kehamilan

SUPLEMEN UNTUK PEMBEDAHAN CAESAREAN DAN HYSTERECTOMY

SUPLEMEN UNTUK PEMBEDAHAN CAESAREAN DAN HYSTERECTOMY   Pembedahan Caesarean dan Hysterectomy (buang rahim) adalah pembedahan besar. Luka dan kecederaan akibat pembedahan melibatkan 3 lapisan tubuh, iaitu lapisan kulit, lapisan otot dan lapisan yang lebih dalam iaitu ruangan pelvis seperti otot rahim, saluran fallopian dan kelenjar ovari. Sebab itu penyembuhan yang sempurna mengambil masa lebih kurang 4-6 bulan. Bagi pesakit yang ada masalah diabetes mungkin ambil masa yang lebih lama. Saya mencadangkan pengambilan kombinasi Vitamin C, vitamin D, dan Zink yang memang antara kombinasi paling penting untuk mempercepatkan pemulihan selepas pembedahan. 1. VITAMIN C – “Pemulih Luka dan Antioksidan Kuat” 👉 …

Read More »

PERLUKAH IA DIGUGURKAN?

PERKUKAH IA DIGUGURKAN?   “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya baru sahaja bersalin 3 bulan lepas. Kali terakhir saya datang haid ialah pada 30 Mac (hari ini 4 April). Sepatutnya saya haid semula pada 28 April, tetapi ia tidak berlaku. Semalam saya buat ujian kehamilan dan keputusannya positif (double line). Kemungkinan besar usia kandungan masih kurang daripada sebulan. Bolehkah kandungan ini digugurkan?”. Waalaikumussalam.Tahniah atas kelahiran anak puan. Dalam situasi ini, amat penting untuk memahami beberapa aspek daripada sudut perubatan, agama, dan emosi sebelum membuat sebarang keputusan berkenaan pengguguran kandungan. Dari sudut perubatan, jika tarikh haid terakhir ialah pada 30 Mac, besar kemungkinan …

Read More »

BOLEHKAH WANITA HAMIL MINUM KETO-KOKO OLEVAGREEN?

  Ya, ibu mengandung boleh minum KETO-KOKO OLEVAGREEN (dark chocolate).   Ia mengandungi koko 80%, stevia, MCT dan VCO.   Kebaikan Dark Chocolate untuk Ibu Hamil ✅ Kaya dengan Antioksidan – Dark chocolate mengandungi flavonoid yang boleh membantu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan tekanan darah. ✅ Membantu Mengawal Tekanan Darah – Kajian menunjukkan pengambilan dark chocolate dalam jumlah sederhana boleh membantu menstabilkan tekanan darah. ✅ Mengurangkan Risiko Preeklampsia – Sesetengah kajian mendapati dark chocolate boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi semasa kehamilan. ✅ Meningkatkan Mood – Kandungan serotonin dalam coklat boleh membantu mengurangkan stres dan meningkatkan mood ibu hamil.   …

Read More »

BOLEHKAN IBU MENYUSUKAN ANAK MENGAMBIL MELATONIN?

  Secara umum, melatonin tidak disarankan untuk ibu menyusukan anak kecuali atas nasihat doktor.   Kajian menunjukkan bahawa melatonin yang diambil dalam bentuk suplemen boleh masuk ke dalam susu ibu, walaupun dalam jumlah kecil.   Walaupun melatonin adalah hormon semula jadi dalam badan, kesan tambahan melatonin kepada bayi yang sedang menyusu masih belum dikaji sepenuhnya. Bayi yang baru lahir masih mempunyai sistem hormon dan tidur yang belum matang.   Peningkatan melatonin melalui susu ibu boleh mengganggu ritma tidur semula jadi bayi atau menyebabkan kesan sampingan yang belum diketahui.   Jika ibu menyusu mengalami kesukaran tidur, berikut adalah beberapa cara semula …

Read More »

AMBIL UBAT PENAHAN HAID, TAK SEDAR SEDANG HAMIL

  “Assalamualaikum Dr Zubaidi, Saya baru pulang dari mengerjakan umrah dari 7 Februari hingga 18 Februari. Doktor, saya ingin bertanya. Sebelum berangkat pada 7 Februari, saya melakukan ujian kehamilan (UPT) dan keputusannya negatif. Saya kemudian mengambil ubat tahan haid Norcolut sebanyak dua kali sehari selama empat hari ketika berada di Madinah. Apabila tiba di Mekah pada 11 Februari, saya meningkatkan dos Norcolut kepada tiga kali sehari. Pada 15 Februari, saya berhenti mengambil Norcolut. Namun, setelah kembali ke Malaysia, haid saya masih belum datang. Saya kemudian melakukan ujian kehamilan (UPT) dan keputusannya positif.Apakah kesan pengambilan Norcolut terhadap kandungan saya? Terima kasih”. …

Read More »

GUGUR TETAPI UPT MASIH POSITIF

  “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Isteri saya pernah hamil, tetapi kandungan itu digugurkan menggunakan pil Misoprostol dan Mifepristone. Selepas mengambil pil tersebut, pendarahan berlaku. Pasangan saya mengambil pil itu pada Disember 2024, tetapi pada Januari 2025, dia melakukan ujian kehamilan, dan keputusannya masih positif. Adakah ini normal kerana rahim belum dibersihkan sepenuhnya?”   Waalaikumussalam.   Selepas pengguguran menggunakan Misoprostol dan Mifepristone, hormon hCG (human chorionic gonadotropin) dalam rahim isteri anda mungkin masih tinggi dan mengambil masa untuk menurun.   Oleh itu, ujian kehamilan masih boleh menunjukkan keputusan positif walaupun kandungan telah gugur.   Antara kemungkinan mengapa ujian kehamilan masih positif:   …

Read More »

BOLEHKAH HAMIL WALAUPUN DARA TAK PECAH?

Ya, masih mungkin untuk hamil walaupun selaput dara tidak pecah. Kehamilan terjadi apabila sperma bertemu dengan ovum (sel telur wanita). Selaput dara yang tidak pecah tidak semestinya menjadi penghalang kepada sperma untuk mencapai ovum. Ada wanita yang mempunyai selaput dara yang elastik, yang mana ia tidak pecah semasa hubungan seksual dan masih memungkinkan kehamilan. Jika ada kebimbangan tentang kehamilan, disarankan untuk melakukan ujian kehamilan menggunakan test pack UPT, yang paling tepat dilakukan pada dua minggu setelah haid terlewat. Untuk mendapatkan informasi lebih lanjut dan nasihat perubatan, sila berhubung dengan doktor atau pakar kesihatan. Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama …

Read More »

ADAKAH SELAMAT UNTUK MENGAMBIL ASPIRIN SEMASA KEHAMILAN?

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya sedang hamil 13 minggu. Doktor di hospital telah berikan saya ubat cairkan darah (aspirin). Untuk makluman Dr saya berumur 45 tahun, disahkan mengalami kencing manis semasa minum air gula. Mohon pandangan Dr. Saya risau nak makan ubat cairkan darah ini. Saya ada juga baca artikel beberapa doktor tidak galakkan pengambilan aspirin ketika hamil. Terima kasih atas kesudian Dr membaca mesej ni dan membalasnya. WALAIKUMUSALAM. Aspirin biasanya tidak disyorkan semasa kehamilan melainkan doktor memikirkan bahawa puan mempunyai keadaan perubatan tertentu yang mendapat manfaat dari pengambilan aspirin. Sebagai contoh, puan mengalami masalah pembekuan darah atau pre-eklampsia. Kedua-dua masalah …

Read More »

PENAMBAHAN OMEGA-3 KETIKA HAMIL MENGELAKKAN KELAHIRAN PRAMATANG

Pengambilan Omega-3 seawal 12 minggu kehamilan memberikan kebaikan pada ibu dan anak Kelahiran pramatang adalah kelahiran bayi sebelum minggu ke-37 kehamilan. Sementara tempoh kehamilan normal adalah antara 38 hingga 42 minggu. Semakin awal bayi dilahirkan, semakin tinggi risiko kematian atau masalah kesihatan. Kelahiran pramatang adalah faktor utama kecacatan atau kematian bayi yang disedari dalam lima tahun pertama kehidupan mereka. Ini bermakna adakalanya apabila dilahirkan, bayi didapati sihat dan normal. Apabila mereka meningkat usia, baru disedari mereka mengalami masalah kecacatan (yang tidak disedari) semenjak lahir. KETAHUI PERBEZAAN ANTARA OMEGA-3 DAN MINYAK IKAN. BACA https://drzubaidi.com/blog/perbezaan-antara-omega-3-dan-minyak-ikan/ Pengambilan ikan dan minyak ikan yang mengandungi …

Read More »

KENCING KOTOR PADA WANITA HAMIL

Ia bahaya dan pemeriksaan air kencing saringan di kalangan wanita hamil adalah suatu yang penting. Melakukan pemeriksaan air kencing adalah suatu pemeriksaan rutin yang dilakukan pada wanita yang air hamil. Tujuannya untuk mengesan jangkitan kuman dalam saluran air kencing. Sistem pembuang air kencing bermula dari ginjal hingga ke saluran kencing yang terakhir. Jangkitan kuman dalam air kencing, dikenali dalam masyarakat sebagai “kencing kotor” Apa itu kencing kotor pada wanita hamil? Jangkitan kuman pada saluran kencing (UTI) atau kencing kotor adalah masalah yang sering dialami oleh golongan wanita, terutama wanita yang hamil. Kencing kotor selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman. Sistem saluran …

Read More »

HARI SUBUR WANITA

Ketahui Tanda-Tanda Wanita Sedang Subur Bagi mereka yang agak lewat berkahwin, sudah tentu ingin mendapat anak dengan segera. Jadi mengetahui hari subur wanita adalah penting bagi kehamilan kerana setiap wanita mempunyai hari subur wanita yang tersendiri. Bagi wanita yang masih muda, dengan mengetahui hari subur wanita sangat membantu mereka untuk merancang kehamilan. Dengan memilih hari tidak subur untuk melakukan jimak bersama suami, dapat mengelakkan kehamilan. Kitaran haid dan hari subur wanita Jadi untuk mengetahui hari subur wanita, perlu ketahui apa yang dinamakan kitaran haid. Kitaran haid bermula dari hari pertama seorang wanita mengalami darah haid (ini dinamakan hari pertama haid) …

Read More »

DOS ASID FOLIK BERLEBIHAN BOLEH MELEMAHKAN SISTEM DAYA TAHAN

DOS ASID FOLIK BERLEBIHAN BOLEH MELEMAHKAN SISTEM DAYA TAHAN Assalamualaikum, doktor. Saya membaca satu penulisan dalam journal yang mengatakan pengambilan asid folik sebanyak 5mg boleh menyebabkan tahap Natural Killer Cell menjadi rendah. Saya tiada masalah kesihatan dan merancang untuk pregnant, saya ambil 5mg folic acid. Adakah dose ini berlebihan?. Terima kasih. WALAIKUMUSALAM Pengambilan asid folik adalah selamat bagi wanita yang merancang untuk hamil, sedang hamil dan yang sedang menyusukan anak. Boleh dapatkan di farmasi. Cuma jangan ambil secara berlebihan atau overdose. Kecuali atas arahan doktor kerana mungkin ada pemantauan yang dijalankan. Dos yang biasa diambil adalah 500 microgram atau 0.5 …

Read More »

PEMBENTUKAN OTAK BAYI DAN MAKANAN YANG TERBAIK UNTUK MEREKA

PEMBENTUKAN OTAK BAYI DAN MAKANAN YANG TERBAIK UNTUK MEREKA 1. Soalan:  Sejak usia kandungan berapakah ibu hamil boleh mula merangsang perkembangan otak bayi dalam kandungan? Pembentukan organ-organ dalam tubuh manusia berlaku sebaik saja persenyawaan berlaku. Otak adalah antara organ yang paling awal. Dalam kajian embryology menunjukkan pada usia kehamilan 4 minggu, sel neural progenitor atau dipanggil neural plate mula terbentuk dan membahagi. Ia memanjang dan membentuk dua bahagian penting. Di bahagian kepala ia membentuk otak, sementara di bahagian belakang ia membentuk saraf tunjang. Perkembangan ini terus berlaku, dan pada usia kehamilan 6-7 minggu, saraf di bahagian kepala tadi telah membahagi …

Read More »

BILA MASA SESUAI LAKUKAN UPT

BILA MASA SESUAI LAKUKAN UPT     Paling bagus UPT dibuat 2 minggu selepas hari yang sepatutnya datang haid. Contoh, patutnya datang haid pada 1 Nov 2020. Buatlah UPT pada 15 Nov 2020. Melakukan kurang dari seminggu dari tarikh sepatutnya haid, tidak membawa apa-apa makna, kecuali puan melakukan vaginal ultrasound. Ini kerana alat UPT dari pelbagai syarikat pengeluar mempunyai nilai sensitiviti yang berbeza. Semakin lama, semakin pekat tahap bHCG. Semakin tepat pemeriksaan air kencing itu. Melakukan sebelum dua minggu mungkin akan menyebabkan puan mendapat bacaan negatif, pada hal puan hamil. #HealthDrZubaidi

Read More »

UBAT SELAMAT UNTUK HAMIL ENAM MINGGU

UBAT SELAMAT UNTUK HAMIL ENAM MINGGU     Assalamualaikum…doktor…nak tanye..ade ke ubat selsema & demam utk ibu hamil ? Kandungan 6 minggu. Terima kasih. Walaikumusalam. Tiada ubat sintetik yang dijamin selamat untuk ibu hamil di awal kehamilan. Risiko yang dibimbangi adalah keguguran. Ini kerana pada masa ini kehamilan masih terlalu awal dan ‘tidak stabil’. Namun begitu ada yang mengambil tanpa sebarang masalah. Jadi berbincanglah dengan doktor yang merawat. Nasihat saya, minum air secukupnya. Banyakkan pengambilan buah-buahan yang banyak mengandungi vitamin C dan vitamin E. Semoga bermanfaat. #HealthDrZubaidi

Read More »

5 PUNCA PERUT KEJANG KETIKA HAMIL

Ada wanita yang tidak pernah mengalami sebarang masalah ketika hamil, sementara itu ada wanita yang kerap mengalami masalah. Antara masalah yang sering mengganggu adalah masalah kekejangan abdomen (kram). Kekejangan ini mungkin adalah sesuatu yang normal, atau ia mungkin menunjukkan suatu masalah yang lebih serius.   Antara punca masalah kram ini adalah :   1. Perubahan Saiz Rahem Akibat Pertambahan Saiz Bayi Apabila usia bayi semakin bertambah, saiz mereka juga akan bertambah dalam Rahim. Ini menyebabkan rahem membesar dan mengalami tekanan. Ia ibarat belon. Semakin besar belon, semakin tinggi tekanan dalam belon itu. Tekanan ini menyebabkan otot rahem dan otot abdomen …

Read More »

SELAMATKAH MENDAKI BUKIT BAGI WANITA HAMIL?

  “Assalamu’alaikum Dr. Saya ingin sedikit. Isteri saya sedang hamil dan telah memasuki bulan keempat. Akhir bulan ini akan masuk bulan ke lima. Isteri saya berhajat sangat untuk mendaki Gunung Thur Sina sebab sudah banyak kali mahu pergi tetapi tidak dapat melakukannya kerana hamil. Apakah persediaan untuk isteri saya agar dapat bersedia sebelum mendaki. Apa nasihat doktor buat Isteri saya.? Terima kasih”.   WAALAIKUMUSALAM.   Mendaki bukit boleh menjadikan tubuh kita menjadi semakin sIhat. Ia juga dapat menurunkan tahap tekanan emosi yang kita hadapi setiap hari.   Namun begitu, tidak semua wanita yang hamil, boleh mendaki bukit. WAnita yang sihat …

Read More »
error: Content is protected !!