ADAKAH SELAMAT UNTUK MENGAMBIL ASPIRIN SEMASA KEHAMILAN?

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya sedang hamil 13 minggu. Doktor di hospital telah berikan saya ubat cairkan darah (aspirin). Untuk makluman Dr saya berumur 45 tahun, disahkan mengalami kencing manis semasa minum air gula.

Mohon pandangan Dr. Saya risau nak makan ubat cairkan darah ini. Saya ada juga baca artikel beberapa doktor tidak galakkan pengambilan aspirin ketika hamil.

Terima kasih atas kesudian Dr membaca mesej ni dan membalasnya.

WALAIKUMUSALAM.

Aspirin biasanya tidak disyorkan semasa kehamilan melainkan doktor memikirkan bahawa puan mempunyai keadaan perubatan tertentu yang mendapat manfaat dari pengambilan aspirin.

Sebagai contoh, puan mengalami masalah pembekuan darah atau pre-eklampsia.

Kedua-dua masalah ini boleh mengganggu kehamilan dan boleh menyebabkan keguguran.

Biasanya doktor akan berikan dos aspirin yang rendah ialah kira-kira 60 hingga 100 miligram (mg) sehari.

Dos aspirin yang lebih tinggi biasanya tidak disyorkan semasa kehamilan.

Ia boleh membawa beberapa risiko, bergantung pada peringkat kehamilan:

Trimester pertama : Semasa trimester pertama, dos aspirin yang lebih tinggi boleh meningkatkan risiko keguguran. Pengambilan dos yang tinggi juga boleh meningkatkan risiko bayi mengalami masalah perubatan semasa lahir, dipanggil kecacatan kongenital.

Trimester kedua : Food and Drug Authority of United States of America, FDA menasihatkan orang hamil supaya tidak mengambil ubat yang dipanggil ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs), selepas 20 minggu kehamilan.

Aspirin adalah sejenis NSAID. Mengambil NSAID pada dos yang tinggi boleh menyebabkan masalah buah pinggang. Walaupun ia jarang berlaku tetapi ia juga boleh memberikan kesan serius pada janin.
Itu juga boleh menyebabkan tahap cecair amniotik dalam rahim yang rendah.
Dan itu boleh menyebabkan lebih banyak masalah kepada janin.

Jika puan perlu mengambil aspirin dos rendah semasa mengandung kerana keadaan perubatan, jangan berhenti mengambilnya pada 20 minggu melainkan doktor memberitahu puan untuk berbuat demikian.

Trimester ketiga Bersama-sama dengan risiko lain, mengambil dos aspirin yang lebih tinggi semasa trimester ketiga kehamilan meningkatkan risiko bahawa saluran dalam jantung janin akan ditutup terlalu cepat. Jika puan terpaksa mengambil aspirin semasa trimester ketiga, puan mungkin memerlukan temu janji untuk pemeriksaan yang kerap untuk memeriksa kesihatan janin.

Penggunaan aspirin dos tinggi untuk jangka masa yang lama semasa hamil meningkatkan risiko pendarahan di otak bayi pramatang.

Jika puan memerlukan ubat penahan sakit semasa puan hamil, berbincanglah doktor puan.

Mengambil sesuatu selain aspirin, seperti paracetamol, mungkin merupakan pilihan yang lebih baik.

Informasi ini tidak menggantikan nasihat yang diberikan oleh doktor yang merawat puan.

#HealthDrZubaidi

Dr Zubaidi Hj Ahmad
13 Feb 2024
HP 019-702 2391

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!