Umum

ELAKKAN RISIKO MENDAPAT STROKE

Strok atau juga disebut angin ahmar sering berlaku sekarang. Ia juga tidak disangka. Seorang sahabat saya mendapat major stroke dan meninggal dunia pada usia 45 tahun. Sementara seorang lain hanya mendapat stroke ringan, tetapi serangan stroke berulang selepas tiga tahun, dan akhirnya beliau pergi buat selamanya. Ia bermula dengan gaya hidup yang tidak sihat yang telah diamalkan oleh pesakit bertahun-tahun. Stroke berlaku bukan berpunca dari sesuatu yang kita lakukan semalam. Itu hanyalah punca secara kebetulan. Gaya Hidup yang tidak sihat menyebabkan saluran darah ‘pecah’ dan pendarahan berlaku di dalam otak atau terdapat darah beku yang menghalang darah untuk sampai ke …

Read More »

DEGUPAN JANTUNG ATAU NADI BAGI BAYI DAN KANAK-KANAK

DEGUPAN JANTUNG ATAU NADI BAGI BAYI DAN KANAK-KANAK Degupan jantung atau nadi bayi lebih cepat dari orang dewasa. Bayi yang baru dilahirkan sehingga berusia satu bulan, nadi mereka antara 70 hingga 190 degupan per minit. Bayi berusia satu bulan ke sebelas bulan, antara 80 hingga 160 degupan per minit. Kanak-kanak antara satu hingga dua tahun, antara 80 hingga 130 degupan per minit. Kanak-kanak berusia antara tiga hingga empat tahun, antara 80 hingga 120 degupan per minit. Ini adalah panduan anggaran degupan jantung bayi dan kanak-kanak dalam seminit. Jika ada perubahan ketara, jangan panik. Bawa anak berjumpa dengan doktor. #HealthDrZubaidi   …

Read More »

KERAP SENDAWA. APAKAH PUNCANYA?

KERAP SENDAWA. APAKAH PUNCANYA? Sendawa adalah tindak balas semula jadi badan untuk mengeluarkan angin atau gas daripada perut atau dari sistem penghadaman bagi mengurangkan rasa tidak selesa. Seseorang yang mengalami masalah perut kembung ini akan merasa lebih selesa apabila melakukan sendawa. Tetapi jika terlalu kerap sangat sendawa, ia juga boleh disebabkan masalah lain yang perlu dirawat supaya ia tidak menjadi semakin teruk ataupun menyebabkan komplikasi yang lain. PUNCA SENDAWA BUKAN DISEBABKAN MASALAH KESIHATAN a. Udara yang ditelan semasa makan (aerofagia) Sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Ia boleh berlaku ketika makan atau minum dengan secara cepat. Aerofagia juga boleh …

Read More »

KERACUNAN MAKANAN

KERACUNAN MAKANAN   Keracunan makanan adalah penyakit yang disebabkan oleh makanan yang tercemar disebabkan oleh penyajian makanan yang tidak bersih, peralatan yang tidak bersih atau tangan yang tidak dicuci, baik berpunca dari penyedia atau dari pesakit sendiri. Walaupun kebanyakan kes keracunan makanan boleh sembuh dengan rawatan, terdapat juga kes keracunan makanan yang menyebabkan kehilangan nyawa. Kebanyakan kes keracunan makanan, melibatkan bakteria salmonella, Escherichia coli (E. coli), atau virus, seperti norovirus.   PUNCA-PUNCA KERACUNAN MAKANAN Makanan boleh tercemar dari sumber, semasa proses, pengeluaran, ketika memasak, ketika penyajian makanan dan juga ketika makan.Contoh punca pencemaran makanan : 1. Pencemaran ketika sembelihan atau …

Read More »

SUPLEMEN ZAT BESI DAN FOLATE TIDAK MERAWAT MASALAH THALASSEMIA

Pesakit thalassemia adalah pesakit yang mempunyai sel darah merah yang mudah pecah. Ia berpunca dari struktur hemoglobin dalam sel darah merah yang tidak stabil. Pengambilan suplemen zat besi dan folat bukanlah rawatan bagi masalah thalassemia. Berbeza dengan masalah kekurangan sel darah merah akibat kekurangan zat besi atau folat, pengambilan suplemen seperti ini sangat membantu. Namun pengambilan suplemen zat besi dan folat membantu menghasilkan sel darah merah yang baru (walaupun sel darah merah itu masih mudah pecah) bagi pesakit thalassemia. #HealthDrZubaidi

Read More »

CUCI SAYUR DAN BUAH

CUCI SAYUR DAN BUAH Dalam banyak ceramah, saya banyak mencadangkan pengambilan sayur dan buah sebagai sumber karbohidrat. Pada masa yang sama ada juga keresahan mereka yang mengikuti ceramah saya tentang tahap racun yang ada pada sayur dan buah. Bahan-bahan racun serangga yang kebanyakannya dari kumpulan orgsnofosforus mampu memberikan kesan kemudaratan, sama ada diambil dalam kuantiti yang banyak atau kuantiti yang sedikit dalam jangka masa yang panjang. Setakat ini saya percaya ada dua cara yang terbaik, untuk menghilangkan racun tersebut atau setidak-tidaknya meminimakan tahap racun tersebut, adalah dengan merendamkan sayur atau buah menggunaksan sodium bikarbonat (atau dikenali sebagai soda bikarbonat) atau …

Read More »

APA ITU ‘BRAIN ANEURYSM’?

APA ITU ‘BRAIN ANEURYSM’?     ‘Brain aneurysm’ adalah pembengkakan yang berlaku pada dinding salur darah arteri yang menyalurkan darah ke otak. Ia terjadi kerana terdapat bahagian pada dinding salur darah tertentu yang lemah. Kadang kala ‘brain aneurysm’ boleh pecah dan menyebabkan pembentukan darah beku di dalam otak. Kerosakan otak dan kematian boleh berlaku bergantung kepada kepada tahap keterukan darah beku tersebut. Salur darah yang terlibat biasanya terletak pada bahagian pangkal otak yang dinamakan ‘circle of Willis’   APAKAH YANG MENYEBABKAN ‘BRAIN ANEURYSM’? Seseorang boleh mendapat ‘brain aneurysm’ kerana faktor genetik atau kerana salur darah yang bertukar menjadi keras (atherosclerosis) …

Read More »

KURUS ITU SIHAT?

KURUS ITU SIHAT? LIVE FB PAGE DR ZUBAIDI BIN HJ AHMAD 7 DEC 2020   Masalah berat badan adalah masalah yang kompleks, disebabkan oleh pelbagai faktor menyebabkan pengumpulan lemak-lemak dalam badan. Masalah ini dilihat sebagai masalah yang kronik yang memerlukan penjagaan, sokongan dan rawatan berkala. Masalah berat badan juga dikaitkan pelbagai jenis penyakit. Bilangan penduduk terutama di Malaysia yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti adalah semakin ramai seiring dengan penyakit seperti Diabetes Mellitus, Hipertensi dan peningkatan tahap kolestrol (hiperkolestrolemia). Penyakit-penyakit ini dinamakan penyakit bukan berjangkit (Non-communicable Disease, NCD). Masalah berat badan harus dicegah dan dirawat sebelum mengakibatkan komplikasi …

Read More »

MASALAH GANGGUAN SINUSITIS YANG SERIUS

MASALAH GANGGUAN SINUSITIS YANG SERIUS     Ramai antara kita menganggap sakit kepala sebagai masalah biasa yang remeh dan mengambil jalan penyelesaian mudah dengan menelan pil paracetamol untuk melegakan ketidakselesaan berkenaan. Malah tidak kurang juga ada yang mengaitkan sakit kepala dengan masalah kekurangan tidur, terlalu penat atau kesan sampingan selepas berjemur di tengah panas. Benar, sakit kepala adalah ketidakselesaan biasa yang paling kerap dialami tetapi jika terlalu kerap dan berlanjutan, ia mungkin menandakan anda mengalami ‘gangguan’ pada sistem tubuh yang lain termasuklah masalah resdung dan sinusitis yang serius. Gejala seperti kepala terasa berat, rasa sakit di kawasan dahi dan muka …

Read More »

TRIGGER FINGER

TRIGGER FINGER     ‘Trigger finger’ adalah satu keadaan di mana jari anda tersangkut semasa di posisi bengkok. Ia akan mengeluarkan bunyi (‘snap’) semasa diluruskan. Dalam keadaan teruk, jari mungkin akan tersangkut dan kekal dalam keadaan bengkok. Ia memerlukan bantuan jari lain untuk diluruskan dan di susuli dengan sakit yang amat sangat. PUNCA ‘Trigger finger’ adalah disebabkan oleh kesempitan salur tendon di jari kita. Sebab utama kesempitan ini adalah pergerakan menggenggam yang berulang oleh jari yang terlibat. Ia lebih biasa ditemui pada kaum wanita diantara umur 40-60 tahun. Risiko untuk mengalami ‘trigger finger’ adalah lebih pada pesakit diabetes mellitus dan …

Read More »

PENYAKIT VASKULITIS

PENYAKIT VASKULITIS Vaskulitis adalah radang pada saluran darah. Ia boleh menyebabkan penebalan dan penyempitan saluran darah dan mengakibatkan sekatan aliran darah sehingga akhirnya terjadi kerosakan tisu dan organ yang terlibat. Vaskulitis boleh melibatkan semua jenis saluran darah pada badan. Ini termasuk arteri besar dan saluran darah halus. Kerosakan yang lebih serius akan berlaku sekiranya saluran darah yang lebih besar terlibat dalam vaskulitis. PUNCA-PUNCA Vaskulitis boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, ubat-ubatan, kanser, penyakit darah atau penyakit autoimun seperti sistemik lupus eritematosus. Walau bagaimanapun, separuh daripada kes vaskulitis tidak dapat dikenalpasti puncanya. Jangkitan kuman seperti virus atau bakteria boleh menyebabkan vaskulitis. Ubat-ubatan …

Read More »

JANGKITAN KULAT PADA KUKU (ONYCHOMYCOSIS)

JANGKITAN KULAT PADA KUKU (ONYCHOMYCOSIS)     Onychomycosis adalah jangkitan kulat pada kuku. Ianya merupakan penyakit kuku yang paling kerap berlaku dan lebih separuh dari masalah kuku berpunca dari onychomycosis. Onychomycosis boleh melibatkan kuku kaki atau tangan tetapi lebih kerap melibatkan kuku kaki. 10% dari populasi dewasa menghidapi onychomychosis dan ia boleh mengakibatkan kesakitan, ketidakselesaan, masalah untuk berjalan, bersenam, di samping memberi impak psikososial yang tinggi kepada pesakit. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ONYCHOMYCOSIS 1. Usia yang lanjut – melibatkan 50% populasi berusia lebih dari 70 tahun 2. Faktor genetik 3. Jenis pekerjaan – pekerjaan yang menyebabkan kuku terdedah kepada bahan kimia, …

Read More »

ADAKAH LIPOMA ITU BAHAYA?

ADAKAH LIPOMA ITU BAHAYA?     Lipoma adalah ketumbuhan bukan kanser. Ia adalah ketumbuhan tumor yang membesar secara perlahan untuk jangka masa beberapa tahun. Jadi ia tidak berbahaya. Ia berasal dari tisu lemak dalam tubuh kita, yang dipanggil adipocytes. Sel-sel ini diperangkap dalam selalunya (membrane capsule). Jadi is menonjol sebagai benjolan pada permukaan kulit. Ia boleh berada di tempatnya bertahun-tahun tanpa kita sedari atau mengganggu kita. Lipoma boleh berada di dua atau banyak tempat pada tubuh kita pada masa yang sama. Namun selalunya hanya satu lipoma pada satu masa. Lipoma bila tergosok dengan pakaian akan menyebabkan rasa tidak selesa. Jika …

Read More »

HIDUP LEBIH SIHAT DENGAN SECAWAN KOPI

  HIDUP LEBIH SIHAT DENGAN SECAWAN KOPI   Ramai di antara kita yang seolah-olah “tidak boleh hidup” jika tidak minum secawan kopi di waktu pagi. Saya suka berkongsi satu kajian, menunjukkan bahawa meminum kopi dikaitkan dengan panjang umur dan kebarangkalian mendapat penyakit kronik termasuk kanser yang rendah. Kajian ini diterbitkan dalam jurnal perubatan yang terkenal, Annals of Internal Medicine. Kajian yang dilakukan di University of Southern California yang melibatkan 185,000 orang selama 16 tahun. Saintis mendapati mereka yang minum satu cawan kopi tanpa gula mempunyai kebarangkalian 12% untuk hidup lebih lama berbanding dengan mereka yang tidak minum kopi dalam hidup …

Read More »

KERAP KENCING MALAM. APAKAH PUNCA-PUNCANYA?

KERAP KENCING MALAM. APAKAH PUNCA-PUNCANYA?     Kerap kencing malam dalam istilah perubatan dikenali sebagai ‘nocturia‘. Selalunya ketika anda tidur, anda akan menghasilkan air kencing yang sedikit tetapi lebih pekat. Ini bermaksud mereka yang normal selalunya tidak perlu kerap bangun tidur untuk membuang air kencing hingga mengganggu tidur mereka. Jika seseorang itu bangun kerap pada waktu malam untuk membuang air kencing, dia mungkin menghadapai nocturia. Disamping ia mengganggu tidur anda, ia juga boleh disebabkan penyakit lain. PUNCA KERAP KENCING Kencing yang kerap boleh menjadi gejala kepada banyak masalah yang berbeza dari penyakit buah pinggang hinggalah ke masalah hanya minum terlalu …

Read More »

PANIC ATTACK MENYERANG PEGAWAI BERSENJATA

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya berasal dari @@@ dan berumur @@ tahun. Saya ingin bertanyakan masalah berkaitan suami saya yang bekerja sebagai pegawai bersenjata. Beliau ada masalah Anxiety Disorder dan Panic Attack hampir 4 tahun. Dahulu masalah beliau terkawal. Tetapi kebelakangan ini beliau tidak dapat mengawal keadaan dan perasaan beliau sehingga beliau difitnah oleh rakan sekerja kononnya beliau mengambil dadah. Keadaan ini menyebabkan beliau semakin tertekan. Ujian DASS menunjukkan beliau mengalami kemurungan dan keresahan (Depression and Anxiety). Bila beliau berseorangan, fikiran beliau juga berserabut dan rasa sesak nafas bila berada di tempat yang terkurung dan sempit. Beliau akan marah pada hal …

Read More »

KEBAIKAN MINUM AIR KOSONG

KEBAIKAN MINUM AIR KOSONG Berikut adalah kebaikan yang ingin saya kongsikan tentang kebaikan minum air kosong. 1. Menguruskan badan Khabar gembira untuk mereka yang sedang cuba menurunkan berat badan. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak. Ia dapat mengurangkan rasa lapar. Dan meningkatkan pembakaran kalori dgn lebih baik. 2. Melancarkan sistem pencernaan Minum air kosong dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit. 3. Awet muda Kekurangan pengambilan air kosong menyebabkan kulit kering dan berkerut. Tubuh kita kelihatan lebih tua dari umur kita. 4. Tubuh lebih segar dan sihat Khasiat air …

Read More »

ALAHAN MAKAN SOTONG?

Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya. Beberapa hari yang lepas, saya dimasukkan ke wad hospital kerana mengalami kegatalan seluruh badan seperti gegata. Doktor di sana mengesyaki saya mengalami alahan pada sotong yg dimakan sebelum tu. Saya ingin dapatkan pencerahan drp doktor, benarkah jika sebelum ni mknn laut mmg boleh dimkn tanpa apa-apa alahan, tetapi pada suatu masa nanti seseorang itu akan mgalami alahan pada mknn laut tersebut. Dan jika benar, adakah bermakna saya tidak boleh mkn mknn laut sampai bila2 atau dibolehkan dimkn dgn kadar yg sedikit saja. Sampai ke saat ini saya masih lagi belum mkn mknn laut tersebut kerana …

Read More »

PENDARAHAN DALAM AIR KENCING

Kencing berdarah disebut hematuria dalam istilah perubatan. Ada yang mengadu air kencingnya menjadi merah kerana terdapat banyak darah. Ada yang tidak menyedari mempunyai air kencing berdarah kerana terdapat hanya sedikit darah dan hanya diketahui dengan pemeriksaan air kencing. Darah dalam air kencing boleh berasal dari glomerular, iaitu struktur asas ginjal yang menapis darah dan menghasilkan air kencing. Selalunya ia menyebabkan sedikit darah yang berada dalam air kencing tanpa disedari oleh pesakit. Pendarahan ini juga boleh berasal dari struktur lain seperti saluran air kencing dan pundi kencing. Terdapat beberapa punca yang biasa berlaku. Antaranya jangkitan kuman ada pundi dan saluran kencing. …

Read More »

PUNCA-PUNCA TEKANAN DARAH RENDAH

a) Tekanan Darah Rendah ‘Orthostatic’ Ini adalah keadaan darah rendah yang biasanya akan berlaku apabila anda berubah posisi. Sebagai contoh anda bangun dari tidur atau duduk dengan terlalu cepat lalu menyebabkan tekanan darah anda turun. Penurunan tekanan darah akan menyebabkan anda berasa pening atau pusing. Ianya berlaku kerana tubuh badan anda tidak dapat menyesuaikan tekanan pengaliran darah dengan cepat agar sesuai dengan kedudukan badan anda. Keadaaan ini biasanya akan berlaku untuk beberapa saat sahaja.   b) Tekanan Darah Rendah ‘Neurally Mediated’ (NMH) Jenis masalah tekanan darah rendah yang kedua ini berlaku apabila otak dan jantung anda gagal untuk berkomunikasi dengan …

Read More »

PERBEZAAN ANTARA OSTEOPOROSIS DAN OSTEOARTHRITIS

Kedua-dua Osteoporosis dan Osteoarthritis adalah penyakit biasa yang berlaku pada peringkat pertengahan hingga akhir. Osteoporosis adalah penyakit tulang di mana tulang menjadi lebih rapuh kerana pengurangan kepadatan mineral tulang. Tulang penderita Osteoporosis mempunyai kecenderungan meningkat kepada patah tulang. Osteoartritis, sebaliknya, adalah penyakit sendi. Ini disebabkan oleh kehilangan rawan (bahan protein yang bertindak sebagai ‘bantal’ di antara tulang sendi) di sendi. Osteoporosis juga boleh dirujuk sebagai ‘tulang berliang’. Dalam penyakit ini, tulang menjadi lebih lemah, dan ia biasanya berlaku selepas usia tertentu, walaupun, penipisan tulang juga boleh menyebabkan penyakit ini. Osteoartritis merujuk terutamanya kepada keradangan sendi. Walaupun jenis arthritis ini juga …

Read More »

SAKIT PADA ABDOMEN

SAKIT PADA ABDOMEN SEBAB-SEBAB SAKIT ABDOMEN Sakit perut atau sakit pada abdomen merupakan perkara biasa. Ia bukan sejenis penyakit tetapi merupakan gejala bagi penyakit lain. Tanda-tanda yang mungkin dialami adalah seperti pedih ulu hati, perut kembung dan sendawa. 1. Sebab-sebab psychogenic Sakit yang dialami tetapi tidak disebabkan oleh sebarang penyakit. Ianya timbul mungkin akibat dari tekanan perasaan, kebimbangan dan kemurungan. Walau bagaimanapun, proses ini terjadi tidaklah diketahui. 2. Sebab-sebab functional Sakit ini terjadi disebabkan oleh perubahan fungsi organ akibat tindakbalas badan terhadap persekitaran. Contohnya: a) Penolakan tubuh terhadap laktosa (lactose intolerance) b) Senggugut (dysmenorrhoea) c) Sembelit d) Cirit-birit (diarrhea) 3. …

Read More »

BIJI CHIA KAYA NUTRIEN

BIJI CHIA KAYA NUTRIEN Biji chia antara makanan paling sihat untuk diamalkan kerana kandungan nutrien yang tinggi, memberi banyak manfaat kepada kesihatan tubuh dan kecerdasan otak. Biji chia yang berwarna hitam berasal dari Amerika Selatan dan dikatakan makanan utama dalam diet kaum yang hidup di zaman purba, Maya dan Aztec, kerana ia mampu memberi kekuatan kepada tubuh mereka. Berikut sebahagian daripada kebaikan biji chia untuk tubuh, sama ada ia dimakan begitu saja atau dimasukkan dalam makanan harian termasuk pencuci mulut. 1. Kaya nutrien Biji chia kaya dengan serat, protein, omega-3, kalsium, mangan, magnesium dan fosforus. Ia juga mengandungi zink, vitamin …

Read More »

MENCEGAH PENYAKIT KARDIOVASKULAR

MENCEGAH PENYAKIT KARDIOVASKULAR Penyakit jantung dan strok menyumbang kepada satu perempat daripada jumlah kematian di Malaysia dan semakin ramai golongan muda mengalaminya (Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III). Penyakit jantung atau lebih khusus, penyakit kardiovaskular merangkumi penyakit seperti angina, serangan jantung dan strok. Ini berpunca daripada lemak yang terkumpul (atau plak) di dalam arteri dalam jangka masa lama, proses ini dikenali sebagai aterosklerosis. Apabila arteri menjadi terlalu sempit, sel darah merah yang kaya dengan oksigen tidak cukup untuk sampai ke jantung dan otot lalu menyebabkan sakit dada teramat sangat – ini dikenali sebagai angina. Sebaliknya, jika sebahagian daripada plak pecah, …

Read More »

GATAL PUNCA DARI GEGATA

GATAL PUNCA DARI GEGATA Gegata atau urtikaria adalah keadaan di mana sebahagian kulit menjadi bengkak, menebal merah dan gatal akibat dari alahan, atau faktor lain seperti haba atau senaman. Dalam kebanyakan kes gegata ini akan hilang selepas 24-48 jam dan tidak serius. Anda mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan, tetapi ubat antihistamin boleh meringankan gejala sehingga ruam hilang. JENIS URTIKARIA Urtikaria dapat dikelaskan sebagai akut dan kronik. 1. Urtikaria akut – jika ia terjadi secara tiba-tiba dan berterusan kurang daripada enam minggu. Kebanyakan gegata akan hilang selepas 24-48 jam. Urtikaria akut boleh berulang di sebahagian orang. 2. Urtikaria kronik – jika …

Read More »

TANDA PENGUMPULAN LEMAK KOLESTROL DALAM TUBUH

Ramai yang tidak tahu bahawa bintil berwarna kuning pada kelopak mata atau bintil lemak pada siku adalah petanda awal pengumpulan kolesterol yang berisiko diserang penyakit jantung. Selain itu bintil ini boleh ada di sendi lutut, pergelangan kaki, dan tangan kerana ia melibatkan tendon yang melintasi sendi yang terlibat. Ia dikenali sebagai xanthelasma. Bukan setakat kelopak mata, pengumpulan lemak boleh berlaku dalam mata (permukaan retina) dan di anak mata. Selalunya mereka ini bila melakukan pemeriksaan darah untuk kolestrol akan menunjukkan peningkatan tahap kolestrol. Jika ada masalah peningkatan kolestrol dan pada masa yang sama ada penyakit kronik seperti kencing manis (diabetes), tekanan …

Read More »

PENYAKIT BATU KARANG HEMPEDU

      Penyakit batu karang hempedu adalah masalah yang sering dihadapi penduduk Malaysia. Ia dikenali sebagai Cholelithiasis. Pundi hempedu berfungsi untuk menyimpan cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati. Apabila seseorang itu makan, ia akan menghasilkan satu mekanisma yang akhirnya akan menyebabkan pundi hempedu mengecut dan menolak hempedu yang disimpannya ke dalam usus. Salah satu fungsi cecair hempedu adalah untuk memudahkan pencernaan lemak dalam usus. Pembesaran pundi hempedu disebabkan saiz batu yang semakin bertambah akan menyebabkan rasa sakit dibahagian perut. Bahkan kehadiran batu dalam pundi hempedu juga meningkatkan risiko untuk berlakunya jangkitan kuman ataupun keradangan pada pundi hempedu tersebut. Keradangan …

Read More »

TEMBIKAI MEMBANTU MERENDAHKAN TEKANAN DARAH

TEMBIKAI MEMBANTU MERENDAHKAN TEKANAN DARAH     Menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), satu dari empat orang di Malaysia berusia 18 tahun ke atas mengalami masalah tekanan darah, sama ada pre-hipertensi atau sudah mengalami hipertensi. Kebanyakan mereka tidak didiagnosakan, tidak dirawat atau tidak mengetahui mereka mempunyai masalah ini. Ada beberapa makanan yang dapat menurunkan tekanan darah, jika diambil bersama diet yang sihat. Antaranya air tembikai. Air Tembikai adalah air yang manis berGI tinggi, tetapi mempunyai nilai karbohidrat yang rendah. Jadi secara keseluruhan, nilai Kandungan Glisemik (Glysemic Load, GL) adalah rendah. Jika ingin minum air tembikai, saya cadangkan jangan ditambah gula kerana …

Read More »

BADAN LEMAH DAN PUNCA-PUNCANYA

Badan lemah membawa maksud seseorang itu merasa letih ataupun tidak bertenaga. Ia bukan membawa maksud rasa mengantuk ataupun rasa pening kepala. Apabila anda merasakan badan anda lemah, anda tidak mempunyai motivasi dan tenaga untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Badan lemah merupakan salah satu simptom yang disebabkan masalah kesihatan. Ia boleh berpunca dari perkara yang normal sehinggalah perkara yang serius. Jika rasa lemah tersebut masih tidak sembuh selepas mengambil rehat dan makanan yang cukup, pesakit mungkin mempunyai masalah kesihatan yang lain dan perlunya ada pemeriksaan seseorang doktor.   PUNCA-PUNCA BADAN LEMAH Ia boleh dibahagikan kepada 3 kategori am iaitu: 1. Gaya hidup2. …

Read More »

GENERASI MILENIAL PALING MUDAH SAKIT DAN MATI MUDA

  Generasi milenial seringkali dianggap sebagai generasi yang beruntung kerana berada dalam zaman perkembangan teknologi yang luar biasa. Sayangnya, pakar kesihatan mendapati bahawa generasi ini sebagai generasi yang paling mudah sakit dan memiliki risiko mati muda paling tinggi dibandingkan dengan generasi-generasi sebelumnya. Laporan yang dikeluarkan oleh Blue Cross Blue Shield menyebut generasi milenial mempunyai jumlah yang mati muda lebih banyak berbanding dengan generasi lain. Mereka mengalami pelbagai jenis masalah kesihatan dan lebih cenderung untuk membelanjakan lebih banyak wang merawat masalah kesehatan. Sebagai informasi, Blue Cross Blue Shield adalah salah satu syarikat insurans yang mempunyai lebih dari 100 juta orang yang …

Read More »

ADAKAH AIR BERALKALI INI BERKESAN?

Air beralkali sangat kontroversi. Ramai pengamal perubatan moden mengambil sikap tidak mempercayai kerana tiada kajian yang terperinci mengenai air ini yang diterbitkan dalam journal perubatan. Namun begitu ada juga kajian yang membincangkan kebaikan air alkali ini dan diterbitkan dalam journal sains yang lain. Contohnya kajian yang dilakukan dalam tahun 2012, mendapati air beralkali yang diperolehi secara semulajadi dari sebuah pergi dengan pH 8.8 dapat menyah-aktifkan enzim pepsin, iaitu enzim yang menyebabkan reflux asid. Dalam kajian lain, dengan mengamalkan air beralkali dapat memberikan kebaikan pada pesakit diabetis, hipertensi dan berkolestrol tinggi. Ia juga dikatakan dapat mengurangkan kepekatan darah. Dengan ini dapat …

Read More »

KENALI AIR BERALKALI

Ramai yang mendakwa air beralkali dapat mengekalkan kesihatan, membuang keasidan dalam darah dan tubuh, malah mencegah/merawat penyakit kronik dan kanser. Sebelum kita bersetuju atau tidak bersetuju, jom kenali apa itu air beralkali. Perkataan alkali merujuk kepada nilai pH dalam air tersebut. Masih ingat pelajaran kimia atau sains panduan dalam SPM dulu? Nilai pH yang mengukur satu air itu asid atau alkali adalah antara nombor 1 hingga 7. Nilai pH 1 bermakna, air itu terlalu berasid, pH 14 bermakna air itu terlalu beralkali. Sementara nilai pH 7 bermakna air itu bersifat neutral. Air yang kita minum sifatnya neutral, antara 7.0 hingga …

Read More »

MENGAPA KACANG KUDA (CHICKPEAS) MENYEBABKAN PERUT KEMBUNG?

MENGAPA KACANG KUDA (CHICKPEAS) MENYEBABKAN PERUT KEMBUNG? Apabila kita memakan sesuatu yang ‘tidak sesuai’ dengan kita, perut kita akan kembung, rasa berangin, memulas dan kadang kala menyebabkan rasa tidak selesa untuk melakukan tugas seharian. Dengan ini tubuh memberitahu kita, elakkan makanan ini atau jangan makan berlebihan. Antara makanan yang kita makan menyebabkan masalah ini adalah kacang kuda. Sebelum itu saya ingin memberitahu tahu satu istilah FODMAP iaitu Fermentable Oligosaccharides, Disaccharides, Monosaccharides and Polyols iaitu jenis gula yang dihasilkan dari karbohidrat, tetapi tidak diserap secara lengkap oleh usus kita. Gula ini apabila sampai ke usus kecil , mula menyimpan air sehingga …

Read More »

MUDAH TERKUCIL KETIKA BUANG AIR KECIL

    Pernahkah anda berdepan situasi kurang selesa termasuklah insiden ‘terkucil’ sebaik sahaja terbatuk atau terbersin? Situasi ini biasanya membuatkan individu berasa malu dan kurang selesa berada di khalayak umum dan ada kala, boleh mencetuskan kegelisahan keterlaluan. Mana tidaknya, hanya didorong oleh batuk, bersin atau menerusi aktiviti senaman termasuk melompat, mereka yang mengalami masalah ini akan terkencing yang tidak boleh dikawal. Masalah terkucil itu juga mengganggu tumpuan terutama dalam situasi memerlukan seseorang itu berada dalam keadaan bersih termasuk ketika beriadah, sembahyang serta mengerjakan ibadat umrah atau haji. Senario yang dikenali sebagai lemah kawalan pundi kencing ini tidak diklasifikasikan sebagai penyakit …

Read More »

BERHATI-HATI DENGAN KEKEJANGAN OTOT

Kejang otot yang menyerang sewaktu baru bangun tidur adalah pengalaman yang kurang menyenangkan dan boleh mengganggu ‘mood’ anda sepanjang hari.   Biasanya kejang otot ini menyebabkan kesakitan pada jari kaki dan betis, iaitu antara bahagian yang kerap dilanda masalah ini. Berdasarkan kajian American Academy of Family Physicians, 60% orang dewasa yang sering mengalami kekejangan otot pada awal pagi atau sebelah malamnya turut menghidapi masalah gangguan tidur atau insomnia.   Meskipun kejang otot adalah perkara biasa, tetapi ada serangan kejang otot tertentu perlu diambil serius kerana boleh menyebabkan komplikasi lebih serius.   Disenaraikan lima gejala kejang harus diberi perhatian dan memerlukan …

Read More »

JENIS-JENIS PSORIASIS

JENIS-JENIS PSORIASIS     Psoriasis ialah sebuah keadaan di mana kulit mengalami kemerah-merahan, gatal-gatal dan mengalami pengelupasan berbentuk sisik. Psoriasis adalah sebuah keadaan yang boleh dialami oleh lelaki dan perempuan, Ia mempunyai boleh mendatangi pesakit di dalam pelbagai bentuk dan lebih banyak berlaku pada beberapa bahagian tubuh badan. Psoriasis merupakan masalah radang yang disebabkan oleh tindakan imuniti badan terhadap sel-sel kulit. Sel-sel imun ini bertindak dengan menyebabkan sel-sel kulit menghasilkan lapisan-lapisan kulit baru dengan lebih kerap daripada biasa. Kesannya, lapisan – lapisan kulit yang baru ini akan menyebabkan lapisan kulit yang normal menjadi lebih tebal dan berwarna kemerah-merahan. Permukaannya juga …

Read More »
error: Content is protected !!