PELBAGAIKAN SUMBER PROTEIN

 

Kebanyakan Orang Tidak Mendapat Cukup Protein

 

Sekitar 38% lelaki dewasa dan 41% wanita dewasa di A.S. mengambil kurang protein daripada kadar disyorkan (RDA) iaitu 0.8 g/kg.

 

Ini bermakna 2 daripada 5 orang dewasa tidak mencapai keperluan minimum pengambilan protein yang disyorkan.

 

Dan lebih mengejutkan lagi: RDA itu sendiri terlalu rendah, terutamanya bagi golongan warga emas yang memerlukan lebih banyak protein untuk mengekalkan jisim otot, kekuatan, dan kesihatan metabolik.

 

Protein bukan sekadar untuk membina otot. Ia juga penting untuk:

✅ Fungsi selular

✅ Membina dan membaiki semua struktur fizikal (termasuk otot)

✅ Metabolisme dan keseimbangan tenaga

✅ Mudah tidur & mood tenang

 

Jika ingin berusia dengan sihat, kekal kuat, dan hidup lebih berkualiti, protein perlu menjadi keutamaan. Saya mengesyorkan pengambilan sekitar 1.2 -1.5 g protein bagi setiap kg berat badan ideal atau berat sasaran anda untuk kesihatan yang optimum.

 

Pelbagaikan sumber protein anda.

 

#dietdrzubaidi

 

Anda ada banyak soalan? Dapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi melalui Live Zoom, boleh daftar di link https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!