Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » TEKNIK MEMASAK BOLEH MENINGKATKAN KALORI DALAM MAKANAN

TEKNIK MEMASAK BOLEH MENINGKATKAN KALORI DALAM MAKANAN

TEKNIK MEMASAK BOLEH MENINGKATKAN KALORI DALAM MAKANAN

Ketika menjalani diet yang ketat, kita cuba memilih makanan yang tidak mengandungi kalori yang terlalu tinggi. Tetapi kita mungkin tidak tahu bahawa proses memasak yang kita lakukan boleh mempengaruhi jumlah kalori makanan kita? Apakah teknik memasak yang akan membuat kalori makanan menjadi tinggi? Apakah semua makanan yang dimasak akan mengalami peningkatan kalori?

Teknik memasak boleh menyebabkan lebih banyak kalori makanan. Sebagai contoh, dalam 100 gram ayam mentah, terdapat 120 kalori manakala kalori dalam daging yang telah siap untuk dimakan boleh meningkat sehingga 300 kalori bergantung pada teknik memasak, sama ada dengan cara menggoreng, merebus atau membakar. Menggoreng akan menggunakan minyak masak, mentega, atau marjerin yang akan diserap dengan banyak dalam makanan dan menyebabkan peningkatan kalori sehingga 64%.

Jika kita memasak dengan cara mengukus atau merebus, kita tiada peningkatan kalori dalam makanan. Sebagai perbandingan 100 gram ayam yang direbus atau dikukus hanya mempunyai kalori sekitar 150 kalori. Terdapat peningkatan sedikit kalori bergantung kepada bahan-bahan lain yang kita campurkan dan proses memasak itu sendiri akan meningkatkan kalori dalam makanan.

Dalam kajian yang dilakukan, setiap makanan akan mengalami peningkatan kalori setelah dimasak. Peningkatan kalori ini bergantung kepada jenis makanan itu sendiri. Sebagai contoh, jika kita memasak makanan dari sumber karbohidrat, terdapat peningkatan kalori sebanyak 20-40%. Sementara makanan dari sumber protein pula akan meningkatkan sebanyak 10-20% kalori.

Ini tidak bermakna kita memilih untuk memakan makanan mentah. Makanan memasak merupakan cara untuk mengelakkan jangkitan bakteria dalam makanan. Selain itu rasanya akan menjadi lebih sedap.

Cuma apa yang perlu kita lakukan ialah mengurangkan penyediaan makanan dari teknik menggoreng dalam kuantiti yang banyak. Dengan itu kita dapat mengawal kemasukan kalori dalam tubuh.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: