PERBEZAAN TEKANAN SISTOLIK DAN DIASTOLIK

PERBEZAAN TEKANAN SISTOLIK DAN DIASTOLIK

Ketika jantung mengepam darah ke seluruh tubuh, otot-otot jantung menolak darah melawan tekanan yang diberikan oleh saluran darah agar saluran darah dapat mengembangkan dan darah dapat bergerak dgn mudah. Inilah tekanan sistolik. Ia ditulis sebagai bacaan atas.

Ketika otot jantung rehat, darah masuk ke dalam jantung dengan cepat hasil pengecutan saluran darah arteri. Inilah bacaan diastolik. Ia ditulis sebagai bacaan bawah.

Kedua-dua nombor ini menggambarkan tahap kesihatan jantung kita.

Bacaan tekanan darah kita ditulis seperti ini: 120/80; dan ia disebut sebagai “120 per 80.” Selalunya bacaan tekanan darah sistolik adalah lebih tinggi, dari bacaan tekanan darah diastolik.

Kedua-dua tekanan ini diukur dalam milimeter merkuri, atau mmHg.Kedua-dua tekanan sistolik dan diastolik adalah penting. Sekiranya bacaan terlalu tinggi, hipertensi mungkin berlaku. Sekiranya bacaan tekanan darah terlalu rendah, mungkin aliran darah yang tidak mencukupi kepada organ kritikal, terutamanya otak.

Tekanan darah sistolik yang “normal” apabila seseorang dalam keadaannya rehat, adalah 140 mmHg atau lebih rendah.

Apabila seseorang sedang bersenam, sedang mengalami tekanan emosi, otot jantung dirangsang untuk mengepam dengan lebih kuat, menyebabkan tekanan sistolik meningkat.

Jika tekanan darah sistolik lebih rendah daripada biasa, ia dikatakan hipotensi sistolik. Jika terlalu rendah, seseorang akan mengalamirasa pening. Antara puncanya adalah dehidrasi teruk atau terjadinya pendarahan yang banyak, atau jika otot jantung menjadi terlalu lemah.

Tekanan darah diastolik yang “biasa” semasa rehat adalah 80 mmHg atau lebih rendah. Dalam hipertensi, tekanan darah diastolik meningkat semasa rehat.

Tekanan darah adalah perkara yang sangat dinamik iaitu turun dan naik. Tahap tekanan darah anda bergantung pada aktiviti jantung kita.

Untuk mendiagnosis hipertensi secara tepat, tekanan darah diambil dalam persekitaran yang tenang dan setelah kita berehat dengan tenang selama sekurang-kurangnya lima minit. Ia dilakukan beberapa kali setiap hari untuk jangkamasa sekurang-kurangnya seminggu.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!