Doktor Menjawab

TOCOTRIEONOL UNTUK MASALAH KEBAS

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Apakah vitamin E tocotrieonol bagus untuk masalah kebas (neuropathy)? Terima kasih”. Waalaikumussalam. Tocotrienol, sejenis vitamin E, telah menunjukkan potensi dalam membantu masalah neuropati (kebas) melalui beberapa kajian. Tocotrienol mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang yang boleh membantu melindungi saraf daripada kerosakan. Beberapa manfaat tocotrienol untuk neuropati : 1. Mengurangkan Keradangan: Tocotrienol boleh mengurangkan keradangan yang sering dikaitkan dengan neuropati. 2. Melindungi Saraf: Ia membantu melindungi saraf daripada kerosakan oksidatif, yang boleh mengurangkan simptom kebas dan kesakitan. 3. Meningkatkan Fungsi Saraf: Kajian menunjukkan bahawa tocotrienol boleh meningkatkan fungsi saraf dan kelajuan konduksi saraf pada pesakit dengan neuropati diabetes. Bacaan …

Read More »

JANGKITAN DENGGI ATAU DIABETES YANG MENYEBABKAN KEGAGALAN GINJAL?

JANGKITAN DENGGI ATAU DIABETES YANG MENYEBABKAN KEGAGALAN GINJAL? Assalaamualaikum. Maaf nk tnya. Ayah saya disahkan mendapat jangkitan denggi, kemudian dlm tempoh rawatan denggi tersebut, pada masa sama disahkan ada penyakit buah pinggang tahap 4. Apakah penyakit buah pinggang tu berpunca kuman denggi yg menyerang buah pinggang dia? Terima kasih. Walaikumusalam. Selalunya tahap gula yg tidak terkawal akibat diabetes yang menyebabkan kerosakan ginjal. Ia berlaku secara perlahan-lahan. Oleh itu ia dikatakan sebagai penyakit ginjal yang kronik (Chronic Kidney Disease). Ini biasa berlaku dikalangan pesakit diabetes selepas tempuh 5-10 tahun, bergantung pada kawalan gula. Begitu juga jika ayah puan mengalami penyakit tekanan …

Read More »

SAKIT PERUT GASTRITIS

Assalamualaikum, Dr Zubaidi. Pagi tadi saya ke klinik untuk pemeriksaan dan doktor mengesahkan saya ada gastrik. Boleh ke saya minum susu badam yang saya pesan dari doktor tempoh hari. Satu lagi makanan yang macam mana sesuai untuk saya penghidap gastrik? Terima kasih.  Walaikumusalam. Gastrik adalah perkataan yang membawa makna perut. Selalunya dalam kes yang biasa berlaku, pesakit mengalami keradangan permukaan dalaman perut. Keadaan ini dinamakan gastritis. Selalunya didiagnosa secara ringkas dengan pemeriksaan ringkas dan bergantung pada simptom. Dalam keadaan yang lebih serius, puan boleh mengalami gastric ulcer. Dalam keadaan ini, puan mungkin mengalami rasa sakit perut yang kuat dan ubat …

Read More »

LABU MAKANAN BERUNSUR ANGIN

LABU MAKANAN BERUNSUR ANGIN Assalamualaikum doctor. Saya baru melihat post doktor mengenai kebaikan memakan labu. Adakah labu ni berangin? Sebab saya adalah peminat labu. Tetapi saya adalah pesakit anxiety disorder. Ramai yang kata tidak boleh makan sebab berangin. Boleh doctor bagi penjelasan tak? Terima kasih. Walaikumusalam. Makanan berangin lazimnya dikaitkan dengan masalah kembung perut. Apabila seseorang itu mengalami sakit perut, selalunya akan dikaitkan dengan sifat pemakanan yang tidak betul. Selain tidak menjaga masa makan dengan betul, masyarakat Melayu akan mengaitkannya dengan makanan berangin. Pengambilan makanan berangin akan memberikan kesan tidak baik terhadap kesihatan pemakannya. Lebih teruk lagi, jika seseorang itu …

Read More »

ADA PROTEIN DALAM AIR KENCING

ADA PROTEIN DALAM AIR KENCING Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya mahu tanya. Saya baru buat pemeriksaan kesihatan. Didapati ada protein dalam air kencing. Ujian fungsi hati dan ginjal normal. Mohon pandangan. Walaikumusalam. Tidak perlu buat apa-apa kerana secara normal memang ada sedikit kehadiran protein akibat hadirnya sel darah merah atau sel darah putih dalam air kencing. Kehadiran protein juga boleh disebabkan oleh sel mati yang keluar dari pundi kencing. Lagi pun fungsi ginjal puan adalah normal. Minum air kosong secukupnya. Boleh ulang semula pemeriksaan selepas seminggu jika puan masih ragu-ragu. #HealthDrZubaidi

Read More »

PESAKIT SLIP DISC BOLEH BERBASIKAL ATAU JOGING?

Assalamualaikum. Dr Zubaidi. Adakah pesakit slip disc boleh berbasikal atau joging? Terima kasih. Walaikumusalam. Pesakit yang mengalami masalah slip disc tidak digalakkan lakukan aktiviti lasak. Berbasikal dan berjogging dianggap aktiviti yang sederhana. Sementara bermain bolasepak dianggap aktiviti yang agresif. Jadi berhati-hatilah. Ini kerana ligamen di situ sudah lemah. Ia boleh menyebabkan ligamen mengalami koyak lebih teruk dan menyebabkan slip disc keluar lebih jauh dari posisi asal. Ini merosakkan saraf tunjang dengan lebih teruk. Tanda keadaan masalah ini lebih teruk adalah rasa sakit di bahagiang belakang dan mengalami rasa kebas dan mencucuk-cucuk pada anggota kaki. Semoga menjawab soalan. #HealthDrZubaidi

Read More »

PETUA UNTUK SEMBELIT

“Assalamualaikum. Saya ada masalah buang air besar. Kadang kala sampai seminggu sekali, baru buang air. Adakah probiotics boleh membantu utk melawaskan? Adakah orang diabetis boleh ambik prebiotik? Terima kasih”. Waalaikumussalam. Sembelit yang kronik boleh membuatkan seseorang indibidu rasa tidak selesa, rasa kekembungan dan mungkin menyebabkan keletihan. Jika kita gemar makan makanan yang dibakar (ala BBQ), tiada fiber dan tinggi kandungan nitrate (kebanyakan dalam daging yang diproses), sembelit yang kronik mungkin mencetuskan kanser usus besar (kolonorektal). Biasanya kita membuang air besar sekali sehari atau mungkin sehari dalam tiga hari. Lebih dari itu, ia tidak lagi normal apabila najis menjadi keras dan …

Read More »

BOLEH KE AMBIL VITAMIN C SETIAP HARI?

BOLEH KE AMBIL VITAMIN C SETIAP HARI? Salam doctor saya nak tanya. Kanak-kanak perlu ke amalkan vit c setiap hari? Terima kasih. Walaikumusalam. Setiap orang dari kita memerlukan vitamin C setiap hari. Berapa banyak jumlah atau dos yang perlu diambil berbeza mengikut keperluan individu. Individu yang sihat memerlukan vitamin C yang rendah. Mungkin dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran, sudah mencukupi. Masalah mula timbul bila kita tidak ambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang secukupnya. Makanan kita hanya roti, nasi dan berlauk daging atau ayam. Tiada sayur. Kita mungkin mengalami masalah kekurangan vitamin C, mungkin tidak banyak tetapi jika berlanjutan akan memberikan masalah …

Read More »

MINYAK ZAITUN DAN JUS DELIMA UNTUK PENYAKIT DIABETIC NEUROPATHY

MINYAK ZAITUN DAN JUS DELIMA UNTUK PENYAKIT DIABETIC NEUROPATHY Assalamualaikum. Adakah dgn mengambil minyak zaitun dan jus delima dpt merawat penyakit diabetik neuropati? Terima kasih. Walaikumusalam. Minyak zaitun dan jus delima adalah makanan, bukan ubat spesifik untuk masalah diabetic neuropathy. Minyak zaitun mengandungi minyak sihat mono unsaturated fatty acid. Ia  membantu merawat kecederaan pada penebat yg membungkus saraf (myeline sheath) yang rosak. Jus delima pula mengandungi mineral dan vitamin yang membantu melancarkan pergerakan signal sensori sepanjang saraf dari tisu ke otak dan pergerakan signal motor dari otak ke tisu. Oleh kerana tahap mineral dan vitamin yang sederhana, ia mengambil masa …

Read More »

PIL KALSIUM VS SUSU

Assalamualaikum doc. Adakah ambil pil kalsium, tidak perlu lg minum susu. Terima kasih. Walaikumusalam. Susu merupakan sumber kalsium yang hebat. Selain kalsium, dengan minum susu kita juga mendapat air, protein, mineral yang lain, dan vitamin. Berbanding dengan pengambilan pil kalsium, kita hanya mendapat kalsium dari pil yang diambil. Pada saya mengambil pil kalsium hanya sesuai mereka yang mempunyai masalah kekurangan enzim lactulose atau alahan pada susu lembu. Cuba dapatkan segelas susu segar. Cuma dari segi kos, pil kalsium lebih murah dari susu. Semoga menjawab pertanyaan. #HealthDrZubaidi

Read More »

KULIT CEDERA AKIBAT TERKENA OVEN PANAS

KULIT CEDERA AKIBAT TERKENA OVEN PANAS Assalamualaikum. Sy nk tnya selalu parut kena oven panas ambik masa lama x dr nk pudar? Walaikumusalam  Secara am, kesembuhan luka pada kulit bergantung pada kedalaman luka. Jika setakat melibatkan lapisan luar, dan tidak melibatkan lapisan kulit sebenar, ia ambil masa beberapa hari. Tiada parut terhasil. Jika menembusi lapisan epidermis, ia mengambil masa untuk sembuh satu hingga dua minggu. Untuk hilang parut mungkin lebih lama. Semakin dalam melibatkan lapisan kulit, lebih lama untuk sembuh dan hilang parut. Selain itu, ia bergantung kepada umur, status kesihatan sama ada diabetes, penyakit genetik yang melibatkan penyakit kulit, …

Read More »

MENGGUNAKAN MOUTHWASH BOLEH MENYEBABKAN DIABETES?

MENGGUNAKAN MOUTHWASH BOLEH MENYEBABKAN DIABETES? “Assalamualaikum, doctor. Saya sering menggunakan pencuci mulut (mouthwash) setiap kali selepas menggosok gigi. Saya diberitahu oleh kawan saya berdasar pembacaan journal, bahawa menggunakan mouthwash adalah berbahaya, boleh menyebabkan penyakit terutama diabetes. Mohon pencerahan doctor jika ianya benar. Terima kasih” Walaikumusalam. Terima kasih bertanya. Saya ingin memberitahu puan bahawa saya bukanlah doktor gigi. Tetapi pertanyaan puan berkaitan dengan produk dan penyakit diabetes, saya menjawab dari sudut pencegahan penyakit. Kebanyakan produk pencuci mulut (mouthwash) di pasaran mengandungi bahan antibakteria seperti berikut: ChlorhexidineCetylpyridinium chlorideTriclosanAlkoholFluoridaPeroksida Bahan-bahan aktif ini berfungsi untuk membunuh bakteria yang menyebabkan keradangan gusi dan kerosakan gigi. …

Read More »

BERMAIN GAME DI HENFON PERMAINAN TERLALU LAMA BOLEH MENYEBABKAN SINDROM QUERVAIN

BERMAIN GAME DI HENFON PERMAINAN TERLALU LAMA BOLEH MENYEBABKAN SINDROM QUERVAIN “Assalamualaikum, doctor. Baru-baru ini jari dan pergelangan tangan saya sebelah kanan saya mengalami kekejangan dan lenguh. Saya memang ada bermain game dalam henfon. Adakah ia berkaitan? Terima kasih” Bermain permainan, terutama pada telefon bimbit (henfon) adalah aktiviti santai yang banyak dilakukan oleh anak muda sekarang. Ia bagus sebagai melepaskan kebosanan tetapi ia boleh menyebabkan ketagihan. Bermain dalam jangka masa yang terlalu lama boleh menyebabkan sindrom Quervain yang melibatkan pergelangan tangan dan ibu jari. Tangan dan jari kita bergerak dengan bantuan tulang, otot, dan tendon untuk memegang henfon dan menekan …

Read More »

UBAT SINTETIK BOLEH MENYEBABKAN KEROSAKAN GINJAL

“Assalamualikum Doktor. Saya adalah pesakit ginjal tahap dua. Apakah benar ubat-ubat yang diberikan boleh mempercepatkan kerosakan ginjal saya sehingga terpaksa menjalani rawatan hemodialisis? Terima kasih.” Walaikumusalam. Terima kasih kerana bertanya. Tidak dapat dinafikan ubat-ubatan sintetik adalah sebahagian usaha kita mendapatkan kesembuhan. Ubat-ubat ini diberikan oleh para doctor dengan berhati-hati. Namun ada juga ubatan yang boleh didapati tanpa sebarang preskripsi untuk masalah demam, sakit badan dan sendi, selsema dan batuk dan pelbagai masalah yang ringan. Apabila kita mengambil ubat sintetik ini, ia larut dan diserap ke dalam aliran darah. Ia akan melalui ginjal dan dikeluarkan sebagai air kencing sebagai toksin (bahan …

Read More »

BAHAYA MENGAMBIL BERLEBIHAN PROTEIN

BAHAYA MENGAMBIL BERLEBIHAN PROTEIN “Assalamualaikum, Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya tentang pengamalan diet yang hanya memakan protein. Saya diberitahu ia bahaya. Mohon penjelasan. Terima kasih.” Walaikumusalam. Terima kasih kerana bertanya. Pengamalan diet yang tidak bertepatan dengan sunnah dan naluri perlulah dihindari. Walaupun diet sebegini memberikan kesan penurunan berat badan yang cepat, namun ia tidak boleh diamalkan secara berpanjangan. Kita memerlukan diet yang menepati keperluan tubuh, menepati naluri dan sunnah. Lihat sajalah struktur susunan gigi kita. Jika kita bernaluri untuk hanya memakan daging sepanjang hidup, sudah tentu susunan gigi kita menyerupai gigi singa atau harimau. Gigi kita dicipta untuk mengerat (sayur-sayuran), …

Read More »

KANSER PAYUDARA LEBIH SUKAR UNTUK DIKESAN PADA WANITA YANG OBESE

“Assalamualaikum, Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya, benarkah wanita yang obese mudah mendapat kanser payudara walaupun tiada sejarah keluarga yang menunjukkan mereka berisiko?” Walaikumusalam. Memang benar wanita yang obese lebih mudah mendapat kanser payudara berbanding dengan mereka yang tidak obese. Dalam satu terbitan dalam journal Endocrine-Related Cancer, wanita yang obese lebih mudah mendapat kanser payudara, lebih mudah sel-sel kanser bergerak ke seluruh badan (metastasis) dan lebih sukar dirawat berbanding dengan wanita yang tidak obese. (rujukan: A M Lorincz, S Sukumar. Molecular links between obesity and breast cancer. Endocrine-Related Cancer. Volume 13. 2 Page(s): 279–292) Ini kerana peningkatan lemak dikaitkan dengan peningkatan …

Read More »

DOKTOR SAYA MAHU PILIH LEMAK YANG MANA?

DOKTOR SAYA MAHU PILIH LEMAK YANG MANA? Assalamualaikum, doctor. Dalam banyak ceramah pemakanan yang doctor sampaikan, selalu doctor gunakan perkataan “lemak sihat” dan mengkaitkannya dengan minyak zaitun.  Apa yang doctor maksudkan dengan “lemak sihat” dalam minyak zaitun itu? Terima kasih. Walaikumusalam. Terima kasih kerana bertanya. Minyak zaitun yang terbaik adalah minyak zaitun yang dihasilkan tanpa menjalani banyak proses melibatkan bahan kimia. Minyak Zaitun Dara (atau Virgin Olive Oil) merujuk kepada penghasilan minyak zaitun yang diperah secara mekanikal, tanpa menggunakan haba. Minyak ini adalah minyak atau lemak yang sihat kerana mengandungi unsaturated fatty acid (asid lemak tidak tepu). Minyak zaitun kaya …

Read More »

MINUM TEH BOLEH MENINGKATKAN ANEMIA?

MINUM TEH BOLEH MENINGKATKAN ANEMIA? “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya mengalami anemia, tahap Hb saya 10.5 dan saya tidak hamil. Doktor tidak membenarkan saya minum teh secara berlebihan. Bolehkan minum the menyebabkan masalah anemia saya menjadi lebih teruk. Terima kasih, doctor” Kebanyakan masalah anemia adalah disebabkan kekurangan zat besi. Zat besi adalah penting bagi pembentukan haemoglobin yang berfungsi memegang oksigen dalam sel darah merah. Tahap haemoglobin yang rendah akan menyebabkan pesakit menjadi cepat letih dan wajah menjadi pucat. Dalam minuman teh ada sebatian tannin yang bersifat antioksida berpotensi memberikan manfaat kesihatan jantung dan mencegah kanser. Namun tannin juga mengganggu proses penyerapan …

Read More »

BENTAN EMPAT BULAN SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

Assalamualaikum, Dr Zubaidi. Boleh saya minta pendapat? Saya ada masalah joint tulang, dan muscle tidak mampat sebab 4 bulan lepas saya kena bentan selepas bersalin, selama sebulan juga saya tidak boleh nak buat kerja rumah sebab kan benta tu kaki tangan jadi tidak kuat. Tetapi sekarang alhamdulillah masih kuat dan boleh buat kerja rumah macam biasa. Saya juga ada consume olivie serta madu kelulut. Alhamdulillah semuanya dengan izin Allah. Lepas kes bentan tu, saya jadi kerap kebas tangan kaki, tulang belakang cepat lengguh. Dan minggu lepas saya ada buat bone setting dengan therapist. Therapist itu suggestkan saya ambil collagen Type …

Read More »

MASALAH PENING YANG KRONIK

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya XYZ mengalami masalah pening kepala, rasa melayang dan berombak dalam semua keadaan dalam masa dua tahun. Saya sudah buat pemeriksaan darah dan MRI otak. Doktor memberitahu tiada masalah. Saya cuma ada masalah gout dan tekanan darah tinggi. Untuk mengawal tekanan darah, saya mengamalkan ubat homeopathy dan bacaannya terkawal. Sebelum ini saya makan ubat klinik selama 7 tahun tetapi bacaannnya tetap sama seperti sekarang. Selalunya bacaannya dalam borderline kadang kala tinggi sikit. Saya pernah berjumpa dengan doktor ENT, dan diberitahu yang saya mempunyai jangkitan kuman yang minima dan terkawal. Sekarang rasa pening dan berombak. Doktor kata ia …

Read More »

SAKIT BADAN SELEPAS MAKAN DAGING

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Saya berumur 36 tahun. Saya pesakit gastritis, dan baru saya sedar, saya tidak boleh makan makanan pedas dan daging. Saya akan mengalami kekembungan dan rasa tak sedap badan. Rasa seperti mahu demam. Jika saya jaga pemakanan dan tidak ambil banyak makanan bergoreng, serta lakukan Diet Intermittent Fasting, badan saya akan rasa lebih ringan, segar dan bertenaga. Semalam saya makan daging dan selepas itu badan saya rasa berbisa. Baru sekarang rasa kurang sakit. Mohon pandangan. Terima kasih. Walaikumusalam. Penyakit biasa datang melalui pemakanan pada umur 35 tahun ke atas. Apa yang puan rasa adalah tanda-tanda …

Read More »

BERAS BASMATHI TIADA KANJI?

BERAS BASMATHI TIADA KANJI?     Assalamualaikum. Doktor benarkah beras basmathi tiada kanji. Dan bagus untuk mereka yang berdiet? Walaikumusalam. Setiap beras ada karbohidrat yang mempunyai nilai kalori yang lebih kurang sama. Yang memberikan kelebihan pada beras Basmathi adalah nilai GI yang sederhana, rasanya sedap dan baunya wangi. Oleh itu ia lebih mahal sedikit berbanding dengan beras lain. Untuk mereka yang ingin berdiet,berhati-hati dengan pengambilan beras. Pastikan beras hanya memberikan antara 25-30% dari jumlah tenaga dalam setiap hidangan. #HealthDrZubaidi

Read More »

KERAP BUANG AIR BESAR SELEPAS MAKAN

Assalamualaikum, mengapa saya mengalami rasa ingin buang air besar sebaik saja lepas makan. Terutama selepas bersarapan. Ini menyebabkan saya tidak berani untuk bersarapan sebelum pergi kerja bimbang rasa sakit perut dalam perjalanan. Terima kasih. Walaikumusalam. Puan mungkin mengalami masalah Irritable Bowel Syndrome (IBS). Masalah ini akan lebih jelas bila puan mengalami stress. Tanda-tanda IBS adalah : 1. Sakit Perut: Pesakit biasa rasa sakit perut memulas-mulas sebaik saja lepas makan dan akan rasa lega selepas buang air besar, walaupun najis yang keluar hanya sedikit. 2. Cirit-birit dan sembelit: Pesakit ada kalanya mengalami cirit-birit, dan ada kalanya mengalami sembelit. 3. Kembung perut: …

Read More »

SALURAN FALLOPIAN TERSUMBAT

Assalamualaikum. Sy mohon sedikit pandangan dan nasihat. Saya baru melakukan ujian HSG. Kedua-dua tiub fallopian saya disahkan tersumbat. Adakah cara lain yg boleh saya lakukan untuk atasi masalah ini selain pembedahan laporoskopi? Pengambilan minyak zaitun dan Herbal Kacip Fatimah keluaran UTM bolehkah bantu saya atasi masalah ni? Terima kasih. Walaikumusalam. Pemeriksaan HSG menunjukkan kedua-dua saluran fallopian puan telah tersumbat. Banyak punca sumbatan ini. Selalunya disebabkan jangkitan kuman. Pengambilan antibiotik telah membunuh kuman tersebut tetapi meninggalkan parut (fibrosis) di kawasan tersebut. Selalunya doktor cuba membetulkan dengan melakukan pembedahan. Saya cadangkan puan berbincang dengan doktor yang merawat teknik yang digunakan. Tiada masalah …

Read More »

KERAP KENCING MALAM

KERAP KENCING MALAM     Assalamualaikum doktor, saya SSSSS berumur 31 tahun. Telah berkahwin 4 tahun dan belum mempunyai cahaya mata. Saya nak tanya pendapat doktor, adakah masalah saya iaitu masalah lemah tenaga batin dan pancutan pramatang disebabkan kerap beronani semasa remaja. Sekarang saya mengalami masalah kerap kencing sehingga setiap malam saya akan terjaga tengah malam sekitar 2- 4 pagi untuk membuang air kecing. Pada waktu siang hari juga saya mengalami masalah yang sama sering membuang air kencing 2 – 3 jam sekali bergantung pada keadaan dan turut merasakan kencing tidak lawas. Ia berlaku sejak bulan Jun yang lalu. Apabila …

Read More »

KEKUNINGAN MATA TETAPI TIDAK JELAS

KEKUNINGAN MATA TETAPI TIDAK JELAS     Assalamualaikum. Mata saya nampak kekuningan tetapi tidaklah terlalu jelas. Apa masalahnya ya doktor. Ada apa-apa ubat untuk mengurangkan kekuningan ini? Terima kasih. Walaikummusalam. Puan mungkin mengalami jaundice. Ini disebabkan tahap bilirubin dalam darah semakin meningkat. Jaundice adalah keadaan di mana terdapat kekuningan pada kulit dan mata putih. Ia mungkin berpunca dari jangkitan virus hepatitis, batu dalam hempedu dan mungkin tumor dalam hati. Apa yang perlu buat adalah melakukan pemeriksaan darah untuk ujian fungsi hati (Liver Function Test) bagi melihat tahap bilirubin puan, di samping enzim Hati yang lain terutamanya AST dan ALT. Saya …

Read More »

PREDNISOLONE MENYEBABKAN JANTUNG BERDEBAR-DEBAR

PREDNISOLONE MENYEBABKAN JANTUNG BERDEBAR-DEBAR   Assalamualaikum Dr Zubaidi. Sedikit pertanyaan tentang prednisolone. Saya telah mengalami gegata bermusim dan pergi ke hospital dan dimasukkan ke ward. Di ward doktor sempat masukkan 2 kali cecair prednisolone melalui tangan. Untuk kali ketiga saya tidak benarkan kerana jantung saya laju seperti berjogging walaupun sedang baring. Jadi cuma 2 dos sahaja sempat dimasukkan. Saya telah maklumkan sebab pada doktor kenapa tidak mahu dos ke 3. Doktor kata tak mengapa cuma sambung makan dirumah pil prednosolone 5mg selama satu bulan. Setelah 3 hari keluar wad saya masih tidak makan prednisolone yg doktor beri dan gegata saya …

Read More »

SABUN MENURUNKAN BERAT BADAN

SABUN MENURUNKAN BERAT BADAN     Assalamualaikum, Dr. Saya ingin bertanya kerana saya ingin tahu adakah sabun boleh menguruskan badan? Hal ini kerana ada keluarga saya yang promote sabun tersebut. Oleh kerana rasa ingin tahu, saya tanyakan dengan Dr. Terima kasih. Walaikumusalam. Saya tidak dapat memikirkan mekanisme bagaimana sabun mandi dapat menguruskan tubuh atau menurunkan berat badan. Sabun selalunya digunakan untuk membersihkan kulit dari kekotoran atau kulit mati yang berkumpulan pada kulit. Ada juga sabun yang ditambah dengan beberapa bahan untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, atau mengelakkan alahan/kekeringan kulit. Penurunan berat badan selalunya diusahakan dengan mengamalkan pemakanan yang betul. …

Read More »

BERPELUH KUAT DI KEPALA DAN BADAN

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ada masalah berpeluh berlebihan di kepala dan badan. Boleh doktor bagi saya cadangan utk merawatnya, di mana dan berapa kos yg diperlukan. Saya tinggal di Shah Alam. Terima kasih. Wa’alaikumusalam. Masalah yang saudara alami dinamakan Craniofacial Hyperhidrosis. Ini bermakna seseorang itu akan berpeluh pada bahagian kepala dan muka secara berlebihan berbanding dengan kebanyakan orang lain. Saya juga mengalami masalah berpeluh secara berlebihan apabila makanan saya terlalu pedas. Keadaan ini dinamakan gustatory hyperhidrosis. Orang sekeliling selalu tersenyum melihat saya berpeluh. Mereka kata ini menunjukkan saya sihat. Tetapi itu hanya persepsi. Ia bukan tanda aras menunjukkan kita sihat. …

Read More »

ADAKAH SAYA HAMIL?

ADAKAH SAYA HAMIL? Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Saya harap doktor dapat menjawab soalan saya. Pagi semalam saya buat pemeriksaan air kencing, saya dapati ada satu jalur pada ujian UPT. Kemudian saya periksa semula, mendapati ada dua jalur. Hari pertama haid saya pada 8 October (Hari ini 29 November). Sebentar tadi saya periksa semula, mendapati ada satu jalur pula. Adakah saya hamil, doktor? Terima kasih. Walaikumusalam. Pemeriksaan air kencing menggunakan ujian UPT paling baik dilakukan pada minggu ke lapan dari tarikh pertama haid terakhir puan. Ini kerana ujian ini mempunyai sensitiviti berbeza terhadap kepekatan hormon hCG dalam air kencing, …

Read More »

BACAAN ALT DAN AST TINGGI. ADAKAH BAHAYA?

BACAAN ALT DAN AST TINGGI. ADAKAH BAHAYA? Assalammualaikum Dr Zubaidi. Saya ada soalan untuk doktor. Semalam saya mendapat keputusan darah. Bacaan ALT dan AST tinggi tetapi tidak menerangkan lebih lanjut. Bolehkah doktor terangkan, adakah ia berbahaya? Terima kasih. Walaikumusalam. Keputusan yang tidak normal enzim hati Alanine Aminotransferase (ALT) dan Aspartate aminotransferase (AST) pada pesakit yang tiada simptom tertentu selalunya merisaukan pesakit. Bacaan yang normal untuk kedua-dua enzim hati ALT dan AST berbeza di antara satu makmal dengan makmal yang lain. Selalunya antara 25 hingga 50 IU/L. Enzim-enzim hati ini dikeluarkan oleh sel-sel hati (hepatocytes). Peningkatan enzim-enzim ini menunjukkan terdapat kecederaan …

Read More »

MAKAN UBAT TAHAN SAKIT TETAPI SAKIT KEPALA MIGRAINE TIDAK BERKURANG

MAKAN UBAT TAHAN SAKIT TETAPI SAKIT KEPALA MIGRAINE TIDAK BERKURANG Assalamualaikum Dr Zubaidi Hj Ahmad. Adakah normal untuk seseorang mengalami migraine 2 hari berturut turut? Sudah makan painkiller masih tak surut. Terima kasih. Walaikumusalam. Ya. Bagi sesetengah pesakilt migraine, mengambil ubat tahan sakit yang biasa diambil kadang kala tidak mencukupi. Jadi doktor akan memberikan ubat tambahan atau memberikan ubat tahan sakit yang lebih baik atau meningkatkan dos ubat yang sedia ada. Cuma kena ingat bahawa pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan dos atau mengambilnya dalam jangka masa yang panjang boleh merosakkan ginjal, hati dan perut. Ia juga boleh menjadi darah …

Read More »

BENARKAH SUMBATAN DALAM SALURAN DARAH BOLEH DIBERSIHKAN?

  Assalamualaikum. Saya ada sumbatan pada saluran darah arteri koronari. Adakah sumbatan itu boleh dibersihkan atau ia kekal dan menjadi lebih teruk?. Terima kasih. Walaikumusalam. Sumbatan dalam saluran darah hanya dapat dihilangkan atau dibersihkan dengan seseorang itu mengubah cara hidupnya. Tidak cukup ia memakan ubat mengawal kolestrol atau mengambil sebarang suplemen. “Pembersihan” sumbatan dalam saluran darah hanya berlaku secara perlahan-lahan. Jadi ia tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai tanda-tanda sumbatan yang telah teruk melebihi 50% atau telah mengalami serangan sakit jantung. Penyumbatan saluran darah akibat pengumpulan kolestrol jahat menyebabkan otot-otot jantung tidak dapat menerima bekalan oksigen dan nutrien yang secukupnya. …

Read More »

SAKIT KEPALA MIGRAINE

SAKIT KEPALA MIGRAINE     “Assalamualaikum Dr Zubaidi Hj Ahmad⁩. Adakah normal untuk seseorang mengalami migraine 2 hari berturut turut? Sudah makan painkiller masih tak surut.” Ya. Bagi sesetengah pesakit migraine, mengambil ubat tahan sakit yang biasa diambil tidak mencukupi. Jadi doktor akan memberikan ubat tambahan atau memberikan ubat tahan sakit yang lebih baik. Pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan dos atau mengambilnya dalam jangka masa yang panjang boleh merosakkan ginjal, hati dan perut. Ia juga boleh menjadi darah menjadi lebih cair. Jadi dapatkan nasihat dari yang doktor berpengalaman. #HealthDrZubaidi  

Read More »

TEKANAN DARAH RENDAH

TEKANAN DARAH RENDAH Assalamu’alaikum wbt Dr. Zubaidi. Saya seorang yang memiliki tekanan darah rendah. Sejak sebulan dua ni, pernafasan saya agak terbatas bila saya rasa seperti tak puas nak bernafas seperti biasa. Sejak tu saya selalu periksa tekanan darah saya sendiri di rumah. Hari ni bila saya periksa, tekanan darah saya 85/48 dengan heart rate 62. Naik tanda irregularity heartbeat. Saya mula risau dan periksa semula di tangan kanan. Bacaan 92/53 dan hb rate 71. Adakah ini merbahaya? Mohon pencerahan dari doktor yang arif. Terima kasih. WAALAIKUMUSSALAM. Tekanan darah yang rendah adalah bacaan tekanan darah kurang dari 90 millimeter merkuri …

Read More »

APA ITU APPENDICITIS?

APA ITU APPENDICITIS?   Assalamualaikum Tuan Doctor. Boleh tak ceritakan bagaimana appendicitis boleh terjadi. Adakah appendicitis boleh terjadi di kalangan kanak-kanak. Semalam cucu saya berumur 8 thn sakit perut menggelepor dan muntah2, kami bawa pergi hospital. Doctor pakar bagitau kena appendik dan akan bedah, hari ini doc bg antibiotik kalau ok katanya tak perlu opperate. Mohon pandangan Dr Zubaidi. Terima kasih. Waalaikumussalam. Appendik adalah sebahagian dari usus yang terletak antara usus kecil dan usus besar. Appendik adalah bahagian paling hujung berada di antara usus kecil dan usus besar. Appendik terletak pada sebelah kanan dan bawah pada abdomen kita. Apabila berlakunya …

Read More »
error: Content is protected !!