SAKIT PERUT GASTRITIS

Assalamualaikum, Dr Zubaidi. Pagi tadi saya ke klinik untuk pemeriksaan dan doktor mengesahkan saya ada gastrik. Boleh ke saya minum susu badam yang saya pesan dari doktor tempoh hari. Satu lagi makanan yang macam mana sesuai untuk saya penghidap gastrik? Terima kasih.

 Walaikumusalam.

Gastrik adalah perkataan yang membawa makna perut. Selalunya dalam kes yang biasa berlaku, pesakit mengalami keradangan permukaan dalaman perut. Keadaan ini dinamakan gastritis. Selalunya didiagnosa secara ringkas dengan pemeriksaan ringkas dan bergantung pada simptom.

Dalam keadaan yang lebih serius, puan boleh mengalami gastric ulcer. Dalam keadaan ini, puan mungkin mengalami rasa sakit perut yang kuat dan ubat pil anti-gastritis yang dibeikan mungkin tidak berkesan.

Ia didiagnosakan secara pemeriksaan skop masuk ke dalam perut. Ia dinamakan pemeriksaan OGDS. Doktor akan melihat ada luka dan keradangan pada permukaan perut. Sampel diambil untuk melihat jika ada jangkitan kuman Helicobacter Pylori.

Menjawab soalan puan, tiada masalah untuk ambil minuman susu badam dan coklat. Ia tidak memberikan kesan buruk pada masalah puan. Ia bukanlah untuk rawatan tetapi ia sesuai diminum sebagai minuman petang. Ia juga sesuai untuk pesakit diabetes kerana tiada gula tambahan.

Untuk pesakit gastritis, banyakkan pengambilan buah dan sayur-sayuran. Elakkan makanan pedas, transfat (terutamanya bergoreng), makanan yang dijerukkan dan makanan yang berasid. Ambil minyak zaitun atau VCO untuk meningkatkan lapisan mucin yang bertindak sebagai pelindung lapisan permukaan dalam perut. 

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!