CUCI SAYUR DAN BUAH
Dalam banyak ceramah, saya banyak mencadangkan pengambilan sayur dan buah sebagai sumber karbohidrat.
Pada masa yang sama ada juga keresahan mereka yang mengikuti ceramah saya tentang tahap racun yang ada pada sayur dan buah.
Bahan-bahan racun serangga yang kebanyakannya dari kumpulan orgsnofosforus mampu memberikan kesan kemudaratan, sama ada diambil dalam kuantiti yang banyak atau kuantiti yang sedikit dalam jangka masa yang panjang.
Setakat ini saya percaya ada dua cara yang terbaik, untuk menghilangkan racun tersebut atau setidak-tidaknya meminimakan tahap racun tersebut, adalah dengan merendamkan sayur atau buah menggunaksan sodium bikarbonat (atau dikenali sebagai soda bikarbonat) atau cuka buah seperti cuka teen atau cuka epal.
Campurkan satu sudu besar sodium bikarbonat atau cuka buah ke dalam satu besen yang bersaiz sederhana. Penuhkan air dan rendam sayur dan buah selama 15 minit. Bilas.
Boleh juga menggunakan bahan pencuci sayur dan buah yang banyak dijual di pasaraya.
Bagi buah epal, saya mencadangkan agar kulitnya dibuang. Sungguhkan terdapat banyak sebatian antioksida polifenol, tetapi dikhuatiri terdapat banyak racun serangga yang telah menyerap di kulitnya.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :