Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » MENINGKATKAN HEMOGLOBIN DENGAN PENGAMBILAN MAKANAN

MENINGKATKAN HEMOGLOBIN DENGAN PENGAMBILAN MAKANAN

MENINGKATKAN HEMOGLOBIN DENGAN PENGAMBILAN MAKANAN

Hemoglobin atau singkatannya Hb adalah protein yang berada dalam sel darah merah. Ia mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Tahap hemoglobin dalam tubuh boleh diketahui apabila melakukan pemeriksaan darah.

Apabila tahap hemoglobin kita rendah, fungsi sel darah merah yang penting ini akan akan terganggu. Kita akan menjadi lebih mudah penat, sukar bernafas dan tidak bertenaga. Oleh itu, masalah tahap hemoglobin rendah harus segera dirawat.

Pengambilan makanan yang tertentu adalah salah satu cara paling mudah untuk meningkatkan tahap hemoglobin (Hb) yang rendah.

Beberapa jenis nutrisi, seperti zat besi, vitamin C, dan asid folik dapat membantu meningkatkan tahap hemoglobin.

Ambillah makanan yang mengandungi nutrisi ini. Antaranya :

1. Daging merah

Daging merah tanpa lemak merupakan salah satu makanan untuk dapat meningkatkan tahap hemoglobin (Hb) dalam darah. Di dalam daging merah terdapat zat besi. Ambil daging merah sebesar dadu kotak mancis dalam setiap hidang. Tidak perlu berlebihan.

Dalam 100 gram daging merah mengandungi 2.7 mg zat besi. Ia Selain juga mengandungi asid folik.

2. Organ dalaman

Organ dalaman termasuk jantung, otak, ginjal dan hati merupakan makanan yang kaya dengan sumber zat besi. Dalam 100 gram,  terdapat zat besi sebanyak 6.5 mg. Bagi yang tidak menggemari organ dalaman, kekallah memilih daging merah tanpa lemak.

3. Daging putih

Selain daging merah, daging putih seperti ayam, dan ikan juga mengandung zat besi. Boleh ambil bahagian ayam sebesar bahagian peha yang dibakar, dibuat sup atau dikukus.

4. Makanan laut

Makanan laut, seperti kerang dan udang juga mengandungi zat besi.

Selain kerang dan udang, ikan kembung juga mengandung zat besi. Dalam seekor ikan kembung yang sederhana besar terdapat 1.4 mg zat besi yang baik untuk meningkatkan hemoglobin dalam darah.

5. Tahu dan produk soya

Protein dari soya seperti tauhu dan tempeh juga merupakan makanan yang baik untuk meningkatkan hemoglobin. Satu hidangan tahu (100 gram) mengandung 2.5 mg zat besi dan sejumlah mineral, termasuk kalsium, magnesium, dan selenium.

6. Sayur dan buah-buahan

Mengambil makanan yang mengandungi zat besi saja tidak cukup jika proses penyerapannya tidak berjalan baik. Oleh itu kita perlu makan makanan yang kaya vitamin C bagi memudahkan penyerapan secara maksima.

Makanan tinggi vitamin C contohnya sayuran hijau, seperti bayam, kangkung dan bak soy. Dalam 100 gram bayam mentah mengandungi 2.5mg zat besi, dan asid folik yang penting dalam pembentukan hemoglobin dalam darah. 

Selain itu, brokoli juga kaya vitamin C. 

Selain itu, makanan yang mengandungi beta karoten juga sangat penting. Ia banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayuran berwarna merah, kuning, dan oren, sepert:

  1. Jus Delima
  • Tomato
  • Cili merah
  • Cili benggala

Selain yang telah disebutkan di atas, zat besi boleh didapati dalam bentuk suplemen pil. Ia boleh didapati dari klinik dan farmasi. Cuma kita mungkin mendapat kesan sampingan seperti sembelit.

Dalam satu hari, seorang lelaki dewasa dianjurkan untuk memerlukan 13 mg zat besi, sedangkan wanita dewasa dari usia 19 hingga 49 tahun memerlukan paling kurang 25 mg besi per hari.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: