“Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya, ayah saya berumur 74 tahun dan tidak pernah mengambil sebarang ubat darah tinggi atau ubat-ubatan lain. Apakah suplemen yang sesuai untuk membantu menurunkan tekanan darahnya secara semula jadi? Saya bercadang untuk memulakan dengan minyak zaitun Olivie Plus. Apa pandangan doktor?”. Waalaikumussalam. Untuk individu warga emas yang belum memulakan ubat tekanan darah tinggi, pendekatan semula jadi adalah digalakkan – dengan syarat tekanan darah masih dalam tahap terkawal dan dipantau secara konsisten. ✅ Minyak Zaitun Extra Virgin (EVOO – contoh: Olivie Plus) Kaya dengan polifenol dan antioksidan. 👉 Kajian menunjukkan EVOO dapat menurunkan tekanan darah …
Read More »Olive House
PARU-PARU BERAIR DAN KONSEP RAWATAN OLIVE HOUSE
“Assalamualaikum. Boleh beri cadangan rawatan untuk pesakit yang mengalami masalah paru-paru berair, mengikut konsep Olive House? Terima kasih”. ******** Walaikumusalam. Paru-paru berair (pulmonary edema) adalah keadaan di mana terdapat pengumpulan cecair berlebihan dalam paru-paru, menyebabkan kesukaran bernafas. Ia boleh berlaku akibat: 1. Kegagalan jantung – Jantung tidak dapat mengepam darah dengan baik, menyebabkan cecair berkumpul di paru-paru. 2. Jangkitan paru-paru (pneumonia) – Bakteria atau virus menyebabkan keradangan dan kebocoran cecair ke dalam paru-paru. 3. Masalah buah pinggang – Kegagalan buah pinggang menyebabkan pengumpulan cecair dalam badan, termasuk paru-paru. 4. Kesan sampingan ubat atau alahan – Sesetengah …
Read More »BAGAIMANA MINYAK ZAITUN OLIVIE 30 PLUS MEMBANTU MENGAWAL PENYAKIT 3 SERANGKAI?
Penyakit tiga serangkai merujuk kepada diabetes, hipertensi (tekanan darah tinggi), dan dislipidemia (kolesterol tinggi), yang merupakan faktor utama penyakit jantung. Minyak zaitun, khususnya extra virgin olive oil (EVOO), mengandungi asid lemak tak tepu (MUFA), polifenol, dan antioksidan yang membantu mengawal ketiga-tiga penyakit ini secara semula jadi. 1. Minyak Zaitun & Diabetes ✅ Meningkatkan sensitiviti insulin – Kajian menunjukkan bahawa MUFA dalam minyak zaitun membantu sel menggunakan insulin dengan lebih efisien, mengurangkan rintangan insulin. ✅ Mengawal paras gula darah – Minyak zaitun memperlahankan penyerapan glukosa dari makanan, mengelakkan lonjakan gula darah selepas makan. ✅ Mengurangkan risiko diabetes jenis …
Read More »SAKIT TEKAK. BOLEH AMBIL MINYAK ZAITUN OLIVIE?
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya Puan U. Nak tanya, kalau tonsil sedang bengkak, adakah pengambilan minyak zaitun akan memberi kesan? Perlukah saya berhenti seketika, sebab bila telan minyak zaitun, terasa perit di tekak? Atau ada cara lain untuk mengambilnya, terutama ketika berpuasa? Terima kasih.” Waalaikumussalam. Apabila tonsil sedang bengkak, tekak menjadi lebih sensitif dan mudah terasa sakit, terutama apabila menelan sesuatu yang bertekstur berminyak atau berasid. Minyak zaitun sebenarnya mempunyai sifat anti-radang dan boleh membantu mengurangkan keradangan, tetapi jika ia menyebabkan ketidakselesaan atau rasa perit, saya mencadangkan beberapa alternatif: 1. Ambil dalam jumlah kecil – Cuba ambil minyak zaitun dalam kuantiti …
Read More »BILA AMBIL MINYAK ZAITUN?
“Assalamualaikum. Doc. Saya nak tanya, dalam bulan puasa ni, bila waktu yang paling sesuai untuk ambil satu sudu minyak zaitun? Adakah sebelum makan sahur atau selepas selesai makan sahur?”. Waalaikumussalam. Minyak zaitun boleh diambil sama ada sebelum atau selepas sahur, bergantung kepada tujuan penggunaannya. 1. Sebelum sahur: ✅ Membantu melapisi perut dan mengurangkan risiko pedih ulu hati atau refluks asid bagi mereka yang mudah mengalami masalah gastrik. ✅ Membantu melambatkan penyerapan makanan, sekali gus memberi rasa kenyang lebih lama. 2. Selepas sahur: ✅Membantu proses pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan yang telah dimakan. ✅ Lebih sesuai …
Read More »BETULKAH MINYAK ZAITUN OLIVIE 30 PLUS SANGAT BERKHASIAT?
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya, bagaimana minyak zaitun ini mempunyai kepekatan 30 kali ganda lebih tinggi berbanding yang lain? Adakah ia melalui proses pengekstrakan khas atau dicampurkan dalam botol kecil untuk meningkatkan kepekatannya? Terima kasih.” Waalaikumussalam. Khasiat minyak zaitun bergantung kepada beberapa faktor utama seperti lokasi penanaman, masa penuaian, dan proses pengeluaran. Minyak zaitun OLIVIE 30 PLUS sangat berkhasiat kerana berasal dari ladang zaitun di Gurun Atlas, Morocco, yang mempunyai keadaan tanah berbatu dan kering. Lokasi ini memainkan peranan penting, kerana pokok zaitun yang tumbuh dalam persekitaran ekstrem seperti di Gurun Atlas akan menghasilkan lebih …
Read More »MINYAK ZAITUN, VITAMIN E DAN PENYAKIT TIROID
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Bolehkah pesakit tiroid mengamalkan minyak zaitun dan tocotrienol? Terima kasih”. Waalaikumussalam. Pesakit tiroid umumnya boleh mengamalkan minyak zaitun dan tocotrienol. Minyak zaitun extra virgin adalah minyak zaitun yang kaya dengan asid lemak tak tepu dan antioksidan, bermanfaat untuk kesihatan. Ia mengandungi polifenol dan vitamin E, yang bersifat antioksida membantu melawan keradangan kronik. Ini penting untuk pesakit dengan penyakit autoimun tiroid, seperti Hashimoto (hipotiroidisme) atau Graves’ disease (hipertiroidisme) mengawal penyakit dengan lebih baik. Asid lemak dalam minyak zaitun membantu meningkatkan sensitiviti insulin dan mengawal berat badan. Tocotrienol pula adalah sejenis vitamin E yang mempunyai sifat antioksidan yang lebih …
Read More »APA ITU TOCOTRIENOL SOFTGEL EDARAN OLIVE HOUSE?
Tocotrienol Softgel dari Olive House adalah suplemen dalam bentuk softgel yang mengandung vitamin E, aitu tocotrienol 70mg dan vitamin A 50mcg. Ia diekstrak dari minyak sawit merah dari ladang sawit Sime Darby, Malaysia. MANFAAT 1. Antioksidan Kuat : Membantu mengurangkan kerosakan sel akibat radikal bebas. 2. Kesihatan Jantung : Melindungi saluran darah arteri dari penyumbatan dan mengurangi risiko penyakit kardiovaskular. 3. Perlindungan Otak : Melindungi sel otak dan saraf dari stroke, penyakit Parkinson, dan Alzheimer. 4. Anti-Kanser : Membantu mencegah kanser, terutama kanser kolon dan payudara. 5. Kesihatan Kulit : Mengurangi kesan oksidatif pada kulit dan mencegah kanser kulit akibat …
Read More »BOLEHKAH PESAKIT DIABETES MELLITUS AMBIL GULA?
Pesakit diabetes boleh mengambil madu, tetapi dengan berhati-hati dan dalam jumlah yang terkawal. Madu adalah pemanis semula jadi yang mengandungi fruktosa dan glukosa (sukrosa), yang boleh menyebabkan peningkatan kadar gula dalam darah. Oleh itu, ia tidak disyorkan secara umum untuk pesakit diabetes yang mengawal tahap gula dengan baik. Maknanya kawal tahap gula dulu menjadi normal sebelum mengambil madu. Walau bagaimanapun, jika kadar gula darah anda dikawal dengan baik, pengambilan madu dalam jumlah yang sederhana digalakkan. Madu mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah berbanding gula putih, yang bermaksud ia tidak meningkatkan kadar gula darah secepat gula putih. Madu mempunyai skor GI …
Read More »MINYAK ZAITUN BAU TENGIK DAN RASA PAHIT ADALAH MINYAK ZAITUN LAMPANTE?
Nanti dulu. Biar saya betulkan fakta. Jangan mudah terpedaya dengan perkataan boombastik. Jadi kita kena tahu dulu, apa itu minyak zaitun LAMPANTE. Minyak zaitun LAMPANTE adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kualiti minyak zaitun yang dianggap tidak dapat dimakan atau tidak layak untuk dikonsumsi manusia dalam keadaan mentah kerana kualitinya yang buruk dan rasanya yang kuat serta tidak enak. Biasanya, minyak zaitun lampante perlu diolah lebih lanjut (diproses dulu) sebelum digunakan. Jadi boleh jadi juga minyak zaitun yang telah diproses yang ada di pasaran akan berasa lebih sedap dan dijual lebih murah. Jika anda mencari minyak zaitun, anda boleh memilih …
Read More »APA KEBAIKAN YOGURT DAN BERAPA BANYAK AMBIL YOGURT DALAM SEHARI?
1. Pengambilan yogurt tanpa gula dan tanpa perasa sewaktu berbuka puasa atau waktu makan (eating phase) ketika melakukan diet Intermittent Fasting adalah digalakkan. 2. Ini akan mengurangkan rasa cepat lapar dengan meningkatkan pengambilan protein dan kalsium dalam makanan. 3. Yogurt merupakan sumber probiotik atau bakteria baik dalam perut dan usus. Dengan ini ia dapat meningkatkan kemampuan usus menyerap makanan, dan juga mencegah sembelit. 4. Selain itu yogurt adalah sumber kalsium yang baik. 5. Yogurt dapat mengurangkan risiko kekembungan perut akibat masalah lactose intolerance atau alahan pada protein susu. Jadi ia adalah terbaik bagi pengambilan susu dikalangan mereka yang mempunyai masalah …
Read More »PENGAMALAN CUKA BUAH (VINEGAR) DAPAT MENGELAKKAN BATU DALAM GINJAL
PENGAMALAN CUKA BUAH (VINEGAR) DAPAT MENGELAKKAN BATU DALAM GINJAL Jom amalkan cuka Teen. Batu dalam ginjal (nephrolithiasis) biasa berlaku di kalangan penduduk dunia. Dianggarkan 5% hingga 8.8% yang mengalami masalah ini. Selain dari menanggung kesakitan, pesakit harus ditahan di hospital untuk rawatan pembedahan dan mungkin menyebabkan masalah penyakit ginjal yang kronik (chronic kidney disease). Sekali berlaku, ia boleh berulang dalam masa 5 tahun pada 50% pesakit yang pernah mengalaminya. Terdapat beberapa jenis batu dalam ginjal. Namun batu jenis calcium oxalate (CaOx) adalah batu yang biasa terbentuk pada ginjal. Sehingga kini tiada ubat sintetik yang spesifik untuk mengelakkan pembentukan batu CaOx …
Read More »PENGAMAL MINYAK ZAITUN MEMPUNYAI RISIKO YANG LEBIH RENDAH UNTUK MENDAPAT STROKE
PENGAMAL MINYAK ZAITUN MEMPUNYAI RISIKO YANG LEBIH RENDAH UNTUK MENDAPAT STROKE 1. Stroke atau angin ahmar adalah suatu komplikasi apabila seseorang itu mempunyai tekanan darah tinggi yang tidak terkawal. 2. Tekanan darah yang terlalu tinggi menyebabkan saluran darah menjadi pecah dan pendarahan dalam otak. Sel-sel otak mengalami kematian dan ini menjejaskan keupayaan untuk menggerakkan anggota tubuh. 3. Selain itu stroke boleh disebabkan oleh darah beku yang menyumbat saluran darah dalam otak. Ini menyebabkan sel-sel otak menjadi mati. 4. Dalam kajian yang diterbitkan pada 2011 dalam satu journal terkenal Neurology mendapati pengamalan minyak zaitun dapat mengurangkan risiko mendapat stroke. 5. …
Read More »NILAI PHYTONUTRIENT DALAM MAKANAN YANG KITA MAKAN
NILAI PHYTONUTRIENT DALAM MAKANAN YANG KITA MAKAN Dengan menambah sayur-sayuran dan buah-buahan ia membantu kita hidup dengan lebih sihat. Ini kerana sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi “phytonutrients”, iaitu sebatian yang memberikan warna, rasa dan aroma bagi setiap sayur-sayuran dan buah-buahan. Jadi bila kita mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan, sebatian phytonutrients ini akan melindungi diri kita dari penyakit kronik. Ini kerana phytonutrients mengandungi antioksida yang bersifat antikanser dan anti-keradangan. American Cancer Society sendiri mencadangkan kita mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan sebanyak 2 1/2 cawan setiap hari. Malah Panduan Pemakanan Amerika Syarikat (US Dietary Guide) mencadangkan 2 1/2 cawan sayur-sayuran dan 2 cawan buah-buahan setiap …
Read More »HUBUNGAN INTIM YANG SIHAT
Hubungan intim suami dan isteri (hubungan seksual) adalah hubungan halal dan sangat bermanfaat dari sudut kesihatan. Ia dapat melegakan stres, menyebabkan tidur lebih lena, merendahkan tekanan darah, meningkat daya tahan dan meningkatkan hubungan emosi antara suami dan isteri. Kajian yang terkini menunjukkan bahawa hubungan intim dapat memanjangkan umur. Saintis dari University of California di San Francisco, Amerika Syarikat melakukan kajian terhadap sekumpulan 129 orang ibu yang berkeluarga (mempunyai anak dan suami). Setiap ibu ini melaporkan kepuasan dan keseronokan dalam hubungan, dan bilangan kekerapan melakukan hubungan seksual. Saintis juga melakukan pemeriksaan darah untuk menganalisa indikasi proses penuaan yang sedang berlaku dalam …
Read More »PENGAMALAN MINYAK ZAITUN DAN RISIKO MENDAPAT DIABETES JENIS 2 DI KALANGAN WANITA AMERIKA SYARIKAT
PENGAMALAN MINYAK ZAITUN DAN RISIKO MENDAPAT DIABETES JENIS 2 DI KALANGAN WANITA AMERIKA SYARIKAT Minyak zaitun telah terbukti dalam merendahkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular. Satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2015 bagi menilai kebenaran ini telah dilakukan. Kajian ini melibatkan laporan data 59,930 orang wanita berumur 37-65 tahun yang dikumpulkan dari Nurses’ Health Study (NHS) dan satu lagi laporan data melibatkan 85,157 orang wanita yang berumur 26-45 tahun dari NHS II yang bebeas dari penyakit diabetes, kardiovaskular dan kanser. Pemakanan yang dimakan dinilai menggunakankaedah soal-jawab (questionnaires) dan data dikemaskini setiap 4 tahun. Jika ditimpa …
Read More »BOLEHKAH MINUM AIR SEJUK MENDAPAT KANSER PERUT?
BOLEHKAH MINUM AIR SEJUK MENDAPAT KANSER PERUT? Air sejuk dari perti sejuk atau atau juga disebut sebagai ais selalunya diminum pada hari yang sangat panas bagi melegakan kehausan. Ramai yag tidak tahu minum air yang terlalu sejuk sama ada air kosong atau air berperisa boleh mendatangkan keburukan. Minum air sejuk yang terlalu kerap akan memberikan kesan kepada saluran pencernaan, menyebabkan kenaikan berat badan, atau juga boleh menyebabkan badan menjadi cepat letih dan mengantuk. Benarkah ada pendapat yang mengatakan bahawa minum air sejuk boleh menyebabkan kanser? Dalam khabar angin yang beredar luas di media sosial menyebut bahawa minum air sejuk boleh …
Read More »JANGAN TAKUT MAKAN TELUR
JANGAN TAKUT MAKAN TELUR Dulu ramai yang bimbang untuk makan makan telur akan kerana bimbang tahap kolestrol dalam darah akan meningkat. Namun dalam kajian yang terbaru menunjukkan mengambil telur sebanyak dua biji sehari tidak meningkatkan tahap kolestrol terutamanya tahap kolestrol jahat. Bagi mereka yang ada masalah diabetes dan kolesterol yang tinggi, dan masih bimbang untuk mengambil telur, saya mencadangkan pengambilan telur sebanyak dua biji berselang hari. Saya masih ingat lagi emak saya selalu menghidangkan menu telur sebagai sarapan saya sebelum ke sekolah. Ada kalanya bersama roti, ada kalanya bersama nasi goreng dan ada kalanya dalam bentuk separuh masak. …
Read More »11 MAKANAN TERBAIK UNTUK OTAK YANG PERLU ANDA TAHU
11 MAKANAN TERBAIK UNTUK OTAK YANG PERLU ANDA TAHU Kenapa kita perlu kena pilih makanan sihat? Makanan yang sihat bukan sekadar kenyangkan perut malahan kesihatan diri akan bertambah baik dan otak akan menjadi cerdas. Selain itu, kulit juga akan menjadi cantik, badan jadi lentik dan tidak buncit serta emosi sentiasa dalam keadaan bahagia. Bila bahagia datang, orang sekeliling juga suka. Jom lihat 11 makanan berikut beserta khasiatnya. Semoga bermanfaat.. Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat #oliviedrzubaidi #oliviepowerupdrzubaidi #meditteraneandietdrzubaidi
Read More »BENARKAH HUJAN MENYEBABKAN KITA DEMAM DAN SELSEMA?
Benarkah hujan akan membuatkan kita demam? Jika tidak mengapa kebanyakan kita demam apabila dibasahi hujan dan diminta mandi untuk mengelakkan demam? Tidak ramai doctor yang mampu menjawab soalan ini. Banyak penjelasan mengapa individu yang dibasahi hujan akan mengalami demam, malah selsema dan batuk. Terutama pada kanak-kanak. Saya tertarik dengan satu penjelasan bahawa ia apabila kita dibasahi hujan, ia akan menyebabkan tubuh kita akan berasa sejuk dan menyebabkan daya tahan kita menjadi rendah. Air hujan akan membawa virus dan bakteria yang berada di sekeliling kita melekat pada tubuh. Jadi mereka yang dibasahi hujan akan …
Read More »MINYAK ZAITUN MENGANDUNGI SERIBU SATU KHASIAT.
Minyak zaitun adalah minyak yang sangat berkhasiat dan memiliki seribu satu khasiat untuk kesihatan tubuh. Antara khasiatnya dalam aspek kesihatan kulit ialah: 1.Melembapkan kulit: Minyak ini mengandungi sejumlah besar vitamin E, antioksidan yang melindungi kulit daripada pelbagai faktor luaran seperti sinaran matahari atau angin yang kuat. Tekstur minyak zaitun yang ringan menjadikannya pelembap sempurna yang tidak melekit yang tahan lama dan sesuai dengan semua jenis kulit. 2. Memperbaiki kesihatan kulit: Minyak zaitun mengandungi vitamin E, yang dapat meningkatkan kesihatan kulit dengan merawat keradangan, jerawat, dan melindungi kulit dari penyakit yang serius seperti psoriasis dan kanser kulit. 3. Membantu membuang …
Read More »MANFAAT MINYAK ZAITUN PADA KULIT
Tidak dapat dinafikan bahawa minyak zaitun adalah salah satu bahan yang digunakan untuk tujuan kecantikan, dan telah digunakan semenjak zaman peradaban Rom dan Mesir Kuno. Ini kerana ia mengandungi lemak sihat, vitamin E, dan antioksidan yang sangat baik untuk kesihatan kulit. Selain menjaga kelembapan kulit, kandungan nutrisi dan antioksidan di dalam minyak zaitun juga dapat memelihara kesihatan kulit dan membantu mengurangi kedutan kerana ia mudah meresap ke dalam lapisan-lapisan kulit. Dalam banyak kajian menunjukkan bahwa minyak zaitun sangat bermanfaat untuk membantu penyembuhan kulit setelah mengalami luka akibat terbakar ringan, digunakan sebagai pelembap, dan mampu membantu merawat penyakit alahan …
Read More »RASA PEDIH PERUT SEMASA BERPUASA
Berpuasa adalah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu melakukannya. Ini bermakna ada individu yang tidak dibenarkan untuk tidak berpuasa, tetapi menggantikannya pada hari yang lain atau membayar fidyah. Kita juga mengetahui bahawa dengan berpuasa, kita akan menjadi lebih sihat dan kuat. Namun begitu bagi sesetengah individu, berpuasa akan menyebabkan rasa tidak selesa. Yang biasa saya menerima aduan pesakit ialah apabila berpuasa akan menyebabkan rasa pedih perut. Cuba kita meneliti punca rasa pedih perut atau rasa sakit pada ulu hati. Rasa sakit ulu hati ini biasanya dikaitkan dengan masalah dalam perut kita. Walaupun dikatakan “pedih ulu hati“, namun ia tidak …
Read More »AWET MUDA DARI PEMAKANAN YANG RINGKAS
3 FEB 2019 Ramai yang keliru apabila dikatakan mengamalkan awet muda atau selalu kita sebut sebagai “anti-aging”. Adakah bermaksud kita akan kekal muda dan tidak menjadi tua? Apakah dengan mengamalkan beberapa petua awet muda, tarikh kematian kita ditangguhkan? Jawabannya tidak. Sebenarnya awet muda (anti-aging) lebih bermakna kita “tidak tua sebelum masanya”. Maksudnya kita tubuh kita menjadi tua selari dengan usia kita. Sebab itu saintis di barat memperkenalkan “biological age” yang menunjukkan “umur sebenar tubuh kita” berdasarkan beberapa kriteria termasuk kesihatan dan kecergasan. Masih keliru? Pernah tak kita mendengar seorang muda yang tidak mampu menanding seorang tua dalam …
Read More »BERAPA BANYAK NASI YANG BOLEH DIAMBIL SEBAGAI SARAPAN?
2 FEB 2019 Kebanyakan masyarakat kita mengambil nasi sebagai sumber tenaga ketika bersarapan. Saya ingin beritahu kuantiti nasi yang boleh diambil semasa sarapan. Tetapi bukankah doctor banyak berkongsi kebaikan berpuasa dan Intermittent Fasting dan selalu melakukan “brunch”? Betul. Bagi mereka yang ada penyakit kronik seperti diabetes, menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat ringkas (seperti gula dan beras putih) dan berpuasa adalah suatu ‘rawatan’ yang terbaik. Namun bagi mereka yang tidak ada masalah penyakit kronik dan aktif melalukan aktiviti fizikal, saya mencadangkan pengambilan makanan (big meal) sebanyak tiga kali sehari iaitu sarapan, makan tengahari dan makana malam. …
Read More »ORANG KITA MUDAH LUPA
Masalah ingatan (memory problems) di kalangan orang dewasa semakin menjadi perkara yang biasa berlaku di Malaysia. Masalah ini menyebabkan kita (sebagai orang dewasa) mengalami kesukaran untuk belajar, bekerja, berhubung dan kadang kala mengganggu rutin kita seharian. Seorang pekerja pernah mengadu kepada saya yang beliau tidak dapat pergi kerja kerana beliau tidak jumpa kunci kereta yang tersorok di celah sofa. Pada hal petang semalam, beliau yang mencampakkannya di situ. Kunci itu hanya dapat dijumpai setelah pukul 2 petang. Masalah ingatan ini selalunya mula berlaku apabila kita semakin berumur, selalunya bermula pada usia 65 tahun ke atas. Mereka mungkin …
Read More »Minyak Zaitun Sebagai Penahan Sakit
MINYAK ZAITUN SEBAGAI PENAHAN SAKIT Saya mengunjungi imam masjid di salah satu taman perumahan di Johor Bahru. Isteri beliau melefon saya mahu memesan satu botol minyak zaitun OLIVIE POWER UP. Jadi saya terus hantarkan ke rumah sebab saya teringin berbual dengan orang tua itu. Imam Wak Ali. Beliau berusia 70an, badannya memang kurus dan tinggi. Beliau tersenyum saja bila melihat saya memberi salam. “Walaikumusalam. Sila masuk doctor” Saya duduk dan bertanya khabar. “Wak sihat ke?” Saya memang memanggilnya Wak. Panggilan hormat pada orang yang berumur dan rapat dengan kita. “Wak sihat. Cuma pagi tadi Wak …
Read More »mengapa saya pilih minyak zaitun
MENGAPA SAYA PILIH MINYAK ZAITUN ? Ramai yang bertanya saya mengapa saya sangat taksub dengan minyak zaitun. Adakah minyak zaitun ini minyak yang terbaik? Mulanya saya sendiri agak sukar menelan fakta-fakta yang berkaitan minyak kerana pada masa itu saya berpendapat bahawa minyak dan lemak adalah suatu yang berbahaya kepada kesihatan. Ia meningkatkan kolestrole dan menyebabkan saluran darah akan tersumbat. Minyak dan lemak juga akan menyebabkan berat badan akan bertambah. Minyak adalah bersifat cecair. Bila membeku dan bentuk pepejal dalam suhu yang rendah (contohnya dalam fridge), minyak akan menjadi lemak. Namun setelah banyak …
Read More »