
BOLEHKAH PESAKIT YANG MENGAMBIL WARFARIN MENGAMBIL SAYURAN HIJAU
Dalam satu kajian terbaru, pesakit yang mengambil warfarin sebagai ubat pencair darah masih boleh mengambil sayur-sayuran hijau. Ini berlainan dari nasihat yang diterima sebelum ini kerana dibimbangi vitamin K yang memekatkan darah yang dalam dalam sayur-sayuran hijau akan mengganggu rawatan bagi pesakit yang mempunyai masalah darah yang pekat.
Pendapat ini juga dipersetujui oleh Prof Guylaine Ferland, professor pemakanan dan nutrisi di University of Montreal di Canada. Ini berdasarkan pembentangan kajian yang dilakukan semasa persidangan dalam mesyuarat tahunan American Society for Nutrition, di Baltimore, Amerika Syarikat pada tahun 2019.
Seperti mana yang diketahui bahawa Vitamin K membantu membekukan darah. Jadi pesakit yang mengambil ubat anti-pemekatan darah (anti-clotting atau anticoagulant) seperti sering diberutahu agar menghadkan pengambilan sayur-sayuran hijau seperti bayam, brokoli, kobis hijau dan banyak lagi.
Team Prof Guylaine Ferland menjalankan kajian yang melibatkan 46 pesakit, berusia 32 hingga 85, kesemuanya mempunyai masalah dalam mengekalkan kecairan darah. Separuh dari mereka datang ke kelas kaunseling berkaitan dengan pemakanan dan kelas memasak. Separuh lagi datang ke kelas di mana instructor mengajar agar mengambil lebih banyak sayur-sayuran hijau dan minyak yang mengandungi vitamin K ke dalam makanan yang biasa mereka ambil.
Hasil dari kajian ini sangat memeranjatkan. Selepas enam bulan, seramai 50 peratus mereka yang mengambil vitamin K dari sumber sayuran hijau dan minyak yang dimasak mendapati dapat mengekalkan kestabilan kecairan dalam darah, berbanding hanya 20 peratus pesakit yang tidak mengambil sayuran hijau dalam mengekalkan kecairan darah.
Berdasarkan kajian ini Prof Ferland mencadangkan pengambilan vitamin K minima 90 micrograms bagi wanita dan 120 micrograms bagi lelaki. Beliau juga mengharapkan agar pengamal perubatan tidak lagi menasihati pesakit yang mengambil warfarin agar tidak mengamalkan sayur-sayuran hijau.
Ia juga dipersetujui oleh Dr. Marcin Kowalski, kardiologis di Island University Hospital di New York City, Amerika Syarikat. Beliau menegaskan bahawa pengambilan diet pemakanan yang seimbang dengan mengambil sayur-sayuran hijau lebih menstabilkan kecairan darah.
Penemuan ini juga dipersetujui oleh Dr. Satjit Bhusri, pakar kardiologist di Lenox Hill Hospital, New York Citu, Amerika syarikat. Beliau berkata “sekarang banyak ubat anti-coagulant yang lebih baik dan tidak bertindakbalas dengan vitamin K dan tidak perlu pemeriksaan kepekatan darah yang kerap”.
Bagi pesakit yang mengambil warfarin tidak ada masalah mengambil sayur-sayuran hijau, bukan saja kerana jumlah vitamin K terlalu sedikit dalam sayur-sayuran dan pengambilan sayur-sayuran setiap hari juga sedikit. Namun kajian ini memerlukan kajian yang lebih mendalam.
Nasihat saya adalah amalkan sayur-sayuran jenis tidak berwarna hijau. Pengambilan sedikit sayur hijau dibenarkan kerana kandungan vitamin K tidak terlalu tinggi, dan tidak mengganggu kepekatan darah. Tetapi jika pesakit memang pengamalan diet vegetarian pemeriksaan darah dan penggunaan dos yang betul perlu digalakkan.
Semoga bermanfaat.
Rujukan: American Society for Nutrition, news release, June 11, 2019
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
