BEZA JANGKITAN BAKTERIA DAN JANGKITAN VIRUS

BEZA JANGKITAN BAKTERIA DAN JANGKITAN VIRUS

“Assalamualaikum, doctor. Bolehkah kita mengetahui sama ada seseorang individu itu diserang oleh bakteria atau virus?. Terima kasih”

Walaikumusalam.

Bakteria dan virus adalah mikroorganisma yang halus tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ia hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskope. Tanda-tanda jangkitan juga lebih kurang sama. Cuma dengan pengalaman, doctor akan dapat membezakan keduanya. Ini penting kerana kebanyakan jangkitan virus tidak memerlukan antibiotik, sementara hampir semua jangkitan bakteria memerlukan antibiotik.

Bagi pengesahan, sama ada jangkitan bakteria atau jangkitan virus, doctor akan menjalan pemeriksaan darah dan ujian culture and sensitivity membantu doctor membezakan keduanya. Doktor akan mengambil sampel untuk pemeriksaan, contohnya:


• Kahak untuk jangkitan salur pernafasan
• Nanah untuk jangkitan pada luka
• Darah untuk jangkitan aliran darah eg septicaemia
• Najis bagi masalah cirit – birit
• Bendalir cerebrospinal untuk penyakit meningitis
• Air kencing untuk jangkitan saluran kencing
• Conjunctival swab untuk jangkitan mata


Bagi jangkitaran virus, doctor akan mengesan antibodi , antigen atau partikel virus dalam darah.

Oleh pengambilan antibiotic tanpa preskripsi dari doctor, tidak digalakkan kerana pengambilan antibiotic untuk jangkitan virus adalah perbuatan yang sia-sia (tidak berkesan) dan berbahaya (boleh menyebabkan kerintangan antibiotik).

Semoga menjawab pertanyaan.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!