Osteoarthritis atau kerosakan pada tulang rawan dalam sendi (terutama sendi lutut dan sendi pinggul) merupakan penyakit degeneratif (kerosakan akibat pertambahan usia) yang banyak terjadi pada usia di 40 tahun ke atas.
Semakin bertambahnya usia, sendi semakin kurang menghasilkan lendiran sendi (synovial fluid) dan ini menyebabkan dua tulang bertemu. Inilah yang kemudian menimbulkan rasa sakit.
Osteoarthritis memiliki empat tingkatan berdasarkan gejala (rasa sakit apabila sendi dibengkokkan) dan pemeriksaan xray.
Tingkatan Pertama apabila rasa sakit sendi ketika banyak melakukan aktiviti yang agresif. Rasa sakit itu biasanya akan hilang setelah berhenti melakukan aktiviti tersebut.
Tingkatan Kedua sama seperti yg pertama tetapi rasa sakit lebih lama dan memerlukan ubat tahan sakit.
Kedua-dua tingkatan ini lebih mudah dirawat dan sembuh.
Teruskan aktiviti secara beransur-ansur, tingkatkan makanan bernutrisi terutama lemak sihat seperti minyak zaitun, ambil sedikit suplemen bersifat antioksida seperti vitamin E, vitamin C dan vitamin D.
Tingkatan Ketiga rasa sakit dan sendi sukar dibengkokkan.
Tingkatan Keempat apabila sendiri sudah tidak boleh dibengkokkan langsung.
Kedua-dua tingkatan ini mungkin memerlukan pembedahan gantian sendi (diganti dgn sendi sintetik).
Namun sebelum melakukan pembedahan, elok mendapat pandangan yang berbeza (second opinion) dari pakar ortopedik yang lain.
#HealthDrZubaidi
Boleh dapatkan MINYAK ZAITUN OLIVIE PLUS 30x satu sudu besar dan VITAMIN E TOCOTRIENOL SOFTGEL OLIVE HOUSE diambil sebiji selepas sarapan dengan segelas air kosong.

Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
