Advertorial
Home » Olive House » PENGAMAL MINYAK ZAITUN MEMPUNYAI RISIKO YANG LEBIH RENDAH UNTUK MENDAPAT STROKE

PENGAMAL MINYAK ZAITUN MEMPUNYAI RISIKO YANG LEBIH RENDAH UNTUK MENDAPAT STROKE

PENGAMAL MINYAK ZAITUN MEMPUNYAI RISIKO YANG LEBIH RENDAH UNTUK MENDAPAT STROKE

 

1. Stroke atau angin ahmar adalah suatu komplikasi apabila seseorang itu mempunyai tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.

 

2. Tekanan darah yang terlalu tinggi menyebabkan saluran darah menjadi pecah dan pendarahan dalam otak. Sel-sel otak mengalami kematian dan ini menjejaskan keupayaan untuk menggerakkan anggota tubuh.

 

3. Selain itu stroke boleh disebabkan oleh darah beku yang menyumbat saluran darah dalam otak. Ini menyebabkan sel-sel otak menjadi mati.

 

4. Dalam kajian yang diterbitkan pada 2011 dalam satu journal terkenal Neurology mendapati pengamalan minyak zaitun dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.

 

5. Kajian ini melibatkan 7,625 dan tahap oleic acid dalam darah diukur bagi menentukan pengambilan minyak zaitun yang mencukupi.

 

6. Penyelidik mendapati pengamal minyak zaitun mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak mengamalkan minyak zaitun atau mempunyai tahap oleic acid yang rendah (untuk pemahaman mudah, mereka tidak mengamalkan minyak zaitun secara istiqamah dengan dos yang mencukupi).

 

7. Ini mudah difahami kerana oleic acid dalam minyak zaitun dapat menurunkan tahap tekanan darah dan mempunyai sifat anti pembekuan darah yang rendah.

 

8. Secara kesimpulannya, minyak zaitun bukanlah suatu kaedah rawatan untuk menurunkan tekanan darah dengan cepat atau memulihkan stroke tetapi pengamalannya membantu mengurangkan risiko mendapat stroke ketika berusia lebih 65 tahun.

 

9. Serangan stroke yang kecil (minor stroke) mungkin dapat disembuhkan tetapi serangan stroke yang besar (major stroke) boleh menyebabkan kematian.

 

Rujukan : Samieri C, Féart C, Proust-Lima C, Peuchant E, Tzourio C, Stapf C, Berr C, Barberger-Gateau P. Olive oil consumption, plasma oleic acid, and stroke incidence: the Three-City Study. Neurology. 2011 Aug 2;77(5):418-25.

 

#oliviedrzubaidi
#HealthDrZubaidi

 

Untuk mendapatkan minyak zaitun yang berkualiti dan berkhasiat tinggi keluaran dari Olive House, boleh klik gambar di bawah: 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: