Pengambilan Omega-3 seawal 12 minggu kehamilan memberikan kebaikan pada ibu dan anak
Kelahiran pramatang adalah kelahiran bayi sebelum minggu ke-37 kehamilan. Sementara tempoh kehamilan normal adalah antara 38 hingga 42 minggu. Semakin awal bayi dilahirkan, semakin tinggi risiko kematian atau masalah kesihatan.
Kelahiran pramatang adalah faktor utama kecacatan atau kematian bayi yang disedari dalam lima tahun pertama kehidupan mereka.
Ini bermakna adakalanya apabila dilahirkan, bayi didapati sihat dan normal. Apabila mereka meningkat usia, baru disedari mereka mengalami masalah kecacatan (yang tidak disedari) semenjak lahir.
KETAHUI PERBEZAAN ANTARA OMEGA-3 DAN MINYAK IKAN. BACA https://drzubaidi.com/blog/perbezaan-antara-omega-3-dan-minyak-ikan/
Pengambilan ikan dan minyak ikan yang mengandungi omega-3 (terutamanya docosahexaenoic acid (DHA) dan eicosapentaenoic acid (EPA)) mampu mengurangkan bilangan kelahiran bayi pramatang dan meningkatkan kesihatan anak dan ibu.
Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu-ibu hamil tidak memakan ikan dengan begitu kerap. Dengan menggalakkan ibu hamil memakan ikan berlemak atau mengambil suplemen omega-3 mampu meningkatkan kesihatan anak dan ibu.
Menurut Profesor Madya Philippa Middleton dari Institut Kesihatan dan Perubatan Australia Selatan yang membuat kajian membuat kajian cochrane telah mengkaji dengan teliti rantaian omega-3 dan peranannya dalam mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang.
Mereka telah meneliti 70 penyelidikan yang dilakukan secara rawak dan mendapati faedah peningkatan pengambilan harian rantai panjang omega-3 untuk wanita hamil adalah :
- Menurunkan risiko kelahiran pramatang (kurang dari 37 minggu) sebanyak 11% (dari 134 setiap 1000 ke 119 setiap 1000 kelahiran)
- Menurunkan risiko kelahiran pramatang awal (kurang dari 34 minggu) sebanyak 42% (dari 46 setiap 1000 ke 27 setiap 1000 kelahiran)
- Mengurangkan risiko bayi kurang berat (kurang dari 2500g) sebanyak 10%
Ulasan Cochrane pernah diterbitkan pada pertama kali pada tahun 2006, dan pada masa itu pengkaji kesimpulan bahawa bukti penyelidikan tidak kukuh untuk menyokong pengambilan rutin suplemen omega-3 asid lemak sewaktu kehamilan. Setelah sedekad, kajian yang dikemaskini menyimpulkan bahawa terdapat bukti-bukti penyelidikan yang berkualiti tinggi untuk menyokong pengambilan suplemen omega-3 sebagai satu strategi efektif dalam mengurangkan kadar kelahiran pramatang.
Dalam kajian ini mendapati dos optimum harian untuk suplemen mengandungi 500-1000 miligrams (mg) asid lemak omega-3 (mengandungi sekurangnya 500mg DHA) bermula pada usia kehamilan 12 minggu.’
Jadi amalan yang diberikan oleh pakar O&G swasta yang memberikan suplemen Omega-3 bersama asid folik benar-benar memberikan manfaat pada wanita hamil.
APA MANFAAT OMEGA-3. BACA https://drzubaidi.com/blog/doktor-apa-manfaat-omega-3/
Rujukan:
Middleton P, Gomersall JC, Gould JF, Shepherd E, Olsen SF, Makrides M. Omega-3 fatty acid addition during pregnancy. Cochrane Database of Systematic Reviews 2018, Issue 11 . Art. No.: CD003402. DOI: 10.1002/14651858.CD003402.pub3
Dapatkan Fish Oil Needs Venue yang bersaiz lebih kecil dari dalam pasaran, sesuai untuk kanak-kanak hingga dewasa. Kanak-kanak 1 biji, dewasa 3 biji. Boleh klik link di bawah :
[FAMILY PACK] – 3 UNIT NV FISH OIL !! SAVE RM15 !! – Needs Venue
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :