MANFAAT MINYAK ZAITUN PADA KULIT

Tidak dapat dinafikan bahawa minyak zaitun adalah salah satu bahan yang digunakan untuk tujuan kecantikan, dan telah digunakan semenjak zaman peradaban Rom dan Mesir Kuno.  Ini kerana ia mengandungi lemak sihat, vitamin E, dan antioksidan yang sangat baik untuk kesihatan kulit.

 

Selain menjaga kelembapan kulit, kandungan nutrisi dan antioksidan di dalam minyak zaitun juga dapat memelihara kesihatan kulit dan membantu mengurangi kedutan kerana ia  mudah meresap ke dalam lapisan-lapisan kulit.

 

Dalam banyak kajian menunjukkan bahwa minyak zaitun sangat bermanfaat untuk membantu penyembuhan kulit setelah mengalami luka akibat terbakar ringan, digunakan sebagai pelembap, dan mampu membantu merawat penyakit alahan kulit kronik seperti eczema, psoriasis dan dermatitis.

 

Bagaimana menggunakan minyak zaitun untuk tujuan kosmetik? Minyak zaitun boleh digunakan untuk membersihkan make up di wajah (cleansing oil) dan ia bebas dari  bahan kimia paraben.

 

Minyak zaitun juga boleh digunakan sebagai masker. Caranya, sapukan sedikit minyak zaitun extra virgin pada kulit muka. Atau boleh campurkan satu sudu kecil cuka teen, satu sudu kecil minyak zaitun, dan satu sudu kecil madu. Kemudian sapukan pada wajah dan biarkan selama 10-15 menit. Bilas dengan air suam dan keringkan kulit muka dengan menepuk-nepuk menggunakan tuala muka yang bersih. Kaedah ini tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif.

 

Minyak zaitun hamper menyerupai minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kelenjar minyak pada lapisan kulit. Oleh itu ia tidak menyebabkan alahan. Walau bagaimana pun ia tidak sesuai digunakan untuk kulit berminyak dan berjerawat.

 

Bagi pesakit kulit yang mengalami kekeringan seperti pesakit eczema, psoriasis atau dermatitis yang kronik, minyak zaitun sangat bagus digunaan sebagai pelembap. Selain itu ia merawat kulit dengan baik kerana mengandungi tahap antioksidan yang tinggi dan bersifat anti-radang. Jika digunakkan pada kulit yang normal, ia menjadikan kulit menjadi lebih halus dan lebih cerah.

 

Selain menggunakan minyak zaitun sebagai sapuan pada kulit yang bermasalah, mengamalkan minyak zaitun sebagai makanan juga mampu menjadikan kulit kita menjadi lebih sihat.

 

Semoga bermanfaat.

==============================================================

[IKLAN]

Untuk mendapatkan minyak zaitun yang berkualiti dan berkhasiat tinggi keluaran dari Olive House, boleh klik link di bawah :

https://www.needsvenue.com.my/products/olivie-plus30-extra-virgin-olive-oil

Leave a Reply

error: Content is protected !!