KELOPAK MATA BOLEH ROSAK JIKA TIDUR MENIARAP

“Assalamualaikum doktor. Saya mengalami masalah mata merah yang agak kronik. Doktor yang merawat telah memberikan ubat titis mata, namun ia tidak berkesan. Di samping itu mempunyai masalah kelopak mata yang mudah terbalik atau mudah terlipat, setiap kali bangun tidur. Untuk pengetahuan doctor saya adalah pesakit hipertensi dan hipertiroid yang obese. Terima kasih”

Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya.

Saya harap puan dapat melakukan pemeriksaan doctor. Ini kerana masalah puan lebih mudah didiagnosa dengan pemeriksaan lengkap oleh doctor pakar mata.

Namun begitu ada suatu keadaan yang mana seseorang itu boleh mengalami masalah yang agak serupa dengan puan. Ia dikenali sebagai Sindroma Kelopak Mata.

Sindroma Kelopak Mata adalah sindrom yang biasa berlaku tanpa kita sedari apabila kita tidur dengan posisi tiarap. Keadaan ini biasa berlaku pada orang yang berumur 40-50 tahun, tetapi boleh berlaku pada usia 30-70 tahun. Lelaki lebih mudah mengalaminya berbanding dengan wanita.

Ia berlaku apabila otot pada kelopak mata menjadi rehat dan komponen elastin pada kelopak mata semakin kurang. Elastin adalah sebatian protein yang menghubungkan antara tisu bertujuan untuk mengekalkan bentuk keopak mata. Elastin menjadi kurang apabila kelopak mata dilletakkan pada bantal ketika posisi meniarap. Tabiat menggosok kelopak mata juga boleh merosakkan elastin dalam kelopak mata.

Di samping itu, kerosakan elastin lebih mudah berlaku di kalangan pesakit:

  • Obesiti
  • ApneaTidur Obstruktif
  • Diabetes Mellitus
  • Hipertensi
  • Hipertiroid
  • Sindrom Down
  • Keratoconus (penipisan kornea)

Tanda-tanda bagi masalah ini adalah:

  • Kelopak mata mudah terbalik atau dilipat kerana ia longgar.
  • Mata menjadi merah setiap kali bangun tidur.
  • Keradangan konjuktiva yang kronik.

Sekiranya mempunyai salah satu gejala di atas, segera dapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang betul.

Semoga menjawab soalan.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!