Kita selalu mendengar terdapat dua cara untuk melakukan ujian COVID 19 iaitu RT-PCR dan RTK-Ag.
RT-PCR (Real-time reverse transcription-polymerase chain reaction) dapat mengesan virus yang ada dalam badan pesakit dengan lebih tepat. Jika individu didapati positif, ia bermaksud individu tersebut telah dijangkiti virus. Masa yang di ambil untuk mendapatkan keputusan melalui ujian ini adalah satu atau dua hari. Sampel biasanya diambil dengan menggunakan kaedah nasopharyngeal swab.
Rapid test kit antigen (RTK-Ag) digunakan untuk mengesan antigen di dalam badan. Antigen adalah suatu bahan asing bagi badan yang akan membangkitkan sistem imuniti untuk menghasilkan antibodi. Sampel diambil juga menggunakan kaedah naspharyngeal swab.
Ujian ini juga mengesan virus namun tidak setepat dan tidak sesensitif RTPCR. Positif ujian RTK-Ag bermaksud pesakit tersebut mempunyai penyakit. Untuk memperoleh keputusan dariapda ujian ini hanya memerlukan masa lebih kurang 2-3 jam.
Keputusan RT-PCR merupakan cara terbaik dalam mengesahkan jangkitan COVID-19. RTK-Ag hanya boleh digunakan untuk saringan tapi tidak boleh digunakan sebagai pengesahan.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi
Perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am.
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
