SAKIT MATA KONJUNKTIVITIS


Konjunktivitis adalah satu penyakit di mana bahagian konjuktiva pada mata mengalami keradangan. Konjunktiva merupakan bahagian jernih mata yang menyelubungi bahagian putih pada biji mata.

Masalah konjunkitivitis ini boleh merebak dari seorang ke seorang dengan cepat. Kanak-kanak merupakan mangsa utama daripada penyakit ini. Namun demikian, penyakit konjunktivitis ini adalah masalah yang tidak begitu serius dan boleh bersembuh dalam jangka masa yang pendek.



APAKAH PENYEBAB KONJUNKTIVITIS?


Konjunktivitis apabila berlaku boleh menyebabkan rutin seharian itu menjadi sukar. Antara penyebab konjunktivitis termasuklah:

1. Virus

Ini merupakan penyebab yang paling umum. Hal ini kerana apabila seseorang itu dijangkiti selesema, ianya juga boleh merebak kepada bahagian mata dan menyebabkan penyakit konjunktivitis.

2. Bakteria

Ini juga merupakan sebab umum tercetusnya masalah konjunktivitis ini. Jangkitan berlaku apabila tangan kita menyentuh bahan yang mengandungi bakteria dan menggunakan tangan yang sama untuk menggaru mata maka dengan mudahnya jangkitan ini akan dapat berlaku.

3. ‘Irritants’

Ini merujuk kepada bahan-bahan yang terkena pada mata dan menyebabkan kepedihan pada mata. Antara bahan-bahan tersebut ialah seperti syampu, sabun, habuk, klorin dalam kolam berenang dan sebagainya. Sekiranya mata yang dijejaskan tidak dicuci dengan segera, keradangan mata akan berlaku.

4. Reaksi terhadap penitik mata

Bukan semua penitik mata sesuai bagi semua penggunanya. Bahan penitik mata ini kadang kala boleh mencetuskan reaksi alahan yang lambat laun akan menyebabkan jangkitan dan berakhiran dengan konjunktivitis.

5. Kanta sentuh

Ini harus digunakan dengan berhati-hati kerana jika kebersihannya tidak dijaga maka jangkitan konjunktivitis boleh berlaku ini. Selain itu, kanta sentuh perlu digunakan dengan cermat dan tidak melebihi tempoh had penggunaan yang dicadangkan.

6. Alahan

Sesetengah orang akan mempunyai reaksi alahan terhadap habuk, asap dan sebagainya. Masalah alahan ini boleh manifes dengan gejala-gejala konjunktivitis.



APAKAH GEJALA KONJUNKTIVITIS?


Kita seharusnya lebih berwaspada tentang gejala konjunktivitis supaya kita boleh mendapat rawatan yang berpatutan dengan lebih awal. Antara gejala-gejala penyakit konjunktivitis ini ialah:

1. Kepedihan pada mata
2. Pengeluaran cecair pekat berwarna putih
3. Mata gatal
4. Air mata berlinangan
5. Benjolan ‘lymph node’ bawah dagu atau belakang telinga
6. Selesema
7. Mata menjadi merah
8. Penglihatan menjadi sedikit kabur


RAWATAN

Rawatan bagi masalah konjuktivitis bergantung pada puncanya. Antara rawatannya ialah:


1. Virus. Sekiranya konjuktivitis berpunca daripada virus maka ianya tidak boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik. Ianya boleh dirawat dengan menggunakan penitik mata. Penitik mata yang tidak mengandungi bahan aktif boleh memastikan mata sentiasa lembap dan tidak kering dengan cepat. Simptom akan mereda dalam masa satu hingga dua minggu.

2. Bakteria. Apabila konjuktivitis berpunca daripada jangkitan bakteria maka titik mata antibiotik akan diberikan. Ini akan dapat membantu membasmikan kuman dan sekali gus menyembuhkan masalah konjunktivitis ini.

3. Alahan. Jika seseorang itu ada masalah alahan yang membawa kepada penyakit konjunktivitis maka pesakit tersebut harus mengelakkan diri terutamanya mata daripada terdedah kepada bahan alergen tersebut. Tambahan pula, doktor akan memberikan ubat ‘antihistamine’ yang akan membantu melawan reaksi alahan tersebut.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!