MASALAH KECACATAN PADA JARI KAKI (BUNION)

MASALAH KECACATAN PADA JARI KAKI (BUNION)

Bunions disebut sebagai hallux valgus atau hallux abducto valgus adalah masalah jari kaki pertama yang membengkok ke dalam sehingga tulang pada pangkal jari kelihatan terkeluar dari penjajaran dan menghasilkan “bonggol”
(bunion) itu.

Bunions berlaku secara beransur-ansur mengubah sudut tulang selama bertahun-tahun. Semakin lama keadaan akan menjadi lebih teruk.

Gejala biasa dialami adalah rasa sakit terutama apabila memakai kasut yang sempit.

Doktor akan mengambil x-ray untuk menentukan tahap kecacatan yang berlaku.

Jika keadaan tidak terlalu teruk atau sebelum pembedahan, doktor mungkin menyarankan:

  1. Memilih kasut yang sesuai yang mempunyai pembukaan jari lebar.
  2. Pelapik diletakkan pada kawasan bunion untuk mengurangkan sakit.
  3. Elakkan aktiviti yang menyebabkan kesakitan seperti berdiri untuk jangka masa yang lama.
  4. Pengambilan ubat tahan sakit NSAIDs seperti ibuprofen, untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan.
  5. Menuam pek ais beberapa kali sehari membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan.
  6. Suntikan steroid untuk merawat keradangan bursa (kantung berisi cecair yang terletak di sekeliling sendi)
  7. Dalam sesetengah kes, peranti ortotik diberikan untuk membentuk bunion di peringkat permulaan.

Jika rawatan tanpa pembedahan gagal untuk melegakan kesakitan bunion dan mengganggu aktiviti harian, doktor akan mencadangkan pembedahan untuk membuang “benjolan” tulang, membetulkan perubahan struktur tulang, dan memperbaiki perubahan tisu lembut yang mungkin juga berlaku. Matlamat pembedahan adalah mengurangkan kesakitan.

Tempoh masa pemulihan bergantung pada prosedur yang dilakukan.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!