APA ITU BILIRUBIN?

 

1. Bilirubin adalah pigmen pewarna asli yang menyebabkan sel darah merah (SDM) berwarna merah yang terhasil apabila SDM pecah dan terhurai apabila tamat tempoh hayatnya selepas 40 hari.

2. Bilirubin dalam darah akan masuk ke dalam organ hati untuk diproses (proses ini conjugation) dan dibuang melalui najis (80%) dan air kencing (20%).

3. Oleh itu tahap bilirubin dalam darah akan meningkat jika terdapat peningkatan bilangan SDM yang pecah dan terhurai. Bilirubin ini akan masuk ke dalam hati. Ini menyebabkan enzim-enzim hati yang lain akan meningkat.

4. Jadi semasa pemeriksaan darah untuk fungsi hati, terdapat beberapa parameter yang digunakan.

i. Total Bilirubin bermakna jumlah keseluruhan bilirubin .

ii. Direct Bilirubin bermakna jumlah bilirubin yang telah menjalani proses conjugation .

iii. Indirect conjugation bermakna jumlah bilirubin yang belum menjalani proses conjugation.

iv. Enzim hati seperti Alkaline Phosphatase, SGOT dan SGPT yang mungkin tinggi bermakna fungsi hati terjejas.

5. Pemeriksaan darah ini dijalankan apabila seseorang individu:

i. Menunjukkan tanda kuning pada bahagian putih mata atau pada kulit.

ii. Mengamalkan minum alkohol yang berterusan

iii. Mengambil dadah terlarang

iv. Air kencing menjadi pekat dan gelap

v. Rasa loya dan muntah bersama rasa tidak selesa pada bahagian atas sebelah kanan abdomen.

6. Bagi orang dewasa, nilai direct bilirubin (conjugated) yang normal adalah antara 0 ke 0.3 miligram per deciliter (mg/dL).

Nilai normal bagi jumlah total bilirubin adalah di antara 0.3 ke 1.9 mg/dL.

Kekuningan pada mata (jaundice) berlaku apabila tahap bilirubin melebihi 5 mg/dL.

7. Tahap bilirubin dalam darah yang tinggi mungkin berpunca daripada:

i. Jangkitan pundi hempedu.

ii. Sumbatan pada saluran hempedu akibat kehadiran batu hempedu.

iii. Sindrom Gilbert, iaitu penyakit keturunan yang menyebabkan gangguan pada hati sewaktu memproses bilirubin.

iv. Penyakit kerosakan organ hati seperti hepatitis, cirrhosis atau mononucleosis.

v. Penyakit yang menyebabkan SDM mudah pecah seperti thalasemia dan sickle cell anemia.

vi. Kemusnahan SDM akibat alahan semasa pemindahan darah.

8. Terdapat ubat-ubatan sintetik yang mungkin meningkatkan tahap bilirubin.

Antaranya antibiotik, beberapa jenis pil perancang, ubat tidur dan penenang seperti diazepam dan flurazepam, ubat penahan sakit indomethacin dan ubat anti-sawan phenytoin (contoh Dilantin).

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!