TEKANAN DARAH MENINGKAT PADA WAKTU PAGI

TEKANAN DARAH MENINGKAT PADA WAKTU PAGI

Tekanan darah kita akan menurun pada waktu malam (terutama kita sedang tidur). Ia meningkat secara perlahan-lahan menjelang waktu pagi apabila kita mula bangun pagi secara semulajadi.

Selalunya bermula sebaik saja kita bangun pagi. Ini kerana pada waktu pagi, tubuh kita mula bekerja dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.

Peningkatan tekanan darah ini akan berterusan sepanjang hari, biasanya ia akan sampai tahap yang paling tinggi pada tengahari. Kemudian ia akan menurun secara perlahan-lahan apabila menjelang lewat petang.

Tetapi bagi bagi pesakit hipertensi, tekanan darah boleh melonjak terlalu tinggi pada awal pagi sehingga menyebabkan kerosakan pada ginjal, jantung atau otak. Jadi tidak hairanlah jika kebanyakan kes stroke berlaku pada awal pagi.

Ia juga boleh berlaku pada pesakit diabetis, hiperkolestrolemia dan pesakit yang sudah mengalami masalah ginjal, stroke dan serangan jantung.

Oleh itu pemeriksaan tekanan darah di rumah dicadangkan pada awal pagi dan pada waktu tidur bagi tujuan pemantauan, bagi menentukan sama ada ubat sintetik anti-hipertensi yang diberikan memberikan yang bagi bagi mengawal tekanan darah.

Seorang pesakit mengalami tanda-tanda seperti rasa sakit kepala yang teruk, kesakitan dada, dan rasa kebas atau pada bahagian muka atau anggota tubuh, buatlah pemeriksaan yang lebih lengkap.

Mesin pemeriksaan tekanan darah sangat berguna kerana dapat memeriksa tekanan darah di rumah. Ia juga membantu pesakit menentukan sama ada ubat sintetik anti-hipertensi itu patut diambil pada waktu malam atau pada waktu pagi.

Rujukan:
Kaplan NM. Home blood pressure monitoring protocol. Circulation 2003;107:1347. British Hypertension Society.

Leave a Reply

error: Content is protected !!