Assalamualaikum. Dr Zubaidi. Adakah pesakit slip disc boleh berbasikal atau joging? Terima kasih.
Walaikumusalam.
Pesakit yang mengalami masalah slip disc tidak digalakkan lakukan aktiviti lasak. Berbasikal dan berjogging dianggap aktiviti yang sederhana. Sementara bermain bolasepak dianggap aktiviti yang agresif.
Jadi berhati-hatilah. Ini kerana ligamen di situ sudah lemah. Ia boleh menyebabkan ligamen mengalami koyak lebih teruk dan menyebabkan slip disc keluar lebih jauh dari posisi asal. Ini merosakkan saraf tunjang dengan lebih teruk.
Tanda keadaan masalah ini lebih teruk adalah rasa sakit di bahagiang belakang dan mengalami rasa kebas dan mencucuk-cucuk pada anggota kaki.
Semoga menjawab soalan.
#HealthDrZubaidi