#dietdrzubaidi

BAHAYA KE MAKAN BUAH?

  Tadi ada Coach Diet yang kata bahaya ambil buah, termasuk buah kurma, buah tembikai dan banyak lagi buah.   Sudah sampai haramkan makanan yang halal dan disukai oleh Nabi kita S.A.W konon katanya ia berbahaya.   Pelik sangat ni …. Sedangkan ulama kita dan para ustaz mencadangkan pengambilan buah-buahan seperti ini. Tapi dia mengharamkan pula.   Katanya buah-buahan ini boleh meningkatkan tahap kerintangan insulin, tahap kolesterol dan menyebabkan fatty liver. Padahal ia bukannya satu-satunya punca. Sedangkan gula ringkas, makan berproses, minyak tepu dan minyak trans boleh menyebabkan masalah yang sama.   Nanti dulu. Jangan mudah percaya.   Buah-buahan sememangnya …

Read More »

PELBAGAIKAN SUMBER PROTEIN

  Kebanyakan Orang Tidak Mendapat Cukup Protein   Sekitar 38% lelaki dewasa dan 41% wanita dewasa di A.S. mengambil kurang protein daripada kadar disyorkan (RDA) iaitu 0.8 g/kg.   Ini bermakna 2 daripada 5 orang dewasa tidak mencapai keperluan minimum pengambilan protein yang disyorkan.   Dan lebih mengejutkan lagi: RDA itu sendiri terlalu rendah, terutamanya bagi golongan warga emas yang memerlukan lebih banyak protein untuk mengekalkan jisim otot, kekuatan, dan kesihatan metabolik.   Protein bukan sekadar untuk membina otot. Ia juga penting untuk: ✅ Fungsi selular ✅ Membina dan membaiki semua struktur fizikal (termasuk otot) ✅ Metabolisme dan keseimbangan tenaga …

Read More »

TURUN BERAT BADAN DI BULAN PUASA DENGAN MENGELAKKAN 4P

Bulan Ramadan adalah peluang terbaik untuk menurunkan berat badan dengan mengawal pemakanan.   Salah satu cara paling berkesan adalah dengan mengelakkan 4P iaitu gula putih, tepung putih, beras putih, dan susu.   Keempat-empat bahan ini mempunyai indeks glisemik yang tinggi, menyebabkan kenaikan kadar gula dalam darah secara mendadak dan meningkatkan simpanan lemak dalam badan.   Apabila badan mengalami lonjakan gula yang tinggi, pankreas akan merembeskan lebih banyak insulin, yang akhirnya mendorong penyimpanan lemak dan menyukarkan penurunan berat badan.   1. Mengelakkan Gula Putih Gula putih adalah penyumbang utama kepada peningkatan berat badan kerana ia mengandungi kalori kosong tanpa sebarang zat …

Read More »

APAKAH DIET YANG SESUAI UNTUK PESAKIT PSORIASIS?

Diet yang sesuai untuk pesakit psoriasis bertujuan mengurangkan keradangan, menyokong sistem imun, dan memperbaiki kesihatan kulit. Walaupun tiada diet khusus yang dapat menyembuhkan psoriasis sepenuhnya, terdapat beberapa jenis makanan yang boleh membantu mengawal simptom dan mengurangkan flare-up.   Diet yang disarankan untuk pesakit psoriasis harus mempunyai ciri-ciri berikut.   1. Diet Bersifat Anti-Radang Psoriasis dikaitkan dengan keradangan kronik. Oleh itu, makanan anti-radang seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang, bijirin penuh, dan minyak sihat seperti minyak zaitun sangat disyorkan. 2. Diet Rendah Gula dan Karbohidrat Proses Gula dan karbohidrat proses boleh meningkatkan keradangan dan menyebabkan ketidakseimbangan insulin, yang boleh memperburuk psoriasis. Elakkan minuman …

Read More »

MAKAN NASI CEPAT NAIK BERAT BADAN?

  “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Betulkah ada badan yang tidak boleh menerima karbohidrat, seperti nasi, mi, dan kuetiau? Maksudnya, apabila makan, berat badan cepat naik, tetapi apabila tidak makan atau mengurangkan pengambilannya, berat badan mudah turun”.   Waalaikumussalam   Secara umum, semua orang boleh menerima karbohidrat, tetapi ada individu yang lebih sensitif terhadapnya. Ini bergantung pada metabolisme, hormon insulin, dan tahap aktiviti fizikal seseorang.   Kenapa Ada Orang Cepat Naik Berat Bila Makan Karbohidrat?   1. Rintangan Insulin Individu dengan rintangan insulin sukar menggunakan glukosa daripada karbohidrat sebagai tenaga. Glukosa berlebihan akan ditukar kepada lemak simpanan, menyebabkan kenaikan berat badan lebih …

Read More »

UBAH SIKIT UNTUK HIDUP SIHAT DAN BERTENAGA

  “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya baru sahaja menjalani pemeriksaan darah penuh, dan bacaan kolesterol saya berada pada tahap borderline, iaitu 5.3 mmol/L. Apa yang perlu saya lakukan untuk menurunkannya? Saya seorang lelaki berumur 46 tahun, perokok, dan penggemar kopi. Berikut adalah rutin pemakanan harian saya: Pagi: Nasi lemak atau roti canai, bersama teh tarik atau Nescafe. Tengah hari: Nasi berlauk (portion nasi tidak banyak), dengan 1 atau 2 jenis lauk dan sayur. Petang: Roti atau biskut dicicah dengan kopi atau teh tarik. Malam: Tidak mengambil sebarang makanan. Maklumat fizikal saya: Tinggi: 150 cm Berat: 53 kg Saya juga seorang pelari, …

Read More »
error: Content is protected !!