Henoch-Schonlein purpura (juga dikenali sebagai IgA vasculitis) adalah masalah yang menyebabkan saluran darah yang kecil pada kulit, sendi, usus dan ginjal mengalami keradaangan dan seterusnya mengalami pendarahan.
Ini menyebabkan pesakit mengalami bintik-bintik merah (adakalanya ungu) terutama pada bahagian bawah kaki dan punggung. Apa yang lebih berbahaya apabila Henoch-Schonlein purpura juga boleh menyebabkan masalah pendarahan pada usus, dan sendi (menyebabkan rasa sakit pada sendi). Kadang-kala boleh menyebabkan pendarahan pada ginjal dan menyebabkan kerosakan fungsi ginjal.
Henoch-Schonlein purpura boleh menyerangkan sesiapa saja, tetapi selalunya kanak-kanak berusia antara 2-6 tahun. Namun semakin besar, masalah ini akan hilang perlahan-lahan, namun ada juga yang masih mengalami masalah ini sehingga dewasa.
Empat gelaja yang terdapat pada pesakit, bergantung kepada organ yang terlibat.
1. Bintik-bintik merah (kadang kala ungu). Keadaan ini dinamakan purpura, terutamanya pada punggung, peha, betis dan kaki.
2. Bengkak dan sakit pada sendi, atau dikenali sebagai arthritis, terutamanya bahagian pergelangan kaki dan lutut. Selalunya dimulakan dengan bitnik-bintik merah dan selepas beberapa minggu minggu. Masalah ini selalunya bersifat sementara dan akan sembuh dengan sendirinya.
3. Masalah berkaitan dengan usus. Pesakit akan mengalami rasa sakit perut, loya, muntah dan mengalami najis berdarah. Kadang kala ia salah didaignosakan sebagai masalah gastritis dan masalah penghadaman.
4. Masalah berkaitan dengan ginjal. Tanda awal masalah berkaitan dengan ginjal adalah terdapat protein dalam air kencing. Ia mungkin terlepas pandang kecuali pesakit melakukan pemeriksaan air kencing secara berkala.
Pesakit dinasihatkan agar melakukan pemeriksaan doctor jika terdapat:
- Masalah berkaitan dengan usus
- Ia berlaku pada kanak-kanak
Punca bagi masalah ini tidak diketahui dengan jelas. Apa yang diketahui pesakit Henoch-Schonlein purpura mengalami pendarahan pada bawah kulit, abdomen dan ginjal, akibat saluran darah kecil dalam tubuh mengalami keradangan. Ia berkemungkinan akibat ketidak seimbangan sistem daya tahan tubuh.
Namun diperhatikan sebahagian pesakit mengalami masalah ini selepas jangkitan batuk dan selsema, dan jangkitan virus seperti chickenpox, jangkitan kuman streptococcus pada tekak, jangkitan, measles, jangkitan hepatitis, setelah mengambil makanan tertentu, gigitan serangga dan terdedah pada cuaca sejuk.
Selalunya pesakit akan mengalami masalah ini untuk beberapa bulan, kemudian akan hilang sendiri. Tetapi ia boleh berulang.
Namun sebenarnya bukan masalah bitnik-bintik merah (purpura) akibat pendarahan bawah kulit, tetapi pendarahan pada ginjal (yang akhirnya menyebabkan kerosakan ginjal) atau pendarahan dalam usus (yang menyebabkan kerosakan usus).
Doktor akan mendiagnosakan penyakit ini berdasarkan gejala, iaitu bitnik-bintik merah pada kulit, masalah sakit pada sendi dan masalah usus. Namun pemeriksaan makmal juga mungkin membantu. Antaranya pemeriksaan darah, pemeriksaan air kencing dan mungkin biopsy kulit (mengambil contoh kulit atau ginjal) jika perlu.
Tiada rawatan yang spesifik untuk masalah Henoch-Schonlein purpura kerana ia mungkin akan hilang sendiri. Rehat, minum air secukupnya dan ubat tahan sakit (jika perlu). Ubat sintetik steroid diberikan untuk mengurangkan keradangan pada saluran darah.
Amalkan makanan bersifat anti-keradangan membantu untuk mengurangkan masalah ini. Ambil suplemen vitamin C, vitamin D, vitamin E yang bersifat anti-keradangan.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi
[IKLAN]
Klik gambar di bawah untuk mendapatkan Natrieo Tri.E (Vitamin E) Tocotrienols keluaran dari Sime Darby yang mempunyai sumber antioksidan yang tinggi.
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman

