Assalamualaikum, Dr Zubaidi. Pagi tadi saya ke klinik untuk pemeriksaan dan doktor mengesahkan saya ada gastrik. Boleh ke saya minum susu badam yang saya pesan dari doktor tempoh hari. Satu lagi makanan yang macam mana sesuai untuk saya penghidap gastrik? Terima kasih. Walaikumusalam. Gastrik adalah perkataan yang membawa makna perut. Selalunya dalam kes yang biasa berlaku, pesakit mengalami keradangan permukaan dalaman perut. Keadaan ini dinamakan gastritis. Selalunya didiagnosa secara ringkas dengan pemeriksaan ringkas dan bergantung pada simptom. Dalam keadaan yang lebih serius, puan boleh mengalami gastric ulcer. Dalam keadaan ini, puan mungkin mengalami rasa sakit perut yang kuat dan ubat …
Read More »Umum
LABU MAKANAN BERUNSUR ANGIN
LABU MAKANAN BERUNSUR ANGIN “Assalamualaikum doctor. Saya baru melihat post doktor mengenai kebaikan memakan labu. Adakah labu ni berangin? Sebab saya adalah peminat labu. Tetapi saya adalah pesakit anxiety disorder. Ramai yang kata tidak boleh makan sebab berangin. Boleh doctor bagi penjelasan tak? Terima kasih.” Walaikumusalam. Makanan berangin lazimnya dikaitkan dengan masalah kembung perut. Apabila seseorang itu mengalami sakit perut, selalunya akan dikaitkan dengan sifat pemakanan yang tidak betul. Selain tidak menjaga masa makan dengan betul, masyarakat Melayu akan mengaitkannya dengan makanan berangin. Pengambilan makanan berangin akan memberikan kesan tidak baik terhadap kesihatan pemakannya. Lebih teruk lagi, jika seseorang itu …
Read More »PESAKIT SLIP DISC BOLEH BERBASIKAL ATAU JOGING?
Assalamualaikum. Dr Zubaidi. Adakah pesakit slip disc boleh berbasikal atau joging? Terima kasih. Walaikumusalam. Pesakit yang mengalami masalah slip disc tidak digalakkan lakukan aktiviti lasak. Berbasikal dan berjogging dianggap aktiviti yang sederhana. Sementara bermain bolasepak dianggap aktiviti yang agresif. Jadi berhati-hatilah. Ini kerana ligamen di situ sudah lemah. Ia boleh menyebabkan ligamen mengalami koyak lebih teruk dan menyebabkan slip disc keluar lebih jauh dari posisi asal. Ini merosakkan saraf tunjang dengan lebih teruk. Tanda keadaan masalah ini lebih teruk adalah rasa sakit di bahagiang belakang dan mengalami rasa kebas dan mencucuk-cucuk pada anggota kaki. Semoga menjawab soalan. #HealthDrZubaidi
Read More »PETUA UNTUK SEMBELIT
“Assalamualaikum. Saya ada masalah buang air besar. Kadang kala sampai seminggu sekali, baru buang air. Adakah probiotics boleh membantu utk melawaskan? Adakah orang diabetis boleh ambik prebiotik? Terima kasih”. Waalaikumussalam. Sembelit yang kronik boleh membuatkan seseorang indibidu rasa tidak selesa, rasa kekembungan dan mungkin menyebabkan keletihan. Jika kita gemar makan makanan yang dibakar (ala BBQ), tiada fiber dan tinggi kandungan nitrate (kebanyakan dalam daging yang diproses), sembelit yang kronik mungkin mencetuskan kanser usus besar (kolonorektal). Biasanya kita membuang air besar sekali sehari atau mungkin sehari dalam tiga hari. Lebih dari itu, ia tidak lagi normal apabila najis menjadi keras dan …
Read More »BOLEH KE AMBIL VITAMIN C SETIAP HARI?
BOLEH KE AMBIL VITAMIN C SETIAP HARI? Salam doctor saya nak tanya. Kanak-kanak perlu ke amalkan vit c setiap hari? Terima kasih. Walaikumusalam. Setiap orang dari kita memerlukan vitamin C setiap hari. Berapa banyak jumlah atau dos yang perlu diambil berbeza mengikut keperluan individu. Individu yang sihat memerlukan vitamin C yang rendah. Mungkin dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran, sudah mencukupi. Masalah mula timbul bila kita tidak ambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang secukupnya. Makanan kita hanya roti, nasi dan berlauk daging atau ayam. Tiada sayur. Kita mungkin mengalami masalah kekurangan vitamin C, mungkin tidak banyak tetapi jika berlanjutan akan memberikan masalah …
Read More »MENINGKATKAN HEMOGLOBIN DENGAN PENGAMBILAN MAKANAN
MENINGKATKAN HEMOGLOBIN DENGAN PENGAMBILAN MAKANAN Hemoglobin atau singkatannya Hb adalah protein yang berada dalam sel darah merah. Ia mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Tahap hemoglobin dalam tubuh boleh diketahui apabila melakukan pemeriksaan darah. Apabila tahap hemoglobin kita rendah, fungsi sel darah merah yang penting ini akan akan terganggu. Kita akan menjadi lebih mudah penat, sukar bernafas dan tidak bertenaga. Oleh itu, masalah tahap hemoglobin rendah harus segera dirawat. Pengambilan makanan yang tertentu adalah salah satu cara paling mudah untuk meningkatkan tahap hemoglobin (Hb) yang rendah. Beberapa jenis nutrisi, seperti zat besi, vitamin C, dan asid folik dapat membantu meningkatkan tahap hemoglobin. Ambillah …
Read More »BOLEHKAH PESAKIT YANG MENGAMBIL WARFARIN MENGAMBIL SAYURAN HIJAU
BOLEHKAH PESAKIT YANG MENGAMBIL WARFARIN MENGAMBIL SAYURAN HIJAU Dalam satu kajian terbaru, pesakit yang mengambil warfarin sebagai ubat pencair darah masih boleh mengambil sayur-sayuran hijau. Ini berlainan dari nasihat yang diterima sebelum ini kerana dibimbangi vitamin K yang memekatkan darah yang dalam dalam sayur-sayuran hijau akan mengganggu rawatan bagi pesakit yang mempunyai masalah darah yang pekat. Pendapat ini juga dipersetujui oleh Prof Guylaine Ferland, professor pemakanan dan nutrisi di University of Montreal di Canada. Ini berdasarkan pembentangan kajian yang dilakukan semasa persidangan dalam mesyuarat tahunan American Society for Nutrition, di Baltimore, Amerika Syarikat pada tahun 2019. Seperti mana yang diketahui …
Read More »KESAN PENGAMBILAN VITAMIN D KEPADA PESAKIT KANSER KOLONOREKTAL
KESAN PENGAMBILAN VITAMIN D KEPADA PESAKIT KANSER KOLONOREKTAL Kanser kolonorektal adalah kanser yang ketiga biasa berlaku di seluruh dunia sebanyak 1.8 juta kes setiap tahun dengan kematian dianggarkan sebanyak 860 ribu setiap tahun. Di Malaysia CRC adalah kanser yang kedua terbanyak, malangnya kebanyakan kes kanser iaitu 65% dikesan di tahap III dan IV. Kekurangan vitamin D adalah di antara faktor punca penyakit ini dan pemberian vitamin D secara suplemen membantu penyembuhan kanser kolonorektal. (1,2,3) Banyak kajian yang dilakukan dalam makmal menunjukkan bahawa vitamin D menyebabkan sel-sel kanser berhenti membiak dan lebih mudah mati (apoptosis), pengubahsuaian perjalanan Wnt signalling pathway (kitar …
Read More »SAKIT BERDENYUT-DENYUT PADA TAPAK KAKI
Assalamualaikum doktor. Saya nak tanya doc, masalah saya adalah tapak kaki saya berdenyut dan sakit. Adakah disebabkan oleh diabetes? Walaikumusalam. Antara punca tapak kaki berdenyut adalah disebabkan oleh keradangan sendi (arthritis) dan keradangan ligamen (plantar fascitis). Keradangan berpunca dari sakit kronik seperti diabetes, pengambilan ubat sintetik, berat badan berlebihan serta masalah kerosakan saraf dan penyumbatan saluran darah. Ia juga akan pendedahan pada elemen radikal bebas. Diet terbaik adalah diet yang banyak fiber iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan. Ia kaya dengan vitamin anti-keradangan seperti vitamin C dan vitamin E. Polifenol dalam minyak zaitun juga baik untuk menurunkan tahap keradangan. #HealthDrZubaidi Dapatkan VITAMIN …
Read More »DIET UNTUK PESAKIT GOUT
Asid urik adalah bahan kumuh yang dihasilkan oleh tubuh selepas berlakunya pencernaan dan penghadaman makanan yang kaya dengan asid amino purine. Purine adalah asid amino yang terdapat dari sumber makanan berprotein. Apabila kita makanan yang kaya dengan purine, tubuh tidak mampu membuang asid urik, kita berisiko diserang gout, atau (gouty arthritis, iaitu keradangan pada sendi. Ia menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan tidak boleh dibengkokkan. Antara tips pemakanan yang boleh dilakukan adalah : 1. Ambil makanan yang mengandungi rendah lemak-trans (atau transfat) kerana ia merangsangkan proses keradangan. 2. Minum air kosong yang secukupnya membantu tubuh membuang asid urik melalui air …
Read More »PUNCA KEMEROSOTAN TULANG, SENDI DAN OTOT SERTA CARA MENCEGAH
PUNCA KEMEROSOTAN TULANG, SENDI DAN OTOT SERTA CARA MENCEGAH Menjelang tahun 2040, bilangan warga Malaysia berusia 60 tahun ke atas dijangka akan meningkat sehingga dua kali ganda berbanding anggaran semasa (tahun 2019) iaitu hanya 10.3% daripada jumlah penduduk. Wargatua (individu yang berusia 60 tahun ke atas) berisiko untuk mengalami masalah yang melibatkan tulang, sendi dan otot. Masyarakat tidak sedar bahawa memiliki sistem muskuloskeletal (iaitu tulang, sendi dan otot) yang sihat dan kuat merupakan faktor penting untuk hidup yang berkualiti pada masa tua. Jika tidak mereka akan mengalami rasa tidak selesa seperti kekakuan yang menjejaskan pergerakan mereka. Oleh itu masyarakat kita …
Read More »SAWAN DEMAM DI KALANGAN KANAK-KANAK
Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan. Demam sawan adalah sawan yang berlaku dengan suhu badan yang tinggi di kalangan kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 5 tahun.Sawan demam adalah sawan yang disebabkan oleh demam panas dikalangan bayi atau kanak-kanak kecil yang normal. Diagnosa sawan demam hanya boleh dibuat selepas doktor mendapati tidak ada punca-punca lain yang menyebabkan sawan selain dari suhu badan yang tinggi (biasanya melebihi 38ºC). TANDA-TANDA DAN GEJALA 1. Anak akan tidak sedar diri atau tidak menunjukkan tindak balas bila dipanggil. 2. Kedua-dua kaki dan tangan …
Read More »PENINGKATAN PESAKIT DIABETES JENIS 2 DI KALANGAN REMAJA
Ada yang terperanjat bila membaca tajuk yang saya tuliskan. Saya sendiri tidak terkejut kerana semakin banyak kes-kes yang saya kendalikan di klinik yang melibatkan pesakit diabetes yang mula didiagnosa pada usia yang masih muda. Ada seorang remaja berusia 16 tahun, datang ke klinik sebab masalah kerap rasa mahu kencing. Sebelum ini dia telah berjumpa seorang doctor di pusat kesihatan, dan diberikan antibiotic dan ‘pelawas kencing’ kerana disyaki mengalami masalah ‘kencing kotor’. Doktor tidak mengesyaki pesakit mungkin mengalami diabetes sebab tubuhnya tidak obes dan umurnya masih muda. Pesakit pula takut melakukan pemeriksaan darah. Pada masa itu, pesakit baru saja ke bilik …
Read More »MENANGANI MASALAH ANGIN DALAM BADAN
MENANGANI MASALAH ANGIN DALAM BADAN Masalah angin merupakan masalah yang sering kita alami dan biasanya ia berpunca daripada aspek pemakanan serta sistem penghadaman. Perut senak atau kembung, kerap sendawa dan badan rasa berbisa membuatkan seseorang tidak selesa serta lesu, malah mungkin tertekan akibat masalah angin apatah lagi jika mempunyai kerjaya perlu berurusan dengan orang ramai setiap hari. Masalah angin bagi kebanyakan individu mungkin tidak menjadi satu gangguan menjejaskan hidup manakala gejala yang dialami antara individu itu mungkin sama, tetapi punca sebenar masalah pula berbeza. Masalah angin ini kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka …
Read More »BOLEHKAH MINUM AIR SEJUK MENDAPAT KANSER PERUT?
BOLEHKAH MINUM AIR SEJUK MENDAPAT KANSER PERUT? Air sejuk dari perti sejuk atau atau juga disebut sebagai ais selalunya diminum pada hari yang sangat panas bagi melegakan kehausan. Ramai yag tidak tahu minum air yang terlalu sejuk sama ada air kosong atau air berperisa boleh mendatangkan keburukan. Minum air sejuk yang terlalu kerap akan memberikan kesan kepada saluran pencernaan, menyebabkan kenaikan berat badan, atau juga boleh menyebabkan badan menjadi cepat letih dan mengantuk. Benarkah ada pendapat yang mengatakan bahawa minum air sejuk boleh menyebabkan kanser? Dalam khabar angin yang beredar luas di media sosial menyebut bahawa minum air sejuk boleh …
Read More »KELOPAK MATA BOLEH ROSAK JIKA TIDUR MENIARAP
“Assalamualaikum doktor. Saya mengalami masalah mata merah yang agak kronik. Doktor yang merawat telah memberikan ubat titis mata, namun ia tidak berkesan. Di samping itu mempunyai masalah kelopak mata yang mudah terbalik atau mudah terlipat, setiap kali bangun tidur. Untuk pengetahuan doctor saya adalah pesakit hipertensi dan hipertiroid yang obese. Terima kasih” Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Saya harap puan dapat melakukan pemeriksaan doctor. Ini kerana masalah puan lebih mudah didiagnosa dengan pemeriksaan lengkap oleh doctor pakar mata. Namun begitu ada suatu keadaan yang mana seseorang itu boleh mengalami masalah yang agak serupa dengan puan. Ia dikenali sebagai Sindroma Kelopak …
Read More »SAKIT MATA KONJUNKTIVITIS
Konjunktivitis adalah satu penyakit di mana bahagian konjuktiva pada mata mengalami keradangan. Konjunktiva merupakan bahagian jernih mata yang menyelubungi bahagian putih pada biji mata. Masalah konjunkitivitis ini boleh merebak dari seorang ke seorang dengan cepat. Kanak-kanak merupakan mangsa utama daripada penyakit ini. Namun demikian, penyakit konjunktivitis ini adalah masalah yang tidak begitu serius dan boleh bersembuh dalam jangka masa yang pendek. APAKAH PENYEBAB KONJUNKTIVITIS? Konjunktivitis apabila berlaku boleh menyebabkan rutin seharian itu menjadi sukar. Antara penyebab konjunktivitis termasuklah:1. Virus Ini merupakan penyebab yang paling umum. Hal ini kerana apabila seseorang itu dijangkiti selesema, ianya juga boleh merebak kepada bahagian mata …
Read More »GARAM MUSUH DALAM SELIMUT
GARAM MUSUH DALAM SELIMUT FB LIVE 14 DEC 2020 GARAM (MINERAL) ADALAH SEBAHAGIAN DARI NUTRIEN Makanan kita terbahagi kepada dua kumpulan besar, iaitu makronutrien dan mikronutrien. Makronutrien adalah protein, lemak dan karbohidrat. Tugas besar mereka adalah menyediakan bekalan tenaga. Selain itu makronutrien seperti protein juga membekalkan bahan untuk pembinaan struktur dalam tubuh. Micronutrients pula terdiri dari vitamin, enzim, antioksida dan mineral. Ia dinamakan mikronutrien kerana kita tidak nampak mikronutrien ini dengan mata kasar, tidak seperti mana kita mengambil nasi (karbohidrat), minyak (lemak) dan daging (protein). MakronutrienKarbohidrat, Lemak dan Protein. Air juga dianggap sebagai makronutrienMikronutrienMineral, Vitamin, Antioksida dan Enzim Mikronutrien berada …
Read More »TEKNIK MEMASAK BOLEH MENINGKATKAN KALORI DALAM MAKANAN
TEKNIK MEMASAK BOLEH MENINGKATKAN KALORI DALAM MAKANAN Ketika menjalani diet yang ketat, kita cuba memilih makanan yang tidak mengandungi kalori yang terlalu tinggi. Tetapi kita mungkin tidak tahu bahawa proses memasak yang kita lakukan boleh mempengaruhi jumlah kalori makanan kita? Apakah teknik memasak yang akan membuat kalori makanan menjadi tinggi? Apakah semua makanan yang dimasak akan mengalami peningkatan kalori? Teknik memasak boleh menyebabkan lebih banyak kalori makanan. Sebagai contoh, dalam 100 gram ayam mentah, terdapat 120 kalori manakala kalori dalam daging yang telah siap untuk dimakan boleh meningkat sehingga 300 kalori bergantung pada teknik memasak, sama ada dengan cara menggoreng, …
Read More »APAKAH PUNCA-PUNCA YANG MENYEBABKAN SAKIT TEKAK?
Sakit tekak merupakan simptom yang biasa dalam kalangan populasi kita. Ia mempunyai pelbagai penyebab yang boleh menyebabkan sakit tekak. Sakit tekak boleh merangkumi perasaan kesakitan, kekeringan ataupun kegatalan pada tekak anda.Sakit tekak adalah simptom yang membabitkan kawasan sekitar tonsil dan farinks. Ia dikenali sebagai pharyngitis, melibatkan bahagian farinks dan menjejaskan kawasan di belakang mulut. Sakit tekak berlaku apabila radang terjadi membabitkan membran mukus yang melapisi farinks atau tonsil. Ia mengakibatkan rasa tidak selesa, sakit atau gatal pada tekak dan kadangkala, terasa sakit sewaktu menelan. PUNCA-PUNCA 1. Jangkitan virus Jangkitan virus merupakan jangkitan biasa dalam populasi kita. Contoh virus yang boleh …
Read More »TEKANAN DARAH MELONJAK DI WAKTU PAGI
TEKANAN DARAH MELONJAK DI WAKTU PAGI Tekanan darah yang melonjak di waktu pagi adalah fenomena yang biasa berlaku di kalangan pesakit hipertensi, namun ia meningkatkan risiko mendapat serangan sakit jantung (kardiovaskular) atau serangan stroke (cerebrovaskular). Ia berlaku beberapa jam sebelum pesakit bangun pagi antara pukul 4am dan berlangsung hingga 4 jam setelah bangun pagi, kira-kira pukul 10am. Mengikut pengalaman saya ramai pesakit hipertensi yang diserang stroke dan serangan sakit jantung di awal pagi kerana mereka tidak mengetahui bahawa tekanan darah mereka meningkat. Di Malaysia, kadar peratusan penyakit hipertensi semakin meningkat dalam kalangan orang dewasa …
Read More »ELAKKAN RISIKO MENDAPAT STROKE
Strok atau juga disebut angin ahmar sering berlaku sekarang. Ia juga tidak disangka. Seorang sahabat saya mendapat major stroke dan meninggal dunia pada usia 45 tahun. Sementara seorang lain hanya mendapat stroke ringan, tetapi serangan stroke berulang selepas tiga tahun, dan akhirnya beliau pergi buat selamanya. Ia bermula dengan gaya hidup yang tidak sihat yang telah diamalkan oleh pesakit bertahun-tahun. Stroke berlaku bukan berpunca dari sesuatu yang kita lakukan semalam. Itu hanyalah punca secara kebetulan. Gaya Hidup yang tidak sihat menyebabkan saluran darah ‘pecah’ dan pendarahan berlaku di dalam otak atau terdapat darah beku yang menghalang darah untuk sampai ke …
Read More »DEGUPAN JANTUNG ATAU NADI BAGI BAYI DAN KANAK-KANAK
DEGUPAN JANTUNG ATAU NADI BAGI BAYI DAN KANAK-KANAK Degupan jantung atau nadi bayi lebih cepat dari orang dewasa. Bayi yang baru dilahirkan sehingga berusia satu bulan, nadi mereka antara 70 hingga 190 degupan per minit. Bayi berusia satu bulan ke sebelas bulan, antara 80 hingga 160 degupan per minit. Kanak-kanak antara satu hingga dua tahun, antara 80 hingga 130 degupan per minit. Kanak-kanak berusia antara tiga hingga empat tahun, antara 80 hingga 120 degupan per minit. Ini adalah panduan anggaran degupan jantung bayi dan kanak-kanak dalam seminit. Jika ada perubahan ketara, jangan panik. Bawa anak berjumpa dengan doktor. #HealthDrZubaidi …
Read More »KERAP SENDAWA. APAKAH PUNCANYA?
KERAP SENDAWA. APAKAH PUNCANYA? Sendawa adalah tindak balas semula jadi badan untuk mengeluarkan angin atau gas daripada perut atau dari sistem penghadaman bagi mengurangkan rasa tidak selesa. Seseorang yang mengalami masalah perut kembung ini akan merasa lebih selesa apabila melakukan sendawa. Tetapi jika terlalu kerap sangat sendawa, ia juga boleh disebabkan masalah lain yang perlu dirawat supaya ia tidak menjadi semakin teruk ataupun menyebabkan komplikasi yang lain. PUNCA SENDAWA BUKAN DISEBABKAN MASALAH KESIHATAN a. Udara yang ditelan semasa makan (aerofagia) Sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Ia boleh berlaku ketika makan atau minum dengan secara cepat. Aerofagia juga boleh …
Read More »KERACUNAN MAKANAN
KERACUNAN MAKANAN Keracunan makanan adalah penyakit yang disebabkan oleh makanan yang tercemar disebabkan oleh penyajian makanan yang tidak bersih, peralatan yang tidak bersih atau tangan yang tidak dicuci, baik berpunca dari penyedia atau dari pesakit sendiri. Walaupun kebanyakan kes keracunan makanan boleh sembuh dengan rawatan, terdapat juga kes keracunan makanan yang menyebabkan kehilangan nyawa. Kebanyakan kes keracunan makanan, melibatkan bakteria salmonella, Escherichia coli (E. coli), atau virus, seperti norovirus. PUNCA-PUNCA KERACUNAN MAKANAN Makanan boleh tercemar dari sumber, semasa proses, pengeluaran, ketika memasak, ketika penyajian makanan dan juga ketika makan.Contoh punca pencemaran makanan : 1. Pencemaran ketika sembelihan atau …
Read More »SUPLEMEN ZAT BESI DAN FOLATE TIDAK MERAWAT MASALAH THALASSEMIA
Pesakit thalassemia adalah pesakit yang mempunyai sel darah merah yang mudah pecah. Ia berpunca dari struktur hemoglobin dalam sel darah merah yang tidak stabil. Pengambilan suplemen zat besi dan folat bukanlah rawatan bagi masalah thalassemia. Berbeza dengan masalah kekurangan sel darah merah akibat kekurangan zat besi atau folat, pengambilan suplemen seperti ini sangat membantu. Namun pengambilan suplemen zat besi dan folat membantu menghasilkan sel darah merah yang baru (walaupun sel darah merah itu masih mudah pecah) bagi pesakit thalassemia. #HealthDrZubaidi
Read More »CUCI SAYUR DAN BUAH
Dalam banyak ceramah, saya banyak mencadangkan pengambilan sayur dan buah sebagai sumber karbohidrat. Pada masa yang sama ada juga keresahan mereka yang mengikuti ceramah saya tentang tahap racun yang ada pada sayur dan buah. Bahan-bahan racun serangga yang kebanyakannya dari kumpulan orgsnofosforus mampu memberikan kesan kemudaratan, sama ada diambil dalam kuantiti yang banyak atau kuantiti yang sedikit dalam jangka masa yang panjang. Setakat ini saya percaya ada dua cara yang terbaik, untuk menghilangkan racun tersebut atau setidak-tidaknya meminimakan tahap racun tersebut, adalah dengan merendamkan sayur atau buah menggunaksan sodium bikarbonat (atau dikenali sebagai soda bikarbonat) atau …
Read More »APA ITU ‘BRAIN ANEURYSM’?
APA ITU ‘BRAIN ANEURYSM’? ‘Brain aneurysm’ adalah pembengkakan yang berlaku pada dinding salur darah arteri yang menyalurkan darah ke otak. Ia terjadi kerana terdapat bahagian pada dinding salur darah tertentu yang lemah. Kadang kala ‘brain aneurysm’ boleh pecah dan menyebabkan pembentukan darah beku di dalam otak. Kerosakan otak dan kematian boleh berlaku bergantung kepada kepada tahap keterukan darah beku tersebut. Salur darah yang terlibat biasanya terletak pada bahagian pangkal otak yang dinamakan ‘circle of Willis’ APAKAH YANG MENYEBABKAN ‘BRAIN ANEURYSM’? Seseorang boleh mendapat ‘brain aneurysm’ kerana faktor genetik atau kerana salur darah yang bertukar menjadi keras (atherosclerosis) …
Read More »KURUS ITU SIHAT?
KURUS ITU SIHAT? LIVE FB PAGE DR ZUBAIDI BIN HJ AHMAD 7 DEC 2020 Masalah berat badan adalah masalah yang kompleks, disebabkan oleh pelbagai faktor menyebabkan pengumpulan lemak-lemak dalam badan. Masalah ini dilihat sebagai masalah yang kronik yang memerlukan penjagaan, sokongan dan rawatan berkala. Masalah berat badan juga dikaitkan pelbagai jenis penyakit. Bilangan penduduk terutama di Malaysia yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti adalah semakin ramai seiring dengan penyakit seperti Diabetes Mellitus, Hipertensi dan peningkatan tahap kolestrol (hiperkolestrolemia). Penyakit-penyakit ini dinamakan penyakit bukan berjangkit (Non-communicable Disease, NCD). Masalah berat badan harus dicegah dan dirawat sebelum mengakibatkan komplikasi …
Read More »MASALAH GANGGUAN SINUSITIS YANG SERIUS
Ramai antara kita menganggap sakit kepala sebagai masalah biasa yang remeh dan mengambil jalan penyelesaian mudah dengan menelan pil paracetamol untuk melegakan ketidakselesaan berkenaan. Malah tidak kurang juga ada yang mengaitkan sakit kepala dengan masalah kekurangan tidur, terlalu penat atau kesan sampingan selepas berjemur di tengah panas. Benar, sakit kepala adalah ketidakselesaan biasa yang paling kerap dialami tetapi jika terlalu kerap dan berlanjutan, ia mungkin menandakan anda mengalami ‘gangguan’ pada sistem tubuh yang lain termasuklah masalah resdung dan sinusitis yang serius. Gejala seperti kepala terasa berat, rasa sakit di kawasan dahi dan muka selain kesakitan …
Read More »TRIGGER FINGER
TRIGGER FINGER ‘Trigger finger’ adalah satu keadaan di mana jari anda tersangkut semasa di posisi bengkok. Ia akan mengeluarkan bunyi (‘snap’) semasa diluruskan. Dalam keadaan teruk, jari mungkin akan tersangkut dan kekal dalam keadaan bengkok. Ia memerlukan bantuan jari lain untuk diluruskan dan di susuli dengan sakit yang amat sangat. PUNCA ‘Trigger finger’ adalah disebabkan oleh kesempitan salur tendon di jari kita. Sebab utama kesempitan ini adalah pergerakan menggenggam yang berulang oleh jari yang terlibat. Ia lebih biasa ditemui pada kaum wanita diantara umur 40-60 tahun. Risiko untuk mengalami ‘trigger finger’ adalah lebih pada pesakit diabetes mellitus dan …
Read More »JANGKITAN KULAT PADA KUKU (ONYCHOMYCOSIS)
JANGKITAN KULAT PADA KUKU (ONYCHOMYCOSIS) Onychomycosis adalah jangkitan kulat pada kuku. Ianya merupakan penyakit kuku yang paling kerap berlaku dan lebih separuh dari masalah kuku berpunca dari onychomycosis. Onychomycosis boleh melibatkan kuku kaki atau tangan tetapi lebih kerap melibatkan kuku kaki. 10% dari populasi dewasa menghidapi onychomychosis dan ia boleh mengakibatkan kesakitan, ketidakselesaan, masalah untuk berjalan, bersenam, di samping memberi impak psikososial yang tinggi kepada pesakit. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ONYCHOMYCOSIS 1. Usia yang lanjut – melibatkan 50% populasi berusia lebih dari 70 tahun 2. Faktor genetik 3. Jenis pekerjaan – pekerjaan yang menyebabkan kuku terdedah kepada bahan kimia, …
Read More »ADAKAH LIPOMA ITU BAHAYA?
ADAKAH LIPOMA ITU BAHAYA? Lipoma adalah ketumbuhan bukan kanser. Ia adalah ketumbuhan tumor yang membesar secara perlahan untuk jangka masa beberapa tahun. Jadi ia tidak berbahaya. Ia berasal dari tisu lemak dalam tubuh kita, yang dipanggil adipocytes. Sel-sel ini diperangkap dalam selalunya (membrane capsule). Jadi is menonjol sebagai benjolan pada permukaan kulit. Ia boleh berada di tempatnya bertahun-tahun tanpa kita sedari atau mengganggu kita. Lipoma boleh berada di dua atau banyak tempat pada tubuh kita pada masa yang sama. Namun selalunya hanya satu lipoma pada satu masa. Lipoma bila tergosok dengan pakaian akan menyebabkan rasa tidak selesa. Jika …
Read More »HIDUP LEBIH SIHAT DENGAN SECAWAN KOPI
HIDUP LEBIH SIHAT DENGAN SECAWAN KOPI Ramai di antara kita yang seolah-olah “tidak boleh hidup” jika tidak minum secawan kopi di waktu pagi. Saya suka berkongsi satu kajian, menunjukkan bahawa meminum kopi dikaitkan dengan panjang umur dan kebarangkalian mendapat penyakit kronik termasuk kanser yang rendah. Kajian ini diterbitkan dalam jurnal perubatan yang terkenal, Annals of Internal Medicine. Kajian yang dilakukan di University of Southern California yang melibatkan 185,000 orang selama 16 tahun. Saintis mendapati mereka yang minum satu cawan kopi tanpa gula mempunyai kebarangkalian 12% untuk hidup lebih lama berbanding dengan mereka yang …
Read More »KERAP KENCING MALAM. APAKAH PUNCA-PUNCANYA?
KERAP KENCING MALAM. APAKAH PUNCA-PUNCANYA? Kerap kencing malam dalam istilah perubatan dikenali sebagai ‘nocturia‘. Selalunya ketika anda tidur, anda akan menghasilkan air kencing yang sedikit tetapi lebih pekat. Ini bermaksud mereka yang normal selalunya tidak perlu kerap bangun tidur untuk membuang air kencing hingga mengganggu tidur mereka. Jika seseorang itu bangun kerap pada waktu malam untuk membuang air kencing, dia mungkin menghadapai nocturia. Disamping ia mengganggu tidur anda, ia juga boleh disebabkan penyakit lain. PUNCA KERAP KENCING Kencing yang kerap boleh menjadi gejala kepada banyak masalah yang berbeza dari penyakit buah pinggang hinggalah ke masalah hanya minum terlalu …
Read More »PANIC ATTACK MENYERANG PEGAWAI BERSENJATA
Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya berasal dari @@@ dan berumur @@ tahun. Saya ingin bertanyakan masalah berkaitan suami saya yang bekerja sebagai pegawai bersenjata. Beliau ada masalah Anxiety Disorder dan Panic Attack hampir 4 tahun. Dahulu masalah beliau terkawal. Tetapi kebelakangan ini beliau tidak dapat mengawal keadaan dan perasaan beliau sehingga beliau difitnah oleh rakan sekerja kononnya beliau mengambil dadah. Keadaan ini menyebabkan beliau semakin tertekan. Ujian DASS menunjukkan beliau mengalami kemurungan dan keresahan (Depression and Anxiety). Bila beliau berseorangan, fikiran beliau juga berserabut dan rasa sesak nafas bila berada di tempat yang terkurung dan sempit. Beliau akan marah pada hal …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
