UBAT SELAMAT UNTUK HAMIL ENAM MINGGU

UBAT SELAMAT UNTUK HAMIL ENAM MINGGU

 

 

Assalamualaikum…doktor…nak tanye..ade ke ubat selsema & demam utk ibu hamil ? Kandungan 6 minggu. Terima kasih.

Walaikumusalam.

Tiada ubat sintetik yang dijamin selamat untuk ibu hamil di awal kehamilan. Risiko yang dibimbangi adalah keguguran. Ini kerana pada masa ini kehamilan masih terlalu awal dan ‘tidak stabil’.

Namun begitu ada yang mengambil tanpa sebarang masalah. Jadi berbincanglah dengan doktor yang merawat.

Nasihat saya, minum air secukupnya. Banyakkan pengambilan buah-buahan yang banyak mengandungi vitamin C dan vitamin E.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!