OMEGA 3 DAPAT MENURUNKAN TAHAP TRIGLYCERIDE DAN MENGELAKKAN SERANGAN JANTUNG

OMEGA 3 DAPAT MENURUNKAN TAHAP TRIGLYCERIDE DAN MENGELAKKAN SERANGAN JANTUNG

Pagi ini saya membaca satu kajian yang menarik berkaitan Omega 3 dan masalah kardiovaskular (serangan sakit jantung).

Dalam kajian terbaru (2018) yang dinamakan Reduction of Cardiovascular Events with Icosapent Ethyl-Intervention Trial (REDUCE-IT) yang telah diterbitkan dalam journal terkemuka, New England Journal of Medicine menunjukkan pengambilan ethyl ester dari eicosapentaenoic acid (EPA) yang banyak terdapat dalam minyak ikan dapat membantu pesakit yang mengalami risiko kardiovaskular dari serangan sakit sakit jantung.

Sebelum ini memang terdapat persoalan adakah EPA dan DHA yang menjadi sebahagian Omega 3 dapat membantu pesakit kronik terutama pesakit yang mempunyai tahap trigliceride dari masalah Kardiovaskular?

Persoalan ini terjawab apabila agensi seperti US Food and Drug Administration (US FDA), Health Canada, dan European Medicines Agency mengiktiraf penggunaan icosapent ethyl EPA untuk menurunkan risiko serangan jantung bagi pesakit yang mempunyai tahap triglycerides yang tinggi.

Saintis dari Brigham and Women’s Hospital pula mengkaji (secara systematic review dan meta-analysis) terhadap 38 kajian secara rambang dan terkawal (randomized controlled) terhadap omega-3 fatty acids dan mendapati omega-3 fatty acids memberikan kesan yang positif.

Menurut Prof Deepak L. Bhatt, pengarah di Interventional Cardiovascular Programs, Brigham dan ketua penyelidik dalam kajian REDUCE-IT, kajian ini adalah kajian yang terbesar setakat ini dalam keberkesanan penggunaan EPA (OMEGA 3) dalam merawat pesakit hiperkolestrolemia. Kajian itu melibatkan 149,000 peserta. DAN ia menunjukkan pengambilan EPA sangat membantu berbanding dengan pengambilan gabungan EPA dan DHA.

Kesimpulannya untuk mengelakkan masalah serangan sakit jantung dan stroke, terdapat pelbagai cara. Saya mengamalkan minyak zaitun OLIVIE, bersama vitamin E. Bagi sesetengah pesakit yang agak sukar menurunkan tahap lipid dalam darah terutamanya Trigliceride, boleh mengambil tambahan Omega 3 dalam makanan dan suplemen.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Reference:

  1. “Effect of Omega-3 Fatty Acids on Cardiovascular Outcomes: A Systematic Review and Meta-Analysis” by Safi U. Khan, Ahmad N. Lone, Muhammad Shahzeb Khan, Salim S. Virani, Roger S. Blumenthal, Khurram Nasir, Michael Miller, Erin D. Michos, Christie M. Ballantyne, William E. Boden and Deepak L. Bhatt, 8 July 2021, eClinical Medicine.
  2. Bhatt DL, Steg PG, Miller M, Brinton EA, Jacobson TA, Ketchum SB, Doyle RT Jr, Juliano RA, Jiao L, Granowitz C, Tardif JC, Ballantyne CM; REDUCE-IT Investigators. Cardiovascular Risk Reduction with Icosapent Ethyl for Hypertriglyceridemia. N Engl J Med. 2019 Jan 3;380(1):11-22.
  3. Boden WE, Bhatt DL, Toth PP, Ray KK, Chapman MJ, Lüscher TF. Profound reductions in first and total cardiovascular events with icosapent ethyl in the REDUCE-IT trial: why these results usher in a new era in dyslipidaemia therapeutics. Eur Heart J. 2020 Jun 21;41(24):2304-2312.

Dapatkan Fish Oil Needs Venue yang bersaiz lebih kecil dari dalam pasaran, sesuai untuk kanak-kanak hingga dewasa. Kanak-kanak 1 biji, dewasa 3 biji. Boleh klik link di bawah : 

[FAMILY PACK] – 3 UNIT NV FISH OIL !! SAVE RM15 !! – Needs Venue

Leave a Reply

error: Content is protected !!