banyak
c. Mengeluarkan nanah dengan banyak
d. Berubah menjadi benjolan besar dan keras
e. Tidak hilang selepas sebulan

9. Jika kita mengalami jerawat pada bahagian belakang tubuh, rajinlah mandi. Sesekali skrub kulit belakang dengan tuala basah.

10. Sapukan kulit belakang tubuh dengan minyak zaitun atau minyak kelapa dara setiap minggu.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

[IKLAN]

Ingin mencari minyak zaitun yang berkualiti dan berkhasiat tinggi keluaran dari Olive House, boleh klik link di bawah :

https://www.needsvenue.com.my/collections/inspirasi-sunnah/products/olivie-plus30-extra-virgin-olive-oil

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!