BERAPA BANYAK NASI YANG BOLEH DIAMBIL SEBAGAI SARAPAN?

2 FEB 2019

 

Kebanyakan masyarakat kita mengambil nasi sebagai sumber tenaga ketika bersarapan. Saya ingin beritahu kuantiti nasi yang boleh diambil semasa sarapan.

 

Tetapi bukankah doctor banyak berkongsi kebaikan berpuasa dan Intermittent Fasting dan selalu melakukan “brunch”?  Betul. Bagi mereka yang ada penyakit kronik seperti diabetes, menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat ringkas (seperti gula dan beras putih) dan berpuasa adalah suatu ‘rawatan’ yang terbaik.

 

Namun bagi mereka yang tidak ada masalah penyakit kronik dan aktif melalukan aktiviti fizikal, saya mencadangkan pengambilan makanan (big meal) sebanyak tiga kali sehari iaitu sarapan, makan tengahari dan makana malam.

 

Jika mereka ingin melakukan puasa atau Intermittent Fasting, ia adalah sesuatu yang baik untuk kesihatan mereka terutama yang tidak banyak melakukan aktiviti fizikal seperti orang yang bekerja di pejabat selama 8 jam. Mereka tidak memerlukan tenaga yang banyak dan kebanyakan tenaga yang diambil dari makanan akan disimpan sebagai lemak.

 

Jadi bagi kita yang tidak banyak melakukan aktiviti yang berat, kitab oleh saja berpuasa atau ber’intermittent fasting’ atau mengawal pengambilan karbohidrat yang kita makan.

 

Pakar nutrisi mencadangkan pengambilan karbohidrat bagi orang dewasa yang sihat adalah antara 45 hingga 60 persen dari keperluan kalori harian. Ini termasuk karbohidrat kompleks seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu mereka mencadangkan pengambilan 20% dari jumlah tenaga untuk sehari ketika bersarapan.

 

Sebagai contoh, jika keperluan kalori seharian kita adalah 2000 kalori, maka kita akan memerlukan 900 hingga 1200 kalori yang bersumberkan karbohidrat. Angka ini setara dengan 225 hingga 300 gram karbohidrat sehari. Kita ambil 20 % dari jumlah 225 hingga 300 gram karbohidrat tersebut, ini bermakna kita boleh bersarapan sebanyak 45 hingga 60 gram makanan yang bersumber karbohidrat.

 

Nilai ini boleh dijadikan panduan untuk kita gunakan ketika bersarapan. Angka ini diterjemahkan sebagai satu mangkuk nasi atau dua keping roti tawar. Namun saya lebih suka menasihatkan bagi mereka yang ingin bersarapan, cuba dapatkan karbohidrat dari sumber yang lebih kompleks dan mempunyai banyak serat.

 

Selain itu saya juga mencadangkan pengambilan sesudu minyak zaitun bagi menambahkan keperluan minyak sihat dalam makanan. Ia akan menyebabkan kita lebih mudah kenyang dan tidak makan secara berlebihan. Maklumlah, siapa yang biasa makan hanya semangkuk nasi dan dua keeping roti. Dengan mengambil minyak sihat seperti minyak zaitun, ia sangat membantu kita untuk lebih mudah kenanyang dan lambat lapar.

 

Saya sendiri mengambil satu sudu minyak zaitun OLIVIE (mengikut keperluan saya yang tidak banyak bergerak). Alhamdulillah rasa lebih sihat dan bersemangat.

 

Boleh dapatkan OLIVIE dari staf saya.

 

Puan Zaiha 01110040154

Puan Zurina 0193389668

Puan Hasnah 0126733955

Cik Fizah 0137046851

Puan Raudhah 0199800764

 

#oliviedrzubaidi

#dietdrzubaidi

#nutrisidrzubaidi

#mediterraneandietdrzubaidi

 

 

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!