Farmasi

ADAKAH UBAT ROSUVASTATIN BOLEH MENYEBABKAN KENAIKAN PARAS ENZIM TERUTAMANYA ALT?

Adakah ubat Rosuvastatin boleh menyebabkan kenaikan paras enzim hati terutamanya ALT? Adakah ubat Rosuvastatin boleh menyebabkan kenaikan paras enzim hati terutamanya ALT?   Ya, ubat Rosuvastatin boleh menyebabkan kenaikan paras enzim hati, termasuk ALT (Alanine Aminotransferase).   Ini adalah salah satu kesan sampingan yang mungkin berlaku semasa penggunaan ubat ini.   Peningkatan enzim hati menunjukkan terdapat kecederaan pada sel-sel hati, yang boleh berlaku akibat pengambilan ubat-ubatan tertentu, termasuk statin seperti Rosuvastatin.   Jika anda mengalami peningkatan enzim hati, adalah penting untuk berbincang dengan doktor anda.   Mereka mungkin akan melakukan ujian darah secara berkala untuk memantau fungsi hati anda dan …

Read More »

BOLEHKAH MENGGABUNGKAN MAGNESIUM DAN MELATONIN?

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Saya seorang yang mengalami anxiety tetapi tidak teruk. Jadi saya tidak mengambil ubat penenang atau ubat tidur. Sebelum ini saya mengambil magnesium untuk masalah saya. Saya dapati ia tidak berkesan untuk saya. Saya ingin mendapatkan melatonin. Bolehkah saya menggabungkan melatonin dan magnesium dalam satu masa? Apakah fungsi kedua-duanya? Terima kasih”. ******** Waalaikumussalam Puan boleh menggabungkan melatonin dan magnesium kerana tiada interaksi yang diketahui antara kedua-duanya. Malah, terdapat produk di pasaran yang mengandungi kedua-dua bahan ini kerana kombinasi mereka boleh membantu meningkatkan kualiti tidur. Melatonin adalah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pineal di otak sebagai …

Read More »

APA YANG PERLU SAYA KHUATIRI BILA AMBIL AMLO-DIPINE BERSAMA SIL-DENAFIL?

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ada pertanyaan. Saya mengambil ubat Twynsta 40/5 setiap hari pada waktu malam, biasanya selepas makan malam sekitar jam 9 malam. Bolehkah saya mengambil sildenafil 50mg pada waktu pagi? Jika ya, bolehkah anda beritahu jarak waktu yang sesuai antara pengambilan Twynsta dan sildenafil? Saya juga mengambil ubat carbimazole 5mg (1 biji sehari) pada waktu malam. Kadang-kadang, saya mengalami masalah kurang tegang secara tiba-tiba. Terima kasih”. ******* Walaikumusalam. Twynsta 40/5 adalah ubat kombinasi yang mengandungi dua bahan aktif: amlodipine 5mg dan telmisartan 40mg. Amlodipine adalah penyekat saluran kalsium yang membantu melonggarkan saluran darah dan meningkatkan aliran darah. Telmisartan …

Read More »

APAKAH UBAT DARAH TINGGI YANG MENGGANGGU KEUPAYAAN SEKSUAL LELAKI?

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya berumur akhir 30 an dan seorang pesakit darah tinggi dan telah diberikan ubat LOSARTAN selama enam bulan. Namun saya perasan yang saya mengalami masalah mati pucuk di peringkat sederhana. Adakah ubat LOSARTAN menyebabkan masalah ini. Terima kasih”. Waalaikumussalam. Beberapa jenis ubat darah tinggi boleh mengganggu keupayaan seksual, termasuk: 1. Penghalang Beta (Beta Blockers): Ubat seperti atenolol, metoprolol, dan propranolol boleh menyebabkan masalah seperti penurunan libido dan disfungsi ereksi. 2. Diuretik: Ubat seperti hydrochlorothiazide dan furosemide boleh mengurangkan aliran darah ke zakar, menyebabkan masalah ereksi. 3. Penghalang Reseptor Alpha (Alpha Blockers): Ubat seperti prazosin dan terazosin juga …

Read More »

ADAKAH LOSARTAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH SEMUA ORANG?

“Assalamualaikum Doktor. Saya seorang pesakit hati berlemak dan obes. Saya baru disahkan sebagai pesakit hipertensi dan diberikan ubat LOSARTAN. Adakah ia sesuai untuk saya? Saya ingin mendapatkan pandangan kedua. Terima kasih”. Waalaikumussalam. Losartan tidak sesuai untuk semua orang. Terdapat beberapa keadaan di mana losartan mungkin tidak disarankan atau perlu digunakan dengan berhati-hati. Antara jika anda dalam golongan berikut: 1. Wanita Hamil: Losartan tidak disarankan untuk wanita hamil kerana ia boleh menyebabkan kecacatan kelahiran atau masalah lain pada bayi yang belum lahir. 2. Penyakit Buah Pinggang: Orang yang mempunyai masalah buah pinggang yang serius perlu berhati-hati dan mungkin memerlukan pemantauan tambahan. …

Read More »

BOLEHKAN LOSARTAN DIAMBIL UNTUK JANGKA PANJANG?

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya baru didiagnosa sebagai pesakit darah tinggi. Saya diberikan ubat LOSARTAN. Saya membuat carian di google dan mendapati banyak kesan sampingan. Bolehkah saya mengambil ubat ini untuk jangkamasa panjang ? Terima kasih”.   Waalaikumussalam.   Losartan biasanya dianggap selamat untuk penggunaan jangka masa panjang apabila diambil mengikut arahan doktor.   Ia adalah ubat yang sering digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi dan membantu mencegah komplikasi seperti serangan jantung dan strok.   Walau bagaimanapun, seperti semua ubat, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:   1. Pemantauan Berkala: Penting untuk menjalani pemeriksaan berkala dengan doktor untuk memantau tekanan darah …

Read More »

BAHAYAKAH UBAT ANTI-HIPERTENSI LOSARTAN?

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Doktor ada buat posting berkaitan ubat darah tinggi losartan tak? Bila saya buat carian di google, ada macam-macam kesan sampingan yang menakutkan. Boleh doktor komen?. Terima kasih”.   Waalaikumusssalam.   Memang betul, ubat losartan yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi boleh mempunyai beberapa kesan sampingan.   Antara kesan sampingan yang biasa dilaporkan termasuk: 1. Pening atau sakit kepala. 2. Sakit perut atau cirit-birit. 3. Sembelit. 4. Gejala seperti selesema seperti hidung tersumbat, bersin, atau sakit tekak. 5. Sakit belakang dan sakit sendi. 6. Batuk kering. 7. Keletihan atau lesu.   Walaupun kesan sampingan ini boleh menakutkan, …

Read More »

APA PERBEZAAN OMEPRAZOLE DAN LANZOPERAZOLE?

  Kedua ubat sintetik ini Omeprazole dan Lansoprazole, termasuk dalam kumpulan penghalang pump proton (PPI) yang digunakan untuk mengurangkan penghasilan asid dalam perut. Diberikan kepada pesakit yang mengalami masalah gastritis, gastric ulcer dan GERD.   Berikut adalah perbezaannya: 1. Kesan: – Omeprazole: Menunjukkan kesan yang lebih lama tetapi lambat. – Lansoprazole: Menunjukkan kesan yang lebih cepat tetapi tak terlalu lama berbanding Omeprazole.   2. Kajian: – Beberapa kajian menyebutkan bahwa Omeprazole sedikit lebih efektif dalam meningkatkan pH intra-gastrik (mengurangkan asid dalam perut) dibandingkan dengan Lansoprazole. – Namun, penelitian lain menunjukkan bahawa gejala GERD (gastroesophageal reflux disease) lebih cepat lega dan …

Read More »

BOLEHKAH NAK HENTI AMBIL UBAT TIDUR LOR-AZEPAM?

Lor-azepam adalah sejenis ubat dalam kumpulan benzodiazepin yang biasanya digunakan untuk mengurangkan rasa kerunsingan (anxiety), mengatasi insomnia, dan mengawal masalah sawan. Bagi pesakit yang mengambil lorazepam dan ingin menghentikan pengambilannya, terdapat beberapa panduan yang boleh diikuti : 1. Pendidikan Pesakit : Mulakan dengan memberikan pendidikan kepada pesakit mengenai kesan sampingan penggunaan jangka panjang lorazepam. Beritahu mereka tentang risiko toleransi, ketergantungan fizikal, dan gejala penarikan (withdrawal symptom) yang mungkin berlaku. 2. Pendekatan Berperingkat : Pengurangan pengambilannya secara berperingkat adalah kaedah yang selamat untuk menghentikan pengambilan lorazepam. Cara ini dinamakan tapering dose. Berikut adalah beberapa panduan untuk tapering dose: a. Pesakit Mengambil …

Read More »

INFO TENTANG PARACETAMOL

Paracetamol juga dikenali dengan nama acetaminophen. APAKAH KEGUNAAN PARACETAMOL? Ubat paracetamol ialah untuk menghilangkan rasa sakit, dan menurunkan suhu badan ke paras suhu normal semasa demam. BAGAIMANA CARA MEMAKAN UBAT PARACETAMOL? Ada terdapat dua jenis ubat paracetamol: a) Pil b) Campuran sirap Pil dan campuran sirap yang mengandungi Paracetamol ini boleh didapati di farmasi dan kedai runcit. Bagi orang dewasa jangan makan ubat paracetamol lebih daripada lapan biji dalam sehari. Jika rasa sakit tidak berkurangan, hubungi doctor yang merawat. Jauhi meminum minuman keras atau yang mengandungi alcohol semasa memakan ubat ini. APAKAH KESAN-KESAN SAMPINGAN BAGI PARACETAMOL? Jika ubat paracetamol dimakan …

Read More »

UBAT KESUBURAN WANITA

Benarkah ubat kesuburan ini tidak berbahaya? Ramai wanita kini lambat hamil walaupun sudah dua atau tiga tahun berkahwin. Terutamanya bagi pasangan yang sudah berumur 30an. Sudah tentu ini menjadi bahan bualan di antara kawan-kawan dan sahabat andai. Ada juga pasangan yang berusia 30an, agak sukar untuk hamil semula setelah mendapat anak pertama, yang mungkin sudah berumur 3-5 tahun. Dalam kedua-dua keadaan ini, pasangan ini dikatakan mengalami masalah kesuburan. Jika mahu menambah bilangan anak, mereka digalakkan agar segera mendapatkan rawatan kesuburan dan mengambil ubat kesuburan wanita kerana apabila umur semakin meningkat, semakin sukar untuk hamil semula. Jika hamil pun mereka mungkin …

Read More »

APA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG UBAT SINTETIK SALBUTAMOL

APA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG UBAT SINTETIK SALBUTAMOL Salbutamol digunakan untuk merawat penyakit asma dengan merehatkan otot pada saluran pernafasan, dan akhirnya saluran pernafasan akan terbuka dan memudahkan pesakit asma bernafas. Dos yang biasa adalah 2mg dalam setiap tablet. ✅ Cara pengambilan : 1-2 biji 3 kali sehari semasa perut kosong (1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan) ✅ Kesan sampingan yang biasa: 👉 Denyutan jantung cepat 👉 Sakit tekak 👉 Rasa loya 👉 Menggeletar 👉 Sakit kepala 👉 Rasa gemuruh 👉 Batuk Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk. ✅ Kesan sampingan yang …

Read More »

APA ITU UBAT CAIR DARAH?

APA ITU UBAT CAIR DARAH? Ubat cair darah merupakan salah satu jenis ubat yang digunakan untuk menghalang darah membeku dengan cepat. Jadi risiko utama apabila diambil berlebihan dos boleh menyebabkan pendarahan pendalaman yang teruk. Oleh itu pemeriksaan berskala dilakukan bagi mengelakkan masalah ini. Tujuan pemberian ubat ini adalah untuk menghalang pengubatan dalam saluran darah yang menjadi sebab utama serangan jantung dan stroke. Kesemua ubat cair darah bertindak secara berbeza bergantung kepada jenis ubat. Terdapat 2 jenis ubat cari darah iaitu : 1. Anti-coagulant Ia menghalang fungsi protein dalam pembekuan darah. Contoh : – Heparin– Warfarin– Enoxaparin (Lovenox)– Fondaparinox(Arixtra)– Dabigatran(Pradaxa) 2. …

Read More »

KOMBINASI MAUT

KOMBINASI MAUT Assalamualaikum Doktor. Emak saya mengalami sakit lutut sejak dari dulu lagi. Umur dia sudah 71 tahun. Pil tu sesuaikah utk dia? Terima kasih. Walaikumusalam. Kombinasi ubat tahan sakit NSAIDs (contoh indomethacin, mefanamic acid, diclofenac, brufen) dan steroid (seperti betamethasone, prednisolone) adalah kombinasi maut terutama bagi wargamas yang mengalami sakit lutut. Bila mereka mengambil dua ubat ini serentak, memang cepat rasa lega, tetapi boleh menyebabkan gastric ulcer dan pendarahan dalam perut. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan ginjal. Saya sudah lihat ramai wargamas yang muntah darah dan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan dan Wad Pembedahan depan sama kerana mengambilnya dalam …

Read More »

PERBEZAAN ANTARA OMEGA 3 DAN MINYAK IKAN

PERBEZAAN ANTARA OMEGA 3 DAN MINYAK IKAN Ketika memilih suplemen yang mengandungi Omega 3, periksa pada botol dan cari nilai omega 3 yang ada. Ini kerana ramai yang menyangka bahawa minyak ikan dan omega 3 adalah dua perkara yang sama. Minyak ikan adalah minyak yang ada pada ikan. Ia mengandungi pelbagai jenis asid lemak. Manakala omega 3 adalah sejenis asid lemak dari kelas polyunsaturated fatty acid. Maknanya minyak ikan mengandungi Omega 3 dan asid lemak yang lain. Jadi ia istilah umum. Yang kita mahu adalah Omega 3. Sekali lagi, Omega 3 adalah sejenis asid lemak dalam kumpulan lemak tidak tepu …

Read More »

UBAT BRINTELLIX (VORTIOXETINE)

UBAT BRINTELLIX (VORTIOXETINE)     Brintellix (atau nama generik vortioxetine) adalah ubat untuk pesakit yang mengalami masalah Major Depressive Disorder (MDD). Antara kesan sampingannya adalah: Loya Muntah Cirit-birit Kadang kala sembelit Masalah seksual Kering mulut Perut kembung Pening Mimpi yang pelik-pelik Gatal Ubat anti-kemurungan ini boleh menyebabkan rasa ingin membunuh diri (suicidal thoughts) terutama di kalangan kanak-kanak, remaja dan dewasa berusia 18-24 tahun. Oleh pesakit harus berbincang dengan doktor yang merawat jika terlintas untuk membunuh diri. Dos Brintellix adalah 10 mg sehari. Kemudian dinaikkan sebanyak 20 mg sehari dengan pemantauan doktor. Ubat ini harus mendapat preskripsi dan perlu mendapat pemantauan …

Read More »

BAHAYA SALAH GUNA PARACETAMOL

BAHAYA SALAH GUNA PARACETAMOL     Sedarkah masyarakat bahawa di pasaran terdapat pelbagai jenis jenama ubat yang mengandungi bahan aktif Paracetamol atau juga dikenali sebagai Acetaminophen? Antara jenama tersebut adalah Panadol, Uphamol, dan lain-lain lagi. Semua jenama ubat ini mempunyai kandungan bahan aktif yang sama iaitu Paracetamol. Ia wujud sama ada dalam bentuk tunggal atau kombinasi dengan bahan aktif yang lain bagi merawat demam dan melegakan kesakitan serta penyakit-penyakit ringan seperti sakit kepala dan senggugut. ‘UBAT BIASA’ DAN ‘UBAT MUDAH DAPAT’ Paracetamol dikategorikan sebagai Ubat Am atau Ubat OTC (Over The Counter). Oleh itu, ubat Paracetamol ini boleh diperolehi sama …

Read More »

INFO TENTANG UBAT TEKANAN DARAH TINGGI LOSARTAN

INFO YANG PERLU KITA TAHU TENTANG UBAT TEKANAN DARAH TINGGI LOSARTAN Losartan dijual di pasaran dengan nama Cozaar. Losartan digunakan untuk merawat masalah tekanan darah tinggi. Ia dikatakan dapat melindungi ginjal dari kerosakan akibat diabetes. Ini bermakna pesakit diabetes yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, ia adalah pilihan yang lebih baik. Ia juga diberikan kepada pesakit bagi melindungi pesakit dari risiko mendapat komplikasi dari stroke, serangan sakit jantung dan kerosakan ginjal. Losartan termasuk dalam kumpulan angiotensin receptor blockers (ARBs). Ia akan mengembangkan saluran darah bagi melancarkan pengaliran darah dan mengembangkan saluran darah. Akhirnya tekanan darah akan menurun. Bagaimana menggunakan Losartan? …

Read More »

PERKARA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG AMLODIPINE

PERKARA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG AMLODIPINE Amlodipine adalah pil yang digunakan untuk merawat masalah tekanan darah tinggi (hipertensi) dan sakit dada akibat sumbatan pada saluran darah (angina). Jadi ia boleh digunakan bersama beberapa ubat sintetik yang lain. Biasa dipasarkan dengan nama Norvasc. Amlodipine hanya ada dalam bentuk pil dan diambil terus ke dalam mulut. Tiada dalam bentuk suntikan. Amlodipine termasuk dalam kumpulan Calcium Channel Blockers. Oleh itu ia saluran darah mengembang dan memudahkan pengaliran darah. Ia dapat mengurangkan risiko mendapat stroke, kerosakan ginjal atau serangan sakit jantung. Kesan sampingan Amlodipine Pil Amlodipine boleh menyebabkan rasa mengantuk yang keterlaluan. Selain itu …

Read More »

KESAN SAMPINGAN BAGI UBAT DARAH TINGGI FELODIPINE

Kesan sampingan bagi ubat darah tinggi Felodipine Yang biasa berlaku adalah : 1. Sakit kepala 2. Pening 3. Flushing (rasa panas atau kulit jadi merah) 4. Jantung berdegup laju 5. Rasa perut tidak selesa Selain itu, kesan sampingan yang mungkin berlaku : 1. Gusi bengkak 2. Ruam pada kulit 3. Batuk dan selsema 4. Rasa letih 5. Rasa tidak menentu (restlessness dan nervousness) 6. Loya 7. Sembelit, kadang kala cirit-birit 8. Tidur terganggu 9. Sakit sendi 10. Kerap kencing Kesan sampingan yang serius adalah : 1. Bengkak pada tangan, pergelangan kaki dan kaki. 2. Jantung berdegup tidak menentu. Jika mengalami …

Read More »

INFO TENTANG ATENOLOL

INFO YANG KITA PERLU TAHU TENTANG UBAT SINTETIK UNTUK TEKANAN DARAH TINGGI-ATENOLOL Atenolol adalah ubat sintetik yang diberikan untuk pesakit hipertensi. Ia telah digunakan lama, semenjak saya berada di universiti lagi. Pada masa itu ialah adalah ubat yang biasa diberikan. Itu cerita 25 tahun lepas. Bermakna ubat ini selamat, cuma ada beberapa kesan sampingan yang jarang dirasakan, mungkin pesakit yang menggunakan ubat ini tidak mengetahui. Jadi kita bincang berkaitan ubat ini, bukan tujuan menakutkan, tetapi supaya kita faham terhadap kesan sampingan yang mungkin kita alami dan beritahu doktor yang merawat. Atenolol dijual di pasaran dengan nama Tenormin. Atenolol digunakan (mungkin …

Read More »
error: Content is protected !!