“Assalamualaikum dokter. Saya ingin bertanya sikit mengenai bayi sy yang berumur 10 bulan. Kenapa bayi berumur lingkungan ini tidak diberikan ubat selsema? Saya sgt fobia sbb ank ke empat sy dulu batuk selsema, dokter sebuah klinik swasta kata tidak blh bg pd bayi. Hanya ubat sembur kat hidung…tp msih elsema..Akhirnya anak saya warded sbb byk kahak pd paru2. Kenapa yer dokter? Kalau bg pd dos seumur dgn bayi blh tak? Terima kasih.”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Pemberian ubat selsema bergantung kepada pemeriksaan doktor. Secara amnya mmg ada garis panduan yang tidak membenarkan kanak-kanak di bawah umur 3 tahun diberikan ubat antihistamin (untuk batuk dan selsema).
Ini kerana ada kes di mana kanak-kanak yg mendapat ubat-ubat ini mengalami kesan sampingan yang teruk seperti tidak sedarkan diri dan kehilangan nyawa.
Ia berpunca apabila ubat antihistamin akan menyebabkan kanak-kanak mengantuk dan tidak aktif. Ia juga boleh menyebabkan otak tidak merangsangkan otot pada dada untuk menarik nafas dengan sempurna. Ini menyebabkan kanak-kanak yang sedang mengalami selsema dan sukar bernafas, mengalami kekurangan bekalan oksigen yang teruk.
Ia selalunya boleh berlaku pada kanak-kanak yang sensitif terhadap ubat antihistamin atau kanak-kanak yg diberikan ubat yang berlebihan dos.
Namun ada juga doktor yg memberikan ubat antihistamin ini, setelah melakukan pemeriksaan dan percaya ubat antihistamin ini memberikan manfaat pada kanak-kanak itu.
Saya juga adakalanya memberikan ubat ini, setelah memeriksa dan mengubahsuai dos mengikut kesesuaian tubuh kanak-kanak itu. Ini memerlukan kemahiran dan pengalaman doktor.
Alhamdulillah. Ramai pesakit saya sembuh asbab ubat mengikut dos yang diberikan. Saya menasihatkan puan agar mendapat nasihat doktor yang selalu merawat sebelum memberikan ubat selsema ini.
Semoga bermanfaat.