KESAN PENGAMBILAN VITAMIN D KEPADA PESAKIT KANSER KOLONOREKTAL

Kanser kolonorektal adalah kanser yang ketiga biasa berlaku di seluruh dunia sebanyak 1.8 juta kes setiap tahun dengan kematian dianggarkan sebanyak 860 ribu setiap tahun. Di Malaysia CRC adalah kanser yang kedua terbanyak, malangnya kebanyakan kes kanser iaitu 65% dikesan di tahap III dan IV.
Kekurangan vitamin D adalah di antara faktor punca penyakit ini dan pemberian vitamin D secara suplemen membantu penyembuhan kanser kolonorektal. (1,2,3)
Banyak kajian yang dilakukan dalam makmal menunjukkan bahawa vitamin D menyebabkan sel-sel kanser berhenti membiak dan lebih mudah mati (apoptosis), pengubahsuaian perjalanan Wnt signalling pathway (kitar hidup sel dari mula dibentuk sehingga kematiannya), pembaikan DNA dan mempertingkatan pertahan diri (immunomodulation). (4). Ini mengukuhkan bukti bahawa vitamin D adalah penting dalam menghalang dan merawat kanser konorektal. (5)
Selain itu kanser kolonorektal juga berpunca dari obesity, masalah pengambilan daging merah yang banyak terutama yang dibakar, kurang mengambil serat dalam pemakanan. Faktor genetic (keturunan) juga memainkan peranan yang besar dalam punca penyakit ini.
Dalam beberapa kajian gagal menunjukkan kepentingan vitamin D dalam mengelakkan kanser kolonorektal (6) tetapi kajian ini mendapat kritikan kerana sukarelawan yang terlibat dalam kajian itu sudah pun mempunyai tahap vitamin D yang mencukupi dalam tubuh. Jadi pemberian vitamin D pada sukarelawan yang sudah mempunyai tahap vitamin D yang mencukupi dalam tubuh sudah tentu tidak mengubah apa-apa keputusan yang diterima. (9)
Dalam kajian yang menyokong pula membuktikan tindakbalas antara genetic yang berkait dengan vitamin-D, tahap vitamin D 25-hydroxyvitamin D (25OHD) dan pembentukan sel kanser kolonorektal. Terdapat penurunan pada kadar kematian akibat kanser kolonorektal setelah kes-kes mereka dilakukan follow up selama 2 tahun. (7,8)
Dalam kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Cancer, 2018 pemberian suplemen vitamin D terhadap pesakit kanser dapat menurunkan kadar kematian sebanyak 35% pesakit kanser. Kajian ini melibatkan 65 000 pesakit. (9) Juga terdapat kajian yang menunjukkan tahap vitamin D yang rendah sangat berkait rapat dengan survival (kelangsungan untuk terus hidup) pesakit kanser yang rendah. (10,11).
Dos yang dicadangkan berdasarkan kajian SUNSHINE bahawa 4000IU, dan bukannya 400IU kerana dos 400IU dianggap tidak mencukupi. Dos yang rendah ini adalah dos yang memastikan tahap vitamin C dalam tubuh ≥10 ng/L dengan syarat seseorang individu itu mendapat sinaran matahari setiap hari yang mencukupi. (12). Malah dos sebanyak 2000–4000 IU/day bagi orang dewasa dan seharusnya menjadi piawaian bagi kajian akan datang. Dikatakan pengambilan dos yang rendah akan menyebabkan tiada kesan yang positif dalam kajian yang yang dilakukan. (13,14,15,16)
Secara kesimpulannya, pengambilan vitamin D 2000-4000 IU adalah sangat bermanfaat bagi pesakit kanser konorektal dan bagi mereka yang berisiko dan ingin emngelakkan diri dari penyakit ini. Ia bukanlah rawatan utama tetapi sebagai rawatan adjuvant (sampingan) yang sesuai bagi pesakit penyakit ini.
Rujukan :
1. Giovannucci, E. The epidemiology of vitamin D and cancer incidence and mortality: a review (United States). Cancer Causes Control 16, 83–95 (2005).
2. Theodoratou, E., Tzoulaki, I., Zgaga, L. & Ioannidis, J. P. Vitamin D and multiple health outcomes: umbrella review of systematic reviews and meta-analyses of observational studies and randomised trials. BMJ 348, g2035 (2014).
3. Autier, P., Boniol, M., Pizot, C. & Mullie, P. Vitamin D status and ill health: a systematic review. Lancet Diabetes Endocrinol. 2, 76–89 (2014).
4. Fleet, J. C., DeSmet, M., Johnson, R. & Li, Y. Vitamin D and cancer: a review of molecular mechanisms. Biochem. J. 441, 61–76 (2012).
5. He, Y., Timofeeva, M., Farrington, S. M., Vaughan-Shaw, P., Svinti, V., Walker, M. et al. Exploring causality in the association between circulating 25-hydroxyvitamin D and colorectal cancer risk: a large Mendelian randomisation study. BMC Med. 16, 142 (2018).
6. Vaughan-Shaw, P. G., Zgaga, L., Theodoratou, E., Blackmur, J. P. & Dunlop, M. G. Whether vitamin D supplementation protects against colorectal cancer risk remains an open question. Eur. J. Cancer 115, 1–3 (2019).
7. Barry, E. L., Peacock, J. L., Rees, J. R., Bostick, R. M., Robertson, D. J., Bresalier, R. S. et al. Vitamin D receptor genotype, vitamin D3 supplementation, and risk of colorectal adenomas: a randomized clinical trial. JAMA Oncol. https://doi.org/10.1001/jamaoncol.2016.5917 (2016).
8. Vaughan-Shaw, P. G., Zgaga, L., Ooi, L. Y., Theodoratou, E., Timofeeva, M., Svinti, V. et al. Low plasma vitamin D is associated with adverse colorectal cancer survival after surgical resection, independent of systemic inflammatory response. Gut 69, 103–111 (2020)
9. Vaughan-Shaw, P.G., Buijs, L.F., Blackmur, J.P. et al. The effect of vitamin D supplementation on survival in patients with colorectal cancer: systematic review and meta-analysis of randomised controlled trials. Br J Cancer 123, 1705–1712 (2020).
10. Vaughan-Shaw, P. G., O’Sullivan, F., Farrington, S. M., Theodoratou, E., Campbell, H., Dunlop, M. G. et al. The impact of vitamin D pathway genetic variation and circulating 25-hydroxyvitamin D on cancer outcome: systematic review and meta-analysis. Br. J. Cancer 116, 1092–1110 (2017).
11. Keum, N., Lee, D. H., Greenwood, D. C., Manson, J. E. & Giovannucci, E. Vitamin D supplementation and total cancer incidence and mortality: a meta-analysis of randomized controlled trials. Ann. Oncol. 30, 733–743 (2019).
12. SACN. Vitamin D and Health (Scientific Advisory Committee on Nutrition, 2016).
13. Hathcock, J. N., Shao, A., Vieth, R. & Heaney, R. Risk assessment for vitamin D. Am. J. Clin. Nutr. 85, 6–18 (2007).
14. Stamp, T. C., Haddad, J. G. & Twigg, C. A. Comparison of oral 25-hydroxycholecalciferol, vitamin D, and ultraviolet light as determinants of circulating 25-hydroxyvitamin D. Lancet 1, 1341–1343 (1977).
15. Jones, G. Pharmacokinetics of vitamin D toxicity. Am. J. Clin. Nutr. 88, 582S–586S (2008).
16. Vieth, R. Vitamin D toxicity, policy, and science. J. Bone Miner. Res 22(Suppl. 2), V64–V68 (2007).
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link ini
MODUL KELAS PEMAKANAN PESAKIT KANSER
Pelajari dan ketahui pemakanan yang baik dan tidak baik kepada pesakit kanser melalui Modul Kelas Kanser dan Pemakanan oleh Dr Zubaidi
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman

