“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya, bagaimana minyak zaitun ini mempunyai kepekatan 30 kali ganda lebih tinggi berbanding yang lain? Adakah ia melalui proses pengekstrakan khas atau dicampurkan dalam botol kecil untuk meningkatkan kepekatannya? Terima kasih.”
Waalaikumussalam.
Khasiat minyak zaitun bergantung kepada beberapa faktor utama seperti lokasi penanaman, masa penuaian, dan proses pengeluaran.
Minyak zaitun OLIVIE 30 PLUS sangat berkhasiat kerana berasal dari ladang zaitun di Gurun Atlas, Morocco, yang mempunyai keadaan tanah berbatu dan kering.
Lokasi ini memainkan peranan penting, kerana pokok zaitun yang tumbuh dalam persekitaran ekstrem seperti di Gurun Atlas akan menghasilkan lebih banyak polifenol sebagai mekanisme perlindungan semula jadi, menjadikannya lebih kaya dengan antioksidan.
Masa penuaian juga kritikal—buah zaitun dipetik pada tahap kematangan optimum untuk mengekalkan kandungan polifenol yang tinggi. Buah yang dipetik antara buah yang muda (hijau) dan buah yang sudah masak (hitam). Ketika ini buah berwarna ungu, mengandungi lebih banyak sebatian aktif berbanding yang sudah masak (hitam) atau masih muda (hijau).
Proses penghasilan OLIVIE 30 PLUS menggunakan teknik perahan sejuk, tanpa pemanasan atau bahan kimia, memastikan semua nutrien penting seperti hidroksitirosol dan oleuropein kekal dalam minyak.
Hasilnya, minyak ini mengandungi 30 kali lebih banyak polifenol berbanding minyak zaitun biasa, memberikan manfaat luar biasa seperti kesan anti-radang, perlindungan jantung, dan menyokong kawalan gula dalam darah. Ini dibuktikan dalam kajian makmal.
Gabungan faktor lokasi, masa penuaian, dan proses unik ini menjadikan OLIVIE 30 PLUS antara minyak zaitun paling berkhasiat di dunia.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi
#drzubaidimenjawab
#olivie30plus
Jika ingin mendapatkan minyak zaitun OLIVIE 30 PLUS tekan link di bawah :