PENGAMALAN MINYAK ZAITUN DAN RISIKO MENDAPAT DIABETES JENIS 2 DI KALANGAN WANITA AMERIKA SYARIKAT

PENGAMALAN MINYAK ZAITUN DAN RISIKO MENDAPAT DIABETES JENIS 2 DI KALANGAN WANITA AMERIKA SYARIKAT

Minyak zaitun telah terbukti dalam merendahkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular. Satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2015 bagi menilai kebenaran ini telah dilakukan.

Kajian ini melibatkan laporan data 59,930 orang wanita berumur 37-65 tahun yang dikumpulkan dari Nurses’ Health Study (NHS) dan satu lagi laporan data melibatkan 85,157 orang wanita yang berumur 26-45 tahun dari NHS II yang bebeas dari penyakit diabetes, kardiovaskular dan kanser. Pemakanan yang dimakan dinilai menggunakankaedah soal-jawab (questionnaires) dan data dikemaskini setiap 4 tahun. Jika ditimpa penyakit diabetes, pesakit akan melaporkan penyakit itu dan soalan tambahan diberikan bagi pengesahan.

Selepas 22 tahun, terdapat 5738 kes diabetes dalam data NHS dan 3914 kes diabetes dalam NHS II. Dalam kajian ini menunjukkan pengambilan lebih satu sudu makan (>8 g) minyak zaitun sehari, mereka yang mengambil minyak zaitun dalam persediaan sayur-sayuran (salad dressing olive oil) dan yang menggunakan minyak zaitun menggantikan margarine, keju dan mayonnaise dapat menurunkan risiko mendapat diabetes sebanyak 5% hingga 15%.

Kesimpulannya lebih banyak mengambil minyak zaitun dapat menurunkan risiko mendapat penyakit diabetes. Begitu juga menggantikan pengambilan semua jenis lemak (margarine, keju, dan mayonnaise) dengan minyak zaitun dapat menurunkan risiko mendapat penyakit diabetes antara 5%-15%.

Rujukan : Guasch-Ferré M, Hruby A, Salas-Salvadó J, Martínez-González MA, Sun Q, Willett WC, Hu FB. Olive oil consumption and risk of type 2 diabetes in US women. Am J Clin Nutr. 2015 Aug;102(2):479-86.

[IKLAN]

Untuk mendapatkan minyak zaitun yang berkualiti dan berkhasiat tinggi keluaran dari Olive House, boleh klik link ini

Leave a Reply

error: Content is protected !!