PENGAMBILAN BIJIRAN PENUH MEMBANTU MENGAWAL TAHAP GULA, KOLESTROL DAN TEKANAN DARAH

PENGAMBILAN BIJIRAN PENUH MEMBANTU MENGAWAL TAHAP GULA, KOLESTROL DAN TEKANAN DARAH

Pesakit metabolik yang kronik dapat mengawal penyakit mereka dengan lebih baik jika mereka mengambil lebih banyak bijiran penuh dalam pemakanan mereka.

Saintis di Jean Mayer USDA Human Nutrition Research Center on Aging di Tufts University, Amerika Syarikat mendapat orang dewasa yang makan bijiran penuh sekurang-kurangnya tiga kali sehari dapat mengurangkan keboroian perut (ukur lilit pinggang), tahap gula dan kolestrol dan tekanan darah selepas 4 bulan. Dengan ini mereka dapat mencegah dari mendapat serangan sakit jantung dan serangan stroke.

Kajian ini diterbitkan dalam Journal of Nutrition.

Mengikut Panduan Pemakanan Amerika Syarikat 2020 – 2025, kita digalakkan mengambil tiga kali hidangan bijiran penuh setiap hari.

Contoh satu hidangan bijiran penuh seperti sekeping roti bijiran penuh, setengah cawan rolled oats atau setengah cawan beras petang.

Ini kerana bijiran penuh mempunyai jumlah fiber yang mencukupi bagi menyebabkan rasa puas dan kenyang ketika makan. Fiber juga memperlahankan penyerapan gula dalam usus. Selain itu, ia mengandungi magnesium dan potassium yang membantu merendahkan tekanan darah.

Jadi mulakan perubahan dalam pemakanan dengan mengambil lebih banyak sayuran dan buahan, serta bijiran penuh.

Saya mencadangkan kita tukar kepada beras perang dan beras parboiled.

Semoga bermanfaat.

Rujukan: Caleigh M Sawicki, Paul F Jacques, Alice H Lichtenstein, Gail T Rogers, Jiantao Ma, Edward Saltzman, Nicola M McKeown. Whole- and Refined-Grain Consumption and Longitudinal Changes in Cardiometabolic Risk Factors in the Framingham Offspring Cohort. The Journal of Nutrition, 2021.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!