PEMBENGKAKAN PROSTATE BUKAN KANSER

Bengkakan kelenjar prostate bukan kanser dikenali dengan beberapa nama, antaranya ‘benign (noncancerous) enlargement of the prostate’, atau ‘benign prostatic hyperplasia (BPH)’. Ia adalah masalah yang kerap dialami oleh lelaki yang sudah berusia melebihi 60 tahun.

Kelenjar prostat memainkan peranan penting dalam sistem reproduksi lelaki. Ia bersaiz seperti kacang tanah terletak di bahagian bawah pundi kencing. Ia mengalami dua kali pembesaran, iaitu ketika mula akhil baligh dan ketika berusia 30 tahun. Saiz bertambah dari 20 gram ketika dewasa kepada 40 gram ketika berusia sekitar 70 tahun.

Fungsi utama kelenjar prostat adalah mengeluarkan cairan yang melindungi dan memberikan nutrisi kepada sperma. Selama ejakulasi, cairan tersebut akan dikeluarkan bersama dengan sperma (dari testes) sebagai air mani. Dengan adanya cairan ini, sperma mampu bergerak secara efisien di dalam rahim wanita. Menutup saluran air kencing  ketika ejakulasi, agar air mani tidak masuk ke dalam pundi kencing. Ia juga bertanggungjawab menghasilkan hormon testosteron.

BPH tidak menyebabkan pembentukan kanser prostate. Namun BPH mempunyai gejala serupa dengan kanser prostate sehingga menyebabkan diagnose yang diberikan tidak tepat. Ada pesakit yang mengalami BPH dan kanser prostate pada masa yang sama.

Untuk mendiagnosa kanser prostate di peringkat awal, American Urological Association dan American Cancer Society mencadangkan agar lelaki berusia berusia 55 tahun ke atas melakukan pemeriksaan saringan prostate.

Mereka yang mempunyai sejarah keluarga kanser prostate harus membuat pemeriksaan lebih awal, iaitu 40 tahun. Pemeriksaan ini termasuk pemeriksaan darah untuk mengesan tahap prostate-specific antigen (PSA) dan pemeriksaan ultrasound melalui lubang dubur.

GEJALA BAGI BPH

Oleh kerana kedudukan prostate yang mengelilingi saluran air kencing (urethra), jika berlaku bengkakan pada kelenjar prostate, ini menyebabkan air kencing di dalam pundi kencing tidak dapat keluar. Ini menyebabkan:

  1. Tidak memancutkan air kencing
  2. Sukar untuk memulakan kencing
  3. Kerap membuang air kencing
  4. Bangun malam untuk kencing

Jika tidak dirawati, pesakit mungkin mengalami :

  1. Batu dalam pundi kencing
  2. Jangkitan pada pundi kencing
  3. Darah dalam air kencing.

Dapatkan rawatan segera jika mengalami masalah ini :

  1. Rasa sakit ketika kencing
  2. Tidak boleh keluar langsung
  3. Rasa demam
  4. Darah dalam air kencing

RAWATAN

Tidak semua masalah BPH ini memerlukan rawatan. Hanya yang mengalami masalah yang teruk, sebagai contoh tidak dapat menghabiskan kencing dan terpaksa beberapa kali ke tandas, memerlukan rawatan.

Selalunya doctor akan memberikan ubat-ubatan seperti finasteride dan dutasteride yang mengurangkan penghasilan hormone lelaki dihydrotestosterone (DHT), yang bertindak terhadap pembesaran saiz prostate. Dengan mengurangkan penghasilan hormone ini, diharapkan saiz prostate akan menjadi lebih kecil.

Terdapat juga ubat-ubatan sintetik yang merehatkan otot-otot pundi kencing agar rasa kerap mahu kencing. Antaranya terazosin, doxazosin, tamsulosin, alfuzosin dan silodosin.  Antara kesan sampingannya adalah rasa pening, dan lemah tubuh.

Doktor akan menggabungkan kedua jenis ubatan sintetik ini pada pesakit prostate yang mengalami masalah lebih serius.

Pembedahan dilakukan jika ubat-ubatan sintetik ini tidak lagi verkesan.

1. Transurethral resection of the prostate (TURP): Pakar bedah urologist mengeluarkan sebahagian tisu prostat menggunakan peralatan khas yang dimasukkan melalui saliran kencing. Kesan sampingan pembedahan ini adalah pendarahan, jangkitan kuman, mati pucuk dan ada kalanya tidak dapat menahan kencing.

2. Transurethral incision of the prostate (TUIP): Pakar bedah urologist akan menghiris dua luka pada leher pundi kencing bagi membesarkan saluran kencing yang tersumbat bagi memudahkan pengaliran air kencing.

3. Transurethral electrovaporization: Teknik ini menggunakan tenaga elektrik bagi memanaskan dan ‘mencairkan’ sel-sel prostate, dengan ini tidak menghalang saluaran kencing.

Pada masa ini terdapat juga cara yang kurang invasive, dan dapat mengurangkan kesan sampingan yang mungkin timbul. Antaranya prostatic urethral lift dan water vapor therapy. Saya tidak pasti teknik ini telah digunakan di Malaysia, boleh bertanyakan dengan pakar urologist yang merawat.

Semoga bermanfaat.

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

MODUL KELAS PEMAKANAN PESAKIT KANSER

Pelajari dan ketahui pemakanan yang baik dan tidak baik kepada pesakit kanser melalui Modul Kelas Kanser dan Pemakanan oleh Dr Zubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!