Advertorial
Home » Farmasi » APA ITU UBAT CAIR DARAH?

APA ITU UBAT CAIR DARAH?

APA ITU UBAT CAIR DARAH?

Ubat cair darah merupakan salah satu jenis ubat yang digunakan untuk menghalang darah membeku dengan cepat. Jadi risiko utama apabila diambil berlebihan dos boleh menyebabkan pendarahan pendalaman yang teruk. Oleh itu pemeriksaan berskala dilakukan bagi mengelakkan masalah ini.

Tujuan pemberian ubat ini adalah untuk menghalang pengubatan dalam saluran darah yang menjadi sebab utama serangan jantung dan stroke.

Kesemua ubat cair darah bertindak secara berbeza bergantung kepada jenis ubat.

Terdapat 2 jenis ubat cari darah iaitu :

1. Anti-coagulant

Ia menghalang fungsi protein dalam pembekuan darah.

Contoh :

– Heparin
– Warfarin
– Enoxaparin (Lovenox)
– Fondaparinox(Arixtra)
– Dabigatran(Pradaxa)

2. Ubat antiplatlet

Ia menghalang fungsi platlet dalam pembekuan darah.

Contoh :

– Aspirin
– Clopidogrel (Plavix)
– Ticlopidine (Ticlid)

Dengan pemberian ubat sintetik ini diharapkan tiada pembentukan darah beku yang biasa berlaku seperti:

  1. Diabetis Mellitus
  2. Selepas serangan sakit jantung dan stroke
  3. Masalah Deep Vein Thrombosis pada anggota kaki (betis).
  4. Selepas pembedahan menggantikan injap jantung

Kesan sampingan yang berbahaya seperti pendarahan dalam boleh berlaku tetapi dapat dielakkan jika melakukan pemeriksaan berkala terutamanya pengguna ubat Warfarin.

Namun darah yang cair ini dapat dikenalpasti apabila pesakit mengalami masalah mudah lebam.

Tanda-tanda yang lebih serius adalah:

  1. Ada darah pada najis ginjal
  2. Keluar darah haid yang banyak (bercampur darah beku berketul-ketul dan darah merah)
  3. Ada darah bila batuk kuat
  4. Muntah berdarah
  5. Ada darah yg banyak dalam air kencing

Jika anda adalah seorang pesakit yang menggunakan ubat ini, perlulah berhati-hati. Antara langkah yang perlu dilakukan adalah:

  1. Selalu ingatkan doktor bahawa anda sedang mengambil ubat pencair darah.
  2. Tidak melakukan aktiviti lasak yang berisiko mendatangkan kecederaan.

Rujukan:

www.heart.org/treatment-of-a-heart-attack

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: