“Assalamualaikum, doktor. Saya membaca satu penulisan dalam journal yang mengatakan pengambilan asid folik sebanyak 5mg boleh menyebabkan tahap Natural Killer Cell menjadi rendah. Saya tiada masalah kesihatan dan merancang untuk pregnant, saya ambil 5mg folic acid. Adakah dose ini berlebihan?. Terima kasih.“
WALAIKUMUSALAM
Pengambilan asid folik adalah selamat bagi wanita yang merancang untuk hamil, sedang hamil dan yang sedang menyusukan anak. Boleh dapatkan di farmasi. Cuma jangan ambil secara berlebihan atau overdose. Kecuali atas arahan doktor kerana mungkin ada pemantauan yang dijalankan.
Dos yang biasa diambil adalah 500 microgram atau 0.5 mg. Bagi wanita yang hamil, yang merancang untuk hamil dan sedang menyusukan anak boleh ambil sehingga 1000 mcg (atau 1.0mg).
Terdapat satu kajian yang menunjukkan pengambilan asid folik yang terlalu tinggi dikaitkan (bukan menyebabkan) tahap sel pembunuh natural (natural killer cell) yang rendah. Sel pembunuh natural (NK cells) adalah sebahagian dari sel yang bertanggungjawab memastikan sistem daya tahan kita kuat melawan virus dan kanser.
rujuk: Sawaengsri H, Wang J, Reginaldo C, Steluti J, Wu D, Meydani SN, Selhub J, Paul L. High folic acid intake reduces natural killer cell cytotoxicity in aged mice. J Nutr Biochem. 2016 Apr;30:102-7.
Namun ia merujuk kepada pengambilan asid folik yang berdos tinggi, iaitu 50 kali ganda dari keperluan seharian yang dibenarkan. Ini bermakna 50mg sehari.
Dalam kajian yang puan lampirkan, pengambilan 5mg (10 kali ganda dari RDA) mungkin juga berbahaya. Namun kajian ini masih di peringkat awal dan hanya melibatkan hanya 30 orang sukarelawan, yang mana kajian ini dikritik sebagai kajian yang kecil. Jadi kajian ini belum memberikan kesimpulan mantap.
rujuk: Clovis Paniz, Juliano Felix Bertinato, etc. A Daily Dose of 5 mg Folic Acid for 90 Days Is Associated with Increased Serum Unmetabolized Folic Acid and Reduced Natural Killer Cell Cytotoxicity in Healthy Brazilian Adults, The Journal of Nutrition, Volume 147, Issue 9, September 2017, Pages 167 7–1685
Namun begitu saya mencadangkan pengambil dalam dos yang dibenarkan, iaitu antara 0.5-1.0 mg sehari mengikut keperluan yang dinasihatkan. Insya Allah ia bermanfaat.
#HealthDrZubaidi
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
