MENGATASI BAU BADAN

Masalah bau badan (bromhidrosis), adalah masalah yang kronik akibat pengeluaran peluh secara berlebihan oleh dua jenis kelenjar pada kulit kita, iaitu kelenjar ekrin dan kelenjar apokrin. Ini menyebabkan kulit menjadi lembap dan menggalakkan pembiakan bakteria.

Kelenjar ekrin mengeluarkan peluh masin ke permukaan kulit dan ia tidak berbau. Ia berada di permukaan kulit seluruh tubuh kita.

Kelenjar apokrin lebih banyak pada ketiak, celah paha, kemaluan dan kulit kepala yang merembeskan cecair berminyak dan ia tidak berbau.

Bau yang tidak menyenangkan ini berlaku apabila terdapat aktiviti bakteria yang menghasilkan gas ammonia, asid butirik dan asid formik yang mengeluarkan aroma busuk dan tidak menyenangkan.

Untuk mengelakkan bau ini menjadi lebih tidak menyenangkan, beberapa jenis makanan perlu dihadkan.

Antaranya:

✅ bawang putih
✅ bawang merah
✅ kari
✅ alkohol
✅ nikotin (rokok)
✅ kopi

Selain itu, masalah ini juga dikaitkan dengan genetik seseorang (faktor keturunan).

Orang muda yang mengeluarkan lebih banyak peluh menyumbangkan kepada masalah ini.

Orang lelaki mempunyai hormon testosteron menghasilkan bau yang lebih kuat.

Individu yang obese juga lebih mudah mempunyai masalah bau badan.

Berberapa penyakit yang mempengaruhi masalah bromhidrosis seperti :


✅ kencing manis,
✅ sindrom metabolik,
✅ gangguan fungsi ginjal,
✅ kegagalan fungsi hati,
✅ trichomycosis axillaris (jangkitan di bahagian ketiak)
✅ erythrasma (penyakit kulit).

Terdapat beberapa rawatan pembedahan yang mungkin membantu masalah ini. Boleh rujuk dengan doktor yang merawat.

Untuk masalah yang tidak teruk, pesakit boleh melakukan beberapa langkah mudah.

✅penggunaan sabun antibakteria.

✅ digalakkan mencukur bulu yang berlebihan.

✅digalakkan menukar pakaian lebih kerap.

✅ mandi dengan lebih kerap, sekurang-kurangnya dua kali sehari.

✅ meningkatkan pengambilan probiotik

✅ menggunakan deodoran atau pewangi.

✅ memakai baju jenis kain yang lembut, untuk pengudaraan yang baik.

✅ minum air secukupnya.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!