RASA SAKIT DAN TERDAPAT BENJOLAN DI BELAKANG LUTUT. ITU MUNGKIN TANDA BAKER CYST

1. Baker cyst adalah kantung yang dipenuhi dengan cecair menyebabkan benjolan dan rasa tidak selesa di belakang lutut terutama bila melipat atau meluruskan kaki.

2. Ia bermula apabila tulang rawan pada sendi lutut mengalami keradangan selalunya akibat kecederaan. Ini menyebabkan sendi lutut mengeluarkan terlalu banyak cecair dan menyebabkan pembentukan Baker Cyst.

3. Ia berada di belakang lutut menyebabkan rasa tidak selesa dan rasa sakit dan terasa ada benjolan lembut.

4. Selalunya berlaku pada wanita berusia 40 tahun ke atas, tetapi orang lelaki pun boleh mengalaminya juga

5. Selain dari pemeriksaan fizikal, saya mencadangkan pemeriksaan lanjut bagi memastikan masalah ini.
Antaranya adalah x-ray dan CTscan. Ini kerana ia mungkin masalah lain seperti pembentukan darah beku, aneurysm saluran atau ketumbuhan.

6. Jika saiz Baker Cyst ini kecil, ia mungkin hilang sendiri. Jika terlalu besar, pembedahan kecil dilakukan untuk membuang cyst ini. Selain itu doktor mungkin menggunakan picagari khas untuk mengeluarkan cecair dalam cyst ini. Tetapi cecair itu boleh berkumpul semula.

7. Untuk sementara (jika belum bersedia menjalani pembedahan kecil), boleh tuam dengan ais selama 10-15 minit setiap hari. Ini akan mengurangkan rasa sakit dan mungkin mengurangkan saiz cyst tersebut. Selain itu boleh membalut bahagian tersebut.

8. Jika terlalu sakit boleh dapatkan ubat penahan sakit. Mengambil vitamin C dan vitamin E digalakkan untuk meredakan keradangan sendi lutut.

9. Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan, boleh berbincang dengan doktor yang merawat bagi mendapatkan rawatan yangterbaik.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

 

 

Boleh ambil TOCOTRIENOL SOFTGEL OLIVE HOUSE untuk meredakan keradangan sendi lutut. Boleh dapatkan di link :

https://www.needsvenue.com.my/collections/vitamin-dan-minerals/products/natrieo-tri-e-tocotrienols-keluaran-sime-darby-berhad

 

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!