Strok atau juga disebut angin ahmar sering berlaku sekarang. Ia juga tidak disangka. Seorang sahabat saya mendapat major stroke dan meninggal dunia pada usia 45 tahun. Sementara seorang lain hanya mendapat stroke ringan, tetapi serangan stroke berulang selepas tiga tahun, dan akhirnya beliau pergi buat selamanya.
Ia bermula dengan gaya hidup yang tidak sihat yang telah diamalkan oleh pesakit bertahun-tahun. Stroke berlaku bukan berpunca dari sesuatu yang kita lakukan semalam. Itu hanyalah punca secara kebetulan.
Gaya Hidup yang tidak sihat menyebabkan saluran darah ‘pecah’ dan pendarahan berlaku di dalam otak atau terdapat darah beku yang menghalang darah untuk sampai ke otak.
Akhirnya pesakit stroke tidak dapat menggerakkan sebahagian anggota tubuh, muka menjadi senget dan tidak dapat bercakap dengan sempurna. Mereka tidak dapat menjalankan keshidupan yang sempurna, dan terlantar. Mereka perlu dibantu untuk meneruskan rutin hidup seperti untuk mandi, makan dan berpakaian.
Kajian yang dilakukan di Eropah menunjukkan jika kita berhenti merokok dan arak, di samping menjaga pemakanan, melakukan pergerakan fizikal, cukup tidur dan dapat mengawal stress dengan baik, ia dapat mengurangkan risiko mendapat stroke, terutama di kalangan pesakit diabetes dan hipertensi, yang berumur 60 tahun ke atas.
Kesimpulan, ada beberapa faktor yang perlu dilakukan.
1. Kawal tekanan darah tinggi
2. Berhenti merokok dan minuman beralkohol
3. Kawal paras ‘kolesterol jahat’
4. Kawal paras gula darah .
5. Lakukan pergerakan fizikal semampunya
6. Dapatkan cukup tidur dan rehat
7, Kawal stress dengan baik
8. Tambahkan makanan bernutrisi
Kajian mendapati seseorang yang mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan seharian mereka akan menurunkan risiko mendapat penyakit strok.
Ambil minyak sihat seperti minyak zaitun dan ikan berminyak mengandungi Omega 3. Pesakit yang telah diserang strok lebih baik jika mengambil ikan setiap hari atau mengamalkan makanan tambahan Omega 3. Mengambil makanan tambahan vitamin E dan C juga boleh membantu mempercepatkan pemulihan pesakit strok.
Penjagaan kesihatan secara holistik dapat menurunkan risiko mendapat serangan stroke. Ia juga menghindarkan kita mendapat stroke, insya-Allah.
#HealthDrZubaidi
Setakat hari ini, banyak kajian dan pembuktian bahawa vitamin C memainkan peranan yang besar dalam metabolisme dan juga penyembuhan tulang rawan (cartilage ) dan tisu penghubung (connective tissue) yang telah cedera.
Namun begitu sekarang semakin banyak kajian dan pembuktian peranan vitamin E sebagai suplemen yang baik untuk merawat kecederaan lutut dan penyakit osteoarthritis. Ini bermakna kedua-dua vitamin ini membantu pesakit tersebut.
Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Rheumatism Disease (2009) membuat kesimpulan bahawa vitamin E memainkan peranan dalam penyembuhan kecederaan lutut atau mengurangkan kesakitan pada pesakit osteoarthritis.
Rujuk: Sutipornpalangkul, Morales NP, Charoencholvanich K, Harnroongroj T. Lipid peroxidation, glutathione, vitamin E, and antioxidant enzymes in synovial fluid from patients with osteoarthritis. Int J Rheum Dis. 2009 Dec;12(4):324-8. doi: 10.1111/j.1756-185X.2009.01430.x.
Kajian itu mendapati bahawa cecair dalam sendi (synovial fluid) pada pesakit sendi lutut osteoarthritis mengalami kekurungan vitamin E berbanding dengan orang yang tidak mengalami masalah ini.
Vitamin E telah lama dikenali bersifat antioksidan yang baik, mampu menghalang kerosakan kesan pengoksidaan pada tulang rawan. Dalam satu kajian lain, yang diterbitkan dalam Iowa Orthopathogy Journal menunjukkan bahawa vitamin E dan sebatian antioksidan yang lain membantu menghalang kematian yang lebih awal sel-sel tulang rawan akibat tekanan yang kuat akibat berat badan yang berlebihan.
Rujuk: Beecher BR, Martin JA, Pedersen DR, Heiner AD, Buckwalter JA. Antioxidants block cyclic loading induced chondrocyte death. Iowa Orthop J. 2007;27:1-8.
Dalam kajian lain vitmin E dapat melindungi sel-sel tulang rawan dari kesan negative antibiotic quinalone (contohnya Cipro dan Levaquin) yang selalu diberikan kepada pesakit yang mengalami kencing kotor (jangkitan pada saluran kencing).
Rujuk: Pfister K, Mazur D, Vormann J, Stahlmann R. Diminished ciprofloxacin-induced chondrotoxicity by supplementation with magnesium and vitamin E in immature rats. Antimicrob Agents Chemother. 2007 Mar;51(3):1022-7.
Sebab itu pengambilan antibiotic perlukan perskripsi setelah menjalani pemeriksaan doctor dan tidak boleh dibeli terus dari farmasi agar kesan kemudaratan dapat dikawal.
Selain itu vitamin E juga dapat membantu melindungi sel dalam tubuh (termasuk sel-sel pada sendi) daripada kerosakan yang disebabkan oleh kesan negative pil-pil steroid (yang dinamakan osteonecrosis). Pengambilan pil-pil steroid juga harus mendapat preskripsi doctor.
Dalam kajian lain yang dilakukan pada 2007, beberapa sebatian antioksidan seperti vitamin E, omega 3 dan vitamin C dapat mengekalkan ketebalan sel-sel tulang rawan yang dikaji menggunakan pemeriksaan MRI. Dalam kes osteoarthritis, kebanyakan pesakit mengalami kenipisan sel-sel tulang rawan sehingga menyebabkan ruang dalam sendi lutut menjadi sempit dan pesakit berasa sakit dan dengan sendi berbunyi apabila digerakkan.
Kajian ini dilakukan oleh saintis dan doctor pakar di Department of Epidemiology and Preventive Medicine, Monash University, Central and Eastern Clinical School, Alfred Hospital, Melbourne, Australia.
Secara kesimpulannya saya mencadangkan kepada pesakit sendi lutut, selepas membuat pemeriksaan doctor dan mengetahui punca sebenar masalah sakit lutut mereka, mengambil vitamin E, vitamin C dan omega 3 bagi membantu merawat kecederaan tulang rawan akibat kesan oksidan yang didapati pemakanan kita, pengambilan ubat tertentu, kecederaan sukan atau masalah penuaan.
Semoga bermanfaat.
[IKLAN]
KLIK DI SINI UTK VITAMIN C + NV FISH OIL + NATRIEO VITAMIN E PADA HARGA PROMO
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :