TEKANAN DARAH MELONJAK DI WAKTU PAGI
Tekanan darah yang melonjak di waktu pagi adalah fenomena yang biasa berlaku di kalangan pesakit hipertensi, namun ia meningkatkan risiko mendapat serangan sakit jantung (kardiovaskular) atau serangan stroke (cerebrovaskular).
Ia berlaku beberapa jam sebelum pesakit bangun pagi antara pukul 4am dan berlangsung hingga 4 jam setelah bangun pagi, kira-kira pukul 10am.
Mengikut pengalaman saya ramai pesakit hipertensi yang diserang stroke dan serangan sakit jantung di awal pagi kerana mereka tidak mengetahui bahawa tekanan darah mereka meningkat.
Di Malaysia, kadar peratusan penyakit hipertensi semakin meningkat dalam kalangan orang dewasa berusia 18 tahun ke atas yang mencecah 30.2 peratus. Dalam setiap tiga orang pesakit hipertensi, terdapat seorang yang tidak menyedari dirinya pesakit hipertensi.
Adalah penting bagi mereka yang telah didiagnosa sebagai pesakit hipertensi atau pesakit yang belum didiagnosa mengetahui risiko lonjakan tekanan darah yang tinggi di awal pagi, terutama mereka yang mempunyai masalah diabetes, merokok, obese dan berumur 60 tahun ke atas.
Oleh itu memantau bacaan tekanan darah dengan lebih kerap adalah perlu dilakukan bagi meningkatkan tahap kawalan yang terkawal. Masa terbaik untuk mengukur bacaan tekanan darah ialah dua jam selepas bangun tidur kerana ketika itu tekanan darah pada waktu pagi berada di kemuncaknya.
Penting juga bagi mereka yang tidak menghidapi penyakit hipertensi untuk memeriksa tekanan darah mereka sekurang-kurangnya setahun sekali.
#HealthDrZubaidi
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :